Konsep & Ciri Negara Berdaulat

Topik 2 - Semester 1

Takrifan Negara

Accordion Content

Suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir atau diperintah oleh sebuh kerajaan.

Sebuah wilayah tertentu yang didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai institusi pemerintah yang berkesan.

Satu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan diperintah oleh sebuah kerajaan.

Ciri-Ciri Negara Berdaulat

Accordion Content

1) Bebas daripada penjajahan kuasa asing sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial.

2) Bebas membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh kuasa asing.

1) Mempunyai kerajaan yang mampu mentadbir urus berdasarkan Perlembagaan sendiri.

1) Memiliki kuasa politik dan ekonomi yang stabil.

2) Mampu menjamin keamanan dan keselamatan rakyat.

3) Diiktiraf kewibawaannya oleh negara luar.

4) Mempunyai hubungan luar.

1) Mempunyai ideologi, bendera, jata negara dan lagu kebangsaan.

2) Malaysia bersahabat dengan semua negara tanpa mengira ideologi.

Kerajaan

Accordion Content

1) Ditakrifkan sebagai sebuah badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara.

2) Merangkumi semua badan yang menggubal, mentafsir dan melaksanakan sesuatu dasar¹ demi pembagunan negara dan kebajikan rakyat.


NOTA

1) Maksud lebih terperinci tentang ayat “Merangkumi semua badan yang menggubal, mentafsir dan melaksanakan” ini terletak pada Topik 5 – Struktur Pemerintah

Jenis BadanNama Badan (Di Mana Ia Terjadi)Tugas
Badan yang Menggubal Badan Perundangan (Parlimen)Menggubal undang-undang
Badan yang Mentafsir Badan Kehakiman (Mahkamah)Memutuskan apa yang dimaksudkan oleh undang-undang dan boleh memastikan rakyat dan kerajaan mematuhi undang-undang tersebut
Badan yang Melaksanakan Sesuatu Dasar Badan Eksekutif (Kerajaan) Memerintah negara MENURUT undang-undang

 

Tanggungjawab Kerajaan

Accordion Content

1) Merancang dan menyelaras pentadbiran negara

2) Melaksanakan tadbir urus negara berasaskan prinsip tadbir urus baik

1) Menguatkuasakan undang-undang.

2) Menjaga supaya anggota masyarakat mendapat perlindungan daripada segala bencana.

3) Memastikan situasi negara terkawal dan stabil sama ada dari segi sosial, politik dan ekonomi.

1) Membina hubungan yang erat dengan rakyat, hubungan dua hala di antara pemerintah dengan yang diperintah

2) Menjaga supaya anggota masyarakat mendapat perlindungan daripada segala bencana.

3) Memastikan situasi negara terkawal dan stabil sama ada dari segi sosial, politik dan ekonomi.

1) Membina hubungan yang erat dengan rakyat, hubungan dua hala di antara pemerintah dengan yang diperintah.

2) Mewujudkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat

3) Rukun Negara digubal untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

1) Mempertahankan kelangsungan hidup warganegaranya dari setiap ancaman dan gangguan dari dalam ataupun luar negara.

2) Membentuk dasar pertahanan negara untuk mempertahankan kepetingan-kepentingan strategiknya dan memelihara keselamatan negara.

1) Melaksanakan 2 bentuk hubungan luar dengan negara lain

    i) Hubungan bilateral – Hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu.

   ii) Hubungan multilateral – Hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan.

2) Mengadakan hubungan luar untuk:

   i) Mempertahankan kemerdekaan negara

  ii) Menjamin keselamatan dan kedaulatan negara

  iii) Memelihara hubungan baik dengan negara-negara lain

  iv) Mengukuhkan kedudukan ekonomi negara

Jenis Kerajaan

Accordion Content

1) Gabungan beberapa buah negeri untuk membentuk kerajaan pusat.

2) Kuasa pentadbiran dan perundangan terletak di bawah kuasa kerajaan pusat.

1) Gabungan beberapa buah negeri untuk membentuk kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

2) Kuasa pentadbiran dan perundangan dikongsi oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri.