Tirani

Tirani (Beb Sabariah)

Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek.

Sipnosis

Accordion Content

TIRANI mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri.

Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik.

Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser.

Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya.

Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. 

Akhirnya Waheeda  bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

Dipetik dari Suria Pelangi

Semasa di homestay miliknya, Waheeda sedang melayari laman sesawang tentang kecantikan diri seorang wanita yang merupakan sinonim dengan sifatnya yang terlalu obses dengan kecantikan.  Lalu Waheeda teringat akan hidungnya yang kemet  yang menjadi ejekan kepada kawan-kawannya seperti  Si Nuar, Si Man dan Mat Gusi. Hatinya sentiasa memberontak dengan keadaan itu. Atas nasihat ibunya, Raidah dan kawannya Nasuha serta Ustazah Ruqaiyah perasaan benci  dan bergelora terhadap kawan-kawannya dapat diredakan.

Di pekarangan homestaynya suasana agak riuh dan sibuk telah mematikan lamunan Waheeda. Keriuhan itu menggambarkan kesibukan dan persediaan yang sedang dilakukan oleh pekerja homestay iaitu Fatimah, Babu Saiyidah, Liya dan Nani untuk menyambut kedatangan pelancong Inggeris. Satu daripada keistimewaan homestay ini adalah menyediakan makanan asli masyarakat Dayak Sarawak seperti pansuh ayam dan bubur pedas, pansuh manok dan udang galah gulai tempoyak iaitu masakan asli Sarawak. Selain makanan dan tempat tinggal, pengurusan homestay Waheeda    menyediakan pengalaman pergi ke dusun buah-buahan di Matang dan juga pengalaman urutan kaki di kolam ikan kap. Selain itu, pelancong juga diberi penerangan tentang sejarah tempatan di situ. Waheeda terus menyiapkan tugasannya untuk memajukan lagi homestay itu.

Dipetik dari Suria Pelangi

Semasa di pejabatnya,  Waheeda dan Fatimah sibuk berbincang tentang  2 lawatan institusi pelancongan dan lawatan Putera  Andrew ke Rumah Panjang Annah Jais seterusnya ke Dusun Tajau Emas. Mereka juga menyenaraikan  barang-barang yang penting untuk dipamerkan bagi menggambarkan identiti budaya masyarakat Sarawak kepada rombongan yang hadir.

Kehadiran para pelancong ini menyebabkan Waheeda berasa amat gembira. Namun di sebalik kehadiran pelancong itu, Waheeda berasa amat kecewa atas penampilan dirinya yang tidak cantik dan Waheeda memasang niat untuk membuat pembedahan plastik. Hasrat ini telah dinyatakan kepada ibunya, Raidah. Tetapi bapa Waheeda tidak menggalakkan kerana  bercanggah dengan hukum agama. Emak Waheeda terus memujuk anaknya supaya tidak melakukan  apa yang dihajatinya.

Tidak  beberapa lama kemudian, keadaan chalet  pada malam itu menjadi kelam kabut. Seekor  monyet Belanda telah menempa masuk ke dalam chalet. Nasib malang telah menimpa Waheeda kerana monyet itu telah menggigit muka Waheeda. Dia luka parah dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan yang dikendalikan oleh Dr. Zakaria. Melalui perbincangan antara Waheeda dengan Dr Zakaria, Waheeda telah bersetuju untuk melakukan pembedahan plastik dengan menggunakan kepakaran di Singapura.

Dipetik dari Suria Pelangi

Perjalanannya  menuju ke lapangan terbang Kuching pada pagi itu ditemani oleh Ibu Waheeda(Raidah), Kamri dan Ghazi selaku pemandu kereta pacuan empat roda (Prado). Ghazi ialah abang Waheeda yang melepaskan jawatan sebagai jurutera di petronas telah pulang ke pangkuan keluarga untuk memajukan perniagaan keluarganya. Pada awalnya, perjalanan mereka agak lancar tetapi apabila menghampiri jambatan Tun Abdul Rahman Yakob, keadaannya tersekat-sekat akibat jambatan roboh kerana dilanggar oleh tongkang pasir pada malam tadi. Dalam perjananan itu Waheeda tidak banyak berkata-kata hanya menyamput kata-kata ibunya sekali sekala. Waheeda banyak menyendiri sahaja. Namun, ibunya Raidah banyak bercerita tentang sejarah jambatan gantung dan nama-nama jalan yang dilalui oleh mereka yang semuanya mengambil nama pembesar-pembesar negeri Sarawak. Raidah juga sangat kagum tentang bandar raya Kuching yang dinobatkan sebagi Bandar Dalam Taman dan Bandar Selamat menurut perisytiharan daripada Perikatan Bandar Sihat Sedunia.

Mereka sempat sampai ke lapangan terbang Kuching sebelum waktu berlepas. Raidah melihat wajah anaknya yang tidak menunjukkan rupa kesedihan. Jelaslah Waheeda mempunyai perasaan katarsis.

Sesampainya di lapangan Terbang Changi, Singapura, Waheeda menuju ke rumah  Bazilah iaitu kawan satu university dengannya. Waheeda akan tinggal bersama Bazilah sepanjang menerima rawatan di Silicon Medical Centre, Singapura yang dikendalikan oleh Dr Alma Hollis.

Dipetik dari Suria Pelangi

Sebelum Waheeda menuju ke  rumah Bazilah, Waheeda  kagum  dengan kebersihan bandar raya Singapura dan Waheeda melihat kedai-kedai yang banyak berderet tetapi niatnya bukannya untuk membeli belah. Dia juga amat peka kewujudan pokok-pokok semarak api yang sedang berbunga. Rentetan daripada itu, telah menyedarkan Waheeda tentang kepalsuan fakta sejarah yang telah dimanipulasikan oleh penjajah. Perjalanan diteruskan ke rumah Bazilah. Dia sudah dinantikan oleh sahabatnya itu di rumah. Waheeda akan tinggal di salah sebuah bilik di rumah  kepunyaan pakcik Bazilah. Semalaman mereka berbual mengenang kembali peristiwa-peristiwa semasa mereka sama-sama belajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Malaysia. Keesokan harinya, Waheeda telah diperkenalkan oleh Bazilah kepada tunangnya, Dr Zahari. Kebetulannya Dr Zahari merupakan doktor pakar pembedahan plastik di Hospital Sultanah  Aminah, Johor Bharu. Dalam sebuah restoran, Dr Zahari menjelaskan gambaran tentang pembedahan plastik yang akan dilalui oleh Waheeda. Pada masa yang sama, Waheeda juga menyatakan  bahawa dia berhajat untuk melakukan pembetulan di kelopak matanya.

Waheeda dan Bazilah sudah berada di  Silicon Medical Centre (CMC). Di sini, Waheeda berjumpa dengan Dr Alma Chen. Waheeda telah menyerahkan dokumen perubatan dari hospital  di Sarawak. Waheeda telah melengkapkan semua borang yang diperlukan untuk proses pembedahan tersebut.

Dipetik dari Suria Pelangi

Pada malam itu, Waheeda menghantar e-mel yang menceritakan rawatan yang akan dilaluinya. Apabila Ghazi menyatakan pembedahan tersebut mengambil masa kira-kira 10 jam kepada ibunya, Raidah menjadi gusar lalu bertindak  dengan menyediakan sejenis makanan yang bernama ketupat lepas. Penyediaan ketupat lepas ada kaitan dengan kepercayaan masyarakat di situ untuk menolak bala. Raidah juga menyuruh Ghazi membeli tiket kapal terbang ke Singapura. Raidah akan memberi ketupat lepas itu kepada anaknya itu kononnya untuk menolak bala.

Di rumah Bazilah, Waheeda menerima panggilan daripada ibunya bahawa dia sudah sampai di Singapura. Waheeda terkejut dan menyatakan kepada ibunya supaya menunggunya. Tiba-tiba ibunya sudah berada di depan pintu rumahnya. Ibunya membawa ketupat lepas dan menyuruh Waheeda membuka ikatan ketupat lepas bagi menolak bala lalu dimakannya. Bazilah juga memakannya. Waheeda amat gembira dengan kehadiran ibunya.

Pada keesokan pagi, Raidah dan Bazilah menemani Waheeda ke SMC. Selepas berjumpa dengan Dr Alma Chen dan menandatangani beberapa dokumen mereka terus ke bilik bedah. Di luar dewan bedah, Raidah memeluk anaknya dan mendoakan keselamatan Waheeda. Begitu juga dengan Bazilah. Kemudian Waheeda berjalan masuk ke bilik bedah dengan hati yang tabah demi  kecantikan wajahnya.

Dipetik dari Suria Pelangi

Pembedahan terhadap Waheeda yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Operasi ini diketuai oleh Dr Sirrim Ghazizadeh dan dibantu oleh Dr Alma Chen dan Dr Averroes (Dr.Rushdi).  Di dalam bilik pembedahan, keadaan Waheeda sangat tenang dan rela menjalani pembedahan itu demi kecantikan wajahnya. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 12 jam.

Waheeda berasa sangat gembira kerana rupa-rupanya dia ditemani oleh ibunya yang menunggu di luar  bilik pembedahan. Waheeda melangkah keluar dari SMC bersama-sama ibunya selepas membayar bil pembedahan yang jumlahnya berpuluh ribu ringgit. Waheeda berasa lega kerana hasratnya untuk merubah wajahnya seperti yang diidamkan sudah terlaksana. Semasa Waheeda berehat di rumah, dia telah membaca satu tawaran  pakej pelancongan yang ditawarkan oleh Timberland Medical dan SMC ke Hotel Flamingo De La Rossa, Pulau Sentosa, Singapura. Tawaran ini dikhaskan kepada pelanggan SMC yang membayar 30 ribu ke atas. Waheeda menerima tawaran tersebut.

Dipetik dari Suria Pelangi

Percutian ke Pulau Sentosa ditemani oleh sahabatnya Bazilah dan Dr Zahari. Waheeda bersama rakannya menghabiskan masa di pulau tersebut. Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca buku yang tersedia di hotel tersebut. Mereka juga menghargai  anugerah alam di situ. Jenis tumbuh-tumbuhan yang ada di situ seperti pohon putat laut dan pohon ketapang yang mengingatkan  Waheeda kepada kampung halamannya. Suasana di situ juga menjadi sumber inspirasi kepada Wheeda untuk memajukan lagi homestay kepunyaan bapanya.

Semasa Waheeda, Bazilah dan Dr Zahari berbincang, tiba-tiba munculnya  Dr Averroes. Dr Averroes juga dikenali sebagai Dr Rushdi. Percutian ini semakin rancak dengan kehadiran Dr Rushdi. Mereka bersantai bersama-sama berkongsi pengalaman dan pandangan.

Dipetik dari Suria Pelangi

Waheeda dan Dr Rushdi terus bercerita. Dr Rushdi menyatakan bahawa  kecantikan ialah tirani yang hadir hanya sementara sahaja. Istilah  tirani menurut Dr Rashdi berasal dari Greek. Persoalan ini menjadi topik perbualan yang panjang antara mereka berdua.

Pada malamnya, sebelum tidur, Waheeda tersenyum teringatkan cerita-cerita yang disampaikan oleh Dr Rushdi tentang dirinya dan kehebatan orang-orang Sepanyol. Cerita Dr Rushdi juga mengingatkan  Waheeda kepada kehebatan bangsanya dan kampung halamannya. Sejurus selepas itu, Fatimah telah menelefonnya  tentang ke hadiran Persatuan Agen Pelancongan dan Perjalanan Malaysia (MATTA) ke tempat mereka. Fatimah juga menerangkan pesta Bung Beratak yang dihadirinya bersama-sama rombongan tersebut.

Selepas itu, melalui e-mel Fatimah juga   tentang projek perhotelan yang dijalankan oleh syarikat Datuk Yaseer yang telah berjalan lancar. Waheeda teringat semula akan chalet ayahnya yang mungkin jauh ketinggalan berbanding dengan hotel Datuk Yasser. Waheeda memasang tekad untuk kembali ke Chalet Tajau Emas.

Dengan tidak disangka, Waheeda menerima berita gembira untuk menghadiri satu temu duga pegawai Perhubungan di Flamingo Resort. Sebenarnya Waheeda telah membuat persiapan diri  dengan menghadiri bengkel Keusahawanan dan Keterampilan diri sebelum ini. Sebelum tidur pada malam itu, Waheeda berfikir mungkin dia akan berpisah dengan sahabatnya, Bazilah kerana Flamingo Resort terletak jauh di sebelah selatan Singapura.

Dipetik dari Suria Pelangi

Kehadiran Waheeda sebagai Pegawai Perhubungan Awam yang baru di Flamingo Resort telah mendapat perhatian oleh pekerja di situ. Kecantikan dan keramahan Waheeda amat menyenangkan hati beberapa orang staf di situ seperti Lais, Anati dan Kong.  Dalam pada itu, Waheeda bersyukur diterima bekerja di situ. Namun, dia masih teringat kerjanya di Tajau Emas. Waheeda makan bersama Kong di Restoran La Rosa. Selepas Kong meninggalkan Waheeda di kafe, Waheeda sempat melihat seorang  lelaki yang bernama Zahid setelah dibisikkan oleh Alex kepadanya.

Di rumah Bazilah, semasa kedua-dua mereka berbual, Dr Zahari muncul. Waheeda sedar sejak belakangan ini, Dr Zahari selalu datang ke rumah mereka. Tindakan Dr Zahari yang mesra dan seakan-akan tidak mempedulikan Bazilah menyebabkan Waheeda kurang selesa. Waheeda berasa Dr Zahari melemparkan pandangan mata yang cukup berlainan yang mungkin menyebabkan Bazilah cemburu. Peristiwa ini menyebabkan Waheeda menganggap  tirani itu memang benar. Dengan alasan ini, Waheeda mengambil keputusan untuk berpindah ke Flamingo Resort.

Pada minggu pertama di tempat kerja, Waheeda telah menerima tugas yang agak berat yang diberikan oleh Encik Halloway. Waheeda cuba mengaitkan budaya masyarakat Singapura dengan masyarakat Sarawak. Waheeda teringat akan orang Ulu, Long Dance atau Hiven Joh, kebudayaan suku kaum Kelabit, Kayan, Kenyah, Long Bawang dan Penan.

Dalam pada merangka program yang terbaik untuk resort tersebut, Halloway datang dan mengajak berjumpa dengan Zahid. Dalam pertemuan ini, Halloway telah menawarkan Waheeda sebagai wakil Flamingo Resort dalam pertandingan ratu antarabangsa yang akan diadakan pada pertengahan   hadapan. Waheeda terkejut mendengar tawaran tersebut. Keadaan itu diredakan apabila Halloway memuji kecantikan Waheeda.

Setelah Halloway beredar, Waheeda berkenalan dengan Zahid. Melalui perbualan tersebut, Waheeda  dan Zahid begitu teruja dan hati mereka terus berbunga.

Dipetik dari Suria Pelangi

Datuk Yasser berkunjung ke Singapura dan menginap di Flamingo Resort dengan tujuan untuk menemuinya anaknya Zahid yang baru pulang dari Amerika. Datuk Yasser banyak membincangkan isu yang terkandung dalam akhbar hari itu,termasuklah tentang  Islam, rasuah, cetak rompak dan sebagainya. Tujuan asalnya untuk bertanya kepada Zahid tentang kepulangan Zahid dari Amerika. Zahid menjelaskan kepada ayahnya bahawa dia tidak suka  tinggal di sana kerana beberapa isu negatif terhadap Malaysia dan Islam. Datuk Yasser berasa bersyukur atas keputusan Zahid. Pada malam itu, perbualan anak beranak itu berkisar kepada pengembangan perniagaan di Kuching, Seri Gading dan mungkin ke Flamingo. Dalam kerancakan perbincangan, rupa-rupanya senyuman manis Waheeda terlekat dalam lamunan Zahid.

Selepas menikmati makanan tengah hari bersama Halloway, Waheeda didatangi oleh Zahid. Seterusnya Zahid memperkenalkan Waheeda kepada ayahnya Datuk Yasser. Perbualan Waheeda dengan Datuk Yasser  semakin rancak kerana Waheeda berasal dari Kuching dan ada kaitan dengan Tajau Emas. Lantas ada kaitan dengan Seri Gading. Datuk Yasser sangat gembira dan mencadangkan mereka makan bersama-sama pada malam itu.

Waheeda tidak sabar untuk menceritakan kepada Bazilah tentang pertemuannya dengan Zahid yang mungkin akan membibitkan sesuatu yang bermakna.

Seterusnya, persiapan sedang dibuat oleh Kong dan Anati yang sibuk memberi idea  tentang pakaian yang sesuai dipakai oleh Waheeda ke Pertandingan Ratu Cantik Miss Tourism Internasional nanti. Waheeda mencadangkan bahawa dia tidak mahu memakai fesyen yang berbelah sampai ke paha. Sebaliknya dia akan mengenakan pakaian Gajoh Oleng yang merupakan pakaian tradisi Sarawak.

Dipetik dari Semai Bakti

Fatimah menerima e-mel menceritakan hubungannya dengan Zahid. Fatimah menceritakan bahawa Zahid yang ditemui oleh Waheeda adalah anak kepada Datuk Yasser, tuan punya Sri Gading Holding. Raidah sangat gembira mendengar berita tersebut

Di Flamingo, berita kemenangan Waheeda sebagai Miss Tourism International  disebarkan kepada semua. Detik-detik kegemilangan diceritakan oleh Anati kepada semua warga Flamingo Resort. Seterusnya Waheeda diberi cuti satu hari. Di biliknya Waheda menerima bunga daripada Zahid dan Dr. Rushidi. Waheeda juga menceritakan hubungannya dengan Zahid kepada Bazilah. Bazilah sangat gembira dan berpesan supaya Waheeda menghantar kad jemputan nanti.

Manakala di Tajau Emas pula, Raidah berasa pelik bila diberitahu rombongan Datuk Yasser akan dating merisik anaknya sedangkan Waheeda masih berada di Singapura.  Acara merisik ini diteruskan juga tanpa kehadiran Waheeda.  Walau bagaimanapun, Raidah mengharapkan Waheeda akan pulang pada majlis pertunangan itu nanti.

Dipetik dari Semai Bakti

Tugas Waheeda di Flamingo semakin sibuk. Banyak aktiviti melibatkan dirinya setelah digelar Ratu Miss Tourism International. Halloway terus sahaja menyarankan beberapa tugas yang perlu dilaksanakan oleh Waheeda untuk acara di Flamingo. Waheeda tetap menjalankan tugas yang diberi kepadanya. Sesekali Waheeda berasa kasihan kepada keluarganya yang sibuk  mengurus hal pertunangannya sedangkan dia tiada di sana.

Di Sri Gading, Zahid sering menunggu panggilan daripada Waheeda. Zahid berasa bersyukur menginap di Flamingo Resort menjurus berkenalan dengan Waheeda. Zahid terus menelefon Waheeda dan perbualan mereka agak panjang dan mesra. Dalam perbualan tersebut, Zahid memujuk Waheeda supaya pulang ke Sarawak. Namun Waheeda memaklumkan kesibukan tugasnya dan kontraknya masih belum berakhir.

Kesibukan persiapan di Tajau Emas disampaikan oleh Fatimah melalui telefon. Tetapi perbualan mereka sering terganggu dengan bunyi bersin dan Waheeda menerangkan kepada Fatimah, dia tidak berapa sihat dan sering selesema.

Rentetan daripada itu, Waheeda mendapatkan rawatan dari doktor di klinik panel Flamingo tetapi kesihatannya tetap tidak berubah. Selesemanya masih berlarutan. Selepas bersin berpanjangan, Waheda berasa tulang rawan hidungnya runtuh lalu menelefon Dr Rushidi. Kemudian Waheeda terus ke SMC untuk mendapatkan rawatan.

Dipetik dari Semai Bakti

Di Sri Gading, Datuk Yasser sebagaimana biasa, sering menelaah statistik pelancongan yang semakin meningkat dari semenanjung, Singapura, Sarawak dan Asean. Dia gembira kerana rezeki semakin bertambah di Sri Gading. Hotel dan Pusat Peranginannya bernilai RM60 juta. Datuk Yasser menyedari bahawa keuntungannya datangnya dari usaha Waheeda yang sangat bijak mengiklankan Sri Gading dan Tajau Emas kepada pelancong. Dalam pada itu, Datin Hazirah, isterinya menyatakan  kerunsingan apabila melihat anak mereka Zahid yang nampaknya gelisah, berjalan mundar mandir akibat tidak dapat menghubungi Waheeda. Datin Hazirah juga bimbang kerana majlis pertunangan akan berlangsung hanya tinggal 3 hari sahaja lagi.  Keresahan Zahid menunggu Waheeda dapat diredakan kerana dia ditemani oleh kawan baiknya iaitu Aiman.  Zahid berasa cemburu dan curiga lalu mengimbas kembali cara Kong dan Halloway melayan Waheeda. Dia berasakan Waheeda berubah hati.

Majlis pertunangan yang sepatutnya berlaku pada hari Ahad bertukar menjadi majlis kenduri doa selamat di rumah Datuk Yasser. Manakala di rumah Hj Fathir dan Hjh Raidah diadakan majlis pertunangan antara Fatimah dan Ghazi. Hal ini disebabkan ketidakhadiran Waheeda ke rumahnya kerana dia sedang berada di SMC untuk menerima rawatan.

Kerunsingan yang dialami oleh Zahid menyebabkan dia mengambil keputusan untuk pergi ke Singapura. Dalam pada itu juga , bapa Waheeda, HJ. Fathir marah kepada isterinya Raidah dan telah menambahkan kerunsingan kepada Raidah. Mereka tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Waheeda. Hanya Fatimah dan Ghazi yang mengetahui hal sebenarnya bahawa Waheeda di masukkan semula di SMC kerana proses rinoskopi untuk merekonstruksi hidungnya yang telah mengalami satu komplikasi. Walau bagaimanapun, proses tersebut berjaya dilakukan oleh Dr Rushidi.

Sesampainya Zahid di Flamingo, Zahid diberitahu  oleh Anati bahawa Waheeda berada di SMC. Zahid bergegas ke sana.  Di sana proses merekonstruksi sudah selesai. Semasa meninggalkan SMC, Zahid melihat kemesraan antara Waheeda dengan Dr Rushidi. Zahid cemburu tetapi perasaan itu dapat diredakan apabila Waheeda menyatakan bahawa situasi tersebut berlaku kerana Dr Rushidi ingin  menguji deria bau dengan menyembur minyak wangi selepas mengalami selesema yang agak teruk. Zahid kembali tenang.

Dipetik dari Semai Bakti

Pesta perkahwinan antara Zahid dan Waheeda berlangsung di Taju emas. Rombongan daripada Datuk Yasser hadir dengan deretan kereta yang banyak. Suasana di tajau Emas sangat meriah. Tetamu yang diundang melebihi 1000 orang. Pelancong yang menjadi tetamu Sri Gading dan Tajau emas juga menjadi tetamu undangan majlis ini. Antaranya pelancong dari Arab, Inggeris, Jepun dan lain-lain lagi. Adat istiadat Melayu Sarawak dipamerkan dengan teratur dan penuh meriah. Adat ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong untuk dating ke daerah itu.

Irama muzik tradisional Melayu Sarawak dihidangkan termasuk paluan kompang yang mengiringi 50 orang ahli hadrah. Suasana Tajau Emas menjadi gilang gemilang. Upacara ijab kabur telah berjalan dengan jayanya. Lafaz nikah dapat disempurnakan dengan sekali lafaz sahaja.

Selepas acara akad nikah dan menyarungkan cincin perkahwinan, kedua-dua pengantin diperkenalkan kepada saudara mara kedua-dua belah pengantin. Majlis perkahwinan ini berlangsung selama dua hari berturut-turut melibatkan semua kaum di daerah Matang. Datuk Yasser akan mengadakan majlis sambutan yang serupa di Hotel Seri Gading pada minggu hadapan. Kedua-dua keluarga yang bersatu itu sungguh gembira

Dipetik dari Semai Bakti

Pemandangan di kawasan kampung Matang  dan Kubah begitu indah. Banjaran Matang yang menghijau dan Gunung Serapi yang membiru dari kejauhan sentiasa kelihatan mengapung awan.  Senario  pemandangan  dari Tajau Emas hingga ke kaki banjaran bagaikan lukisan gambar. Ini telah digambarkan oleh zahid  semasa dia berada di kampungnya. Malahan pelancong asing juga memuji pemandangan di kawasan tersebut. Zahid juga mengenangkan nasib yang akan menimpa kawasan  yang menghijau tersebut sekiranya rancangan untuk membina lapangan terbang kedua bagi Bandaraya Kuching menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, zahid juga terkenang  kehidupannya semasa berada di luar negara bersama beberapa wanita. Malahan gaya boleh mencairkan hati wanita.

Sejak pertemuan dengan Waheeda di Flamingo, persepsi Zahid  tentang cinta dan kehidupan kini berbeza. Zahid teringat kata-kata kawannya bahawa hidup ranggi tidak sampai ke mana sedangkan usia semakin meningkat.

Dalam dua minggu bergelar pengantin baru, keintiman semakin terpaut utuh antara Zahid dan Waheeda. Waheeda juga bersyukur kerana berjaya membina kerjaya serta keterampilan sentiasa meniti di bibirnya.

Dipetik dari Semai Bakti

Zahid membaca akhbar di bilik pejabatnya. Kajian yang dibuat oleh The Expert banyak member gambaran negatif kepada Malaysia. Pada waktu itu Waheeda muncul secara tiba-tiba dan menyatakan dua ratus ribu pelancong dari timur tengah akan melawat Negara ini pada tahun depan.  Seri gading dan Tajau Emas bakal menempatkan pelancong-pelancong tersebut yang datang ke Sarawak nanti.

Waheeda telah membaca satu pojok ekonomi Asia  yang menyatakan Malaysia jatuh ke nombor lapan dalam kemajuan ekonomi domestik, khususnya sektor pelancongan. Kemudian dia pula mengambil sekeping wadah berkaitan alam sekitar yang ditulis oleh NAR, singkatan daripada Nasuha Abdul rahim. NAR merupakan rakan yang sudah terputus  hubungan dengannya. Di sinilah Waheeda terkenang kembali kawan karibnya  itu semasa di sekolah dahulu.

Sepanjang pagi zahid tekun menelaah akaun hotelnya.  Dalam masa yang sama, zahid menanti isterinya, Waheeda untuk  makan tengah hari di restoran Sri gading bersama-sama. Namun, Waheeda tidak  muncul-muncul. Kesibukan masing-masing menyebabkan mereka banyak membuat aluan masing-masing.

Zahid telah bergegas ke Tajau Emas apabila diberitahu bahawa Waheeda telah dipanggil oleh pelanggan lelaki. Di Chalet tajau Emas, Zahid ternampak lelaki itu berjabat tangan dengan Waheeda agak lama. Zahid kenal lelaki itu datangnya dari Dubai. Waheeda beredar cepat dari situ bagi mengelakkan ketegangan dengan suaminya, Zahid.

Zahid perasan apabila sesekali terserempak   pandangan pelanggan terhadap isterinya. Kecantikan serta keterampilan Waheeda seolah-olah kini menjadi milik masyarakat. Bagi Datuk Yasser pula, Waheeda bukan sahaja menantu yang cekap malah berupaya mengendalikan perniagaan dengan baik. Datuk Yasser akur dengan kehendak menantunya, Waheeda yang tidak ingin bergabung antara Seri Gading dengan Tajau Emas kerana Waheeda ingin berdikari.

Waheeda cuba membandingkan perwatakan Datuk Yasser dengan ayahnya. Di mana ayahnya suka berkebun manakala Datuk Yasser bekerja dalam bilik berhawa dingin. Waheeda kagum dengan semangat dan tenaga yang dimiliki oleh ayahnya.

Dipetik dari Semai Bakti

Waheeda berasa tidak sedap hati, mentuanya Datuk Yasser seakan membayangkan dirinya seolah-olah manusia individualistik apabila enggan menerima cadangan penggabungan Seri Gading-Tajau Emas. Waheeda ingin berdikari dan ingin membina empayar sendiri. Walaupun begitu, Waheeda  sentiasa bersedia datang ke Seri Gading untuk membantu.

Waheeda banyak terkenangkan masa-masa lalunya. Di mana masa santainya biasanya diluangkan bersama-sama ibunya. Pada masa ini juga, Waheeda mengusap-usap atas blaus ungu nipis yang melindungi perutnya yang kini mencecah lapan bulan. Waheeda berbual-bual dengan ibunya tentang dirinya. Raidah cukup terhibur mendengar luahan rasa anaknya.

Di samping itu, Waheeda masih memikirkan perubahan 360 darjah yang berlaku dalam dirinya. Cantik dicemburui, hodoh pula dihina. Awal tengah hari, Waheeda ke farmasi di Mall Matang Jaya untuk membeli ubat migrain. Namun ubat yang hendak dibelinya tiada stok di farmasi tersebut. Waheeda berasa dia perlu bergantung kepada ubat untuk meredakan sakit kepalanya. Mungkin stres, tumpuan kerja, kerenah suami dan macam-macam lagi.

Bagi Zahid, Waheeda obsesi dengan kerja. Manakala Waheeda menganggap Zahid merupakan seorang yang kuat cemburu. Sedangkan Waheeda jujur dengan suami, Zahid. Hati Waheeda begitu tergores apabila Zahid mengungkit insiden di Tajau Emas tempoh hari dan peristiwa semasa di SMC dahulu pun masih dalam ingatan Waheeda.

Pada malam itu, Waheeda berseorangan setelah sehari suntuk tidak bersama suaminya. Waheeda sudah pun tidur apabila Zahid pulang dari Seri Gading. Awal malam itu, Waheeda baring di atas katil mengingatkan kenangan dalam kenangan yang melingkari  hidupnya.

Ibunya, Raidah tidak menyebelahi sesiapa dan menasihati Waheeda supaya menjaga pergaulan dan agar tidak ingkar dengan suami. Raidah faham bahawa keresahan dan sensitiviti hanyalah pembawaan anak dalam kandungan.

Dipetik dari Semai Bakti

Zahid menemani isterinya menuruni Bukit Matang yang merakamkan sejarah hidup kehidupan Fadhil sekeluarga. Pada waktu inilah Zahid dan Waheeda bergurau tentang pendatang tanpa izin yang ditujukan kepada Zahid. Sesampainya di bawah, Waheeda telah disambut oleh Halloway. Halloway bersama Dr Rushdi telah datang bercuti ke Seri Gading tanpa pengetahuan Waheeda. Mereka telah mengimbau semasa di Flamingo Resort. Kemesraan yang terjalin   mereka menyebabkan Zahid meminta diri untuk menyambung joging. Pada waktu inilah, Halloway dan Dr Rushdi memuji kecantikan Waheeda dan kecantikan dan kehebatan wanita-wanita dahulu seperti Halen of Troy, Cleopatra, Ratu Saba’ dan ramai lagi.

Zahid melenting di hujung talian telefon sekembalinya Waheeda ke biliknya. Zahid meragui kejujuran dan keikhlasan Waheeda. Hati Waheeda tergores lagi. Malam itu Zahid tidak pulang ke rumah di Tajau emas dengan alasan untuk menonton bola.

Nostalgia pada peringkat awal begitu romantik bagi pasangan Waheeda dan Zahid terutamanya apabila mengetahui kehadiran orang baru. Namun, sejak peristiwa itu, hati Waheeda mudah tersentuh. Dia terkesan dinginnya perhubungan dengan suaminya. Waheeda rimas melihat suaminya yang terlalu cemburu.

Riadah, ibu Waheeda termenung di katilnya. Kini menantunya semakin menjauhkan diri. Riadah menasihati Waheeda supaya jangan membiarkan suaminya lalai akan tanggungjawabnya. Bertubi-tubi motivasi diri memasuki benaknya. Waheeda pasrah dengan laluan yang dihadapinya.

Waheeda bangun sebelum mentari menyinari bumi. Selepas bersenam kecil, Waheeda ke dapur. Raidah memberitahu Waheeda bahawa ada tetamu yang dating iaitu Nasuha dan kawannya Balqis dari BERNAMA. Mereka datang bersama pasukan BRP bagi menyiasat kes seorang menteri kanan yang dituduh rasuah. Waheeda berbual dengan Nasuha tentang zaman hodohnya dan mengenai suaminya, Zahid. Nasuha terkesima mendengar cerita yang disampaikan oleh Waheeda. Menurut Waheeda, bila-bila masa sahaja dia akan bersalin. Pada petang itu, Nasuha menemani Waheeda dan Raidah ke Hospital Normah tanpa kehadiran Zahid.

Dipetik dari Semai Bakti

Waheeda telah dimasukkan ke Hospital Normah untuk bersalin. Di wad eksklusif Hospital Normah, Raidah tidak senang duduk. Menyedari keadaan itu, Waheeda menyatakan bahawa Zahid tidak datang. Pada masa itu juga, Datin Hazirah, ibu mentuanya dating menziarahinya dengan membawa jambangan bunga pemberian Zahid. Ibu mentuanya menyatakan Zahid sibuk kerana di hotelnya berlangsung konvensyen antarabangsa.

Sebaik Datin Hazirah meninggalkan bilik tersebut, fikiran Waheeda teringat akan nada kasar Zahid yang menuduhnya bermain kayu tiga, nusyuz, ingkar dan banyak lagi. Zahid suka mengungkit perkara-perkara yang sudah berlaku. Paling menyakitkan hati Waheeda apabila Zahid tidak pasti anaknya, Izzati itu anaknya. Raidah telah menasihati Waheeda supaya banyak bersabar bagi meredakan perasaan tersebut.

Waheeda telah pergi berjumpa dengan Nurjihan iaitu sepupu Balqis yang bekerja di Makmal Spektro-Kimia. Waheeda mengajak Nurjihan makan di Sego Center atau Sukma Ria. Di sini, Waheeda dan Nurjihan berbincang tentang ujian DNA terhadap anaknya, Izzati. Waheeda telah membawa sampel rambutnya, rambut Zahid dan rambut Izzati. Waheeda telah mengetahui maklumat tentang ujian DNA setelah disampaikan oleh Nurjihan.

Di rumahnya, Waheeda tidak sabar-sabar membaca artikel mengenai ujian DNA yang diharapkan dapat membantu membersihkan namanya. Dia membaca berulang kali demi untuk memberi kefahaman tentang ujian DNA. Di bilik tidurnya, Zahid memerhati wajah bayi kecil yang banyak persamaan dengan Waheeda. Manakala rambut  lebat seperti dengan. Hidungnya peset tidak sama dengan hidung Waheeda dan Zahid. Pada masa inilah, Zahid melemparkan tuduhan terhadap Waheeda. Waheeda telah menunjukkan   DNA yang telah dibuatnya. Waheeda berusaha menyelamatkan rumah tangganya. Namun Zahid telah meninggalkan bilik tidurnya.

Sejak belakangan ini, kompromi antara Waheeda dan Zahid, seolah-olah terburai oleh sikap Zahid yang jarang balik ke Tajau Emas. Ramai kawan-kawannya telah menenangkan Waheeda. Sekiranya Zahid dating,  datangnya untuk menambahkan luka di hati Waheeda.

Raidah berasa senang dan terus ke bilik Waheeda. Raidah perasan perubahan yang dialami oleh Waheeda. Perasaan sayang dan cintai terhadap Zahid menjadikan jiwa Waheeda tidak tenteram. Kemurungan Waheeda juga dapat diperhatikan oleh Ghazi dan mencadangkan agar Waheeda mendapat bantuan pakar perubatan dan kaunseling.

Dipetik dari Terus Maju

Lais tiba-tiba sangat terperanjat dan amat gembira apabila terserempak dengan Waheeda di PUSRAWI. Kedua-dua mereka saling bertanya khabar dan Lais  menjelaskan kepada Waheeda bahawa kedatangannya menemani bapa saudaranya Pak Cik Aziz ke pusat rawatan tersebut.

Lais juga menerangkan bahawa Pak Cik Aziz telah diserang strok dan kedatangan mereka ke situ bertujuan untuk mendapatkan  rawatan. Lais menceritakan bahawa selepas bekerja di Flamingo Resort dia telah membantu bapa saudaranya di chalet dan kebun strawberi di Cameron Highlands.

Selepas diisyhtiharkan bankrap, Pak Cik Aziz ingin menjualkan perusahaannya. Selepas keluar dari bilik rawatan, Lais memperkenalkan pakciknya kepada Waheeda, Raidah dan Ghazi.

Sebelum beredar Lais sempat meninggalkan alamat mereka di Cameron Hihglands dan nombor telefon kepada Ghazi. Selepas itu Waheeda pula dipanggil untuk bertemu dengan kaunselor yang bernama Dr.Qamariah. Waheeda telah menerangkan segala kesedihan yang dihadapinya, bidang kerjayanya, dan sikap suaminya Yazid seorang yang panas baran dan kuat cemburu sehingga melafazkan cerai talak satu kepadanya di hadapan keluarganya.

Setelah mendapat nasihat daripada Dr. Qamariah, serta sokongan moral ibu dan abangnya Ghazi, Waheeda bersyukur dan berterima kasih serta semakin berfikiran positif, Waheeda sudah berubah dan tidak murung lagi. Waheeda ingin memulakan hidup baru.

Ghazi yang sedang berada di apartment mereka di Kajang, tiba-tiba teringat akan chalet Pak Cik Aziz. Lalu dia menelefon Lais dan Ghazi diberitahu bahawa Pak Cik Aziz akan menjualkan chaletnya ‘Iwana-Iwani’ . Ghazi bersetuju dan akan berjumpa mereka pada keesokan harinya.

Dipetik dari Terus Maju

Raidah menyuarakan hasratnya untuk pulang ke Tajau Emas. Dia amat rindu akan cucunya Izzati. Di rumah Pak Cik Aziz pula perbincangan tentang pengambilalihan Chalet Iwana-Iwani sedang berjalan rancak. Pak Cik Aziz menerangkan punca dia diisytiharkan muflis kerana penyelewengan yang dilakukan oleh pekerja-pekerjanya. Ghazi dan Waheeda amat berminat untuk membantu Pak Cik Aziz untuk mengambi; alih  Chalet Iwana-Iwani di Cameron Highlands setelah pergi melihat sendiri esok. Urusan mengambil alih berlaku dan urusan dengan Bank Rakyat berjalan lancar.

Dalam pada itu Waheeda menyuarakan hasratnya untuk tinggal di Cameron Highlands kepada Ghazi. Dia ingin melupakan kenangan pahit antara dia dan Zahid di Tajau Emas dan Seri Gading. Dia mengharapkan Tajau Emas dapat diuruskan oleh Ghazi dan keluarga. Chalet Iwana-Iwani diberi nama baharu dan Waheeda mengharapkan anaknya Izzati akan menjejak langkahnya menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Dipetik dari Terus Maju

Sambil dia berehat, Waheeda teringat akan laporan DNA yang disimpannya berpuluh tahun dahulu. Laporan itu membuktikan bahawa Izzati ialah anaknya dan Zahid. Dia membacanya. Tanpa disedarinya Izzati hadir menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya semasa dia menerima Ijazah. Mereka terus berbincang tentang rupa paras masing-masing. Izzati hairan  melihatkan wajahnya tidak secantik ibunya. Hidungnya penyet tetapi hidung ibunya mancung. Namun Waheeda terus menguatkan keyakinan diri anaknya bahawa kecantikan rupa paras tidak semestinya membawa bahagia malah kecerdikan otak amat perlu.

Waheeda terus mengharapkan Izzati terus bersyukur kerana Allah mengurniakannya otak yang pintar. Dengan kebijaksanaan dan kelulusan Izzati dalam bidang pelancongan, Chalet Aya-Sajinah (nama baru kepada Chalet Iwana-Iwani) telah berkembang maju dan dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negeri. Rezeki yang diterima oleh Waheeda dan Izzati melimpah-ruah bagaikan curahan air dari gunung. Keterampilan Izzati mengendalikan Aya-Sajinah terbukti apabila pada suatu pagi  Lais melihat Izzati menghormati dua orang pelancong warga emas yang mula mendaftar di chalet itu.

Dipetik dari Terus Maju

Pada petang itu Zahid dan Aiman menghabiskan masa santai di Cafe Iwani. Sambil menghirup kopi panas dan  menikmati kesegaran udara di situ, Zahid menceritakan kisah hidupnya kepada Aiman. Bermula dengan kecantikan bekas isterinya, kecurigaannya akan kesetiaan, kelahiran anaknya yang tidak langsung serupa dengan wajahnya dan isterinya sehingga tindakannya menceraikan isterinya. Aiman baru saja mengetahui bahawa Zahid sudah keseorangan semula sekarang.

Zahid juga mengatakan bahawa kecantikan itu hanyalah tirani. Zahid juga mengakui bahawa kesempurnaan fizikal juga hanya sementara, kerana pada bila-bila masa manusia boleh menjadi cacat sebagaimana dirinya yang menjadi tempang akibat kemalangan. Lais sentiasa berada di kaunter dan dapat mencuri dengar akan perbualan antara Zahid dan Aiman.

Lais cuba mengajak Izzati berada di kaunter pada waktu malam untuk melihat para pelancong yang menjadi tetamu chalet itu kerana pada waktu siang mereka menghabiskan masa dengan bersiar-siar di luar chalet. Lais juga mengajak Izzati berada di kaunter untuk mendengar perbualan antara dua orang tetamu mereka yang mendaftar pagi tadi. Perbualan mereka agak kuat dan mereka banyak bercerita tentang Kuching, Kuala Lumpur dan Los Angeles.

Izzati bersetuju untuk menemani Lais selepas waktu isyak di kaunter. Pada malam itu, Zahid dan Aiman masuk ke kafe. Zahid sempat bertembung mata dengan Lais dan Izzati di kaunter. Wajah dan senyuman Izzati amat meninggalkan kesan di hati Zahid dan menyatakan kepada Aiman bahawa gadis di situ anggun. Perbualan antara Aiman dan Zahid berkisar tentang kekesalan Zahid yang menceraikan isterinya akibat curiga dan menuduh isterinya curang melahirkan anak yang tidak mewarisi wajah mereka berdua. Zahid juga menceritakan kepada Aiman tentang sikapnya yang tidak mahu membaca laporan data DNA tentang anak mereka.

Zahid juga kesal kerana telah ditimpa kemalangan jalan raya di Los Angeles mengakibatkan kakinya tempang dan doktor mengesahkan bahawa dia tidak lagi berdaya mendapat zuriat. Izzati yang mendengar terkedu. Manakala Lais pula lebih daripada terkedu, malah dia dapat mengaitkan Zahid, seseorang pemuda yang kacak yang pernah dikenalinya di Flamingo Resort ketika dia bekerja di sana dahulu.

Ketika ingin membuat pembayaran di kaunter, Zahid sempat menenung wajah Izzati dengan satu tenungan yang agak berlainan dan menyatakan bahawa apabila dia memandang wajah Izzati dia teringat akan anaknya. Apabila ditanya, Zahid mengatakan anaknya bernama Izzati. Izzati terharu dan terkejut. Izzati pulang dengan wajah yang agak pelik dan berlainan menyebabkan Waheeda juga agak hairan melihat tingkah laku anak gadisnya itu.

Dipetik dari Terus Maju

Sekembalinya ke bilik pada malam itu, Zahid amat sukar melelapkan mata. Ingatannya terpaku kepada gadis di kafe tadi, yang benar-benar menggugat fikirannya. Senyuman, wajah, bulu matanya, lekuk pada dagu, dan lesung pipit,pada wajah gadis itu seolah-olah entiti dirinya dan gerak- geri gadis itu mengingatkannya kepada seseorang yang pernah disayanginya. Zahid amat menyesali dirinya yang enggan melihat laporan DNA dulu sekurang-kurangnya dia akan pasti anak itu anaknya atau bukan. Zahid memohon agar Allah memberi petunjuk kepadanya.

Pada pagi esoknya Zahid muncul awal di Restoran Iwana. Harapannya akan dapat melihat wajah Izzati dengan lebih dekat lagi. Akhirnya pertemuan Zahid dengan Izzati mengungkapkan rasa kesal, sedih, dan reda kerana gadis yang dilihatnya dalam tiga hari itu ialah anaknya yang selama ini dirindunya.

Zahid juga ingin menemui Waheeda untuk meluahkan perasaan rindu, kesal dan bersalah akibat tindakannya mengabaikan dan meninggalkan Waheeda dan Izzati selama 20 tahun. Pertemuan Zahid dan Waheeda pada petang itu dalam suasana marah, kesal, sedih dan sayu seolah-olah Waheeda tidak mahu memaafkannya. Namun Waheeda berasa amat bertuah kerana Allah telah mengurniakan seorang anak yang sangat mulia jiwanya dan meminta ibunya memaafkan ayahnya.

Dipetik dari Terus Maju

Tema

Accordion Content

Kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya.

Kegigihan Waheeda dalam mengembangkan sayap perniagaannya terserlah apabila dia berani membuat pinjaman baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron Highlands dan menukarkan namanya kepada Chalet Aya-Sajinah.

Dipetik dari Rujukan SPM

Persoalan

Accordion Content

Kecantikan merupakan perkara yang diutamakan oleh seorang wanita

“Dr Alma Chen menyatakan kepada Waheeda dalam proses ini, pihak pakar kami akan mengubah dorsum atau aliran atas hidung agar mancungnya terbentuk”

Dipetik dari Terus Maju

Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya

“Hmm, bila mak sampai?.” Tangan ibunya terus digenggam “Baru sekejap. Mak sebenarnya berada di bangku di luar bilik ini.” kata ibunya. “Dari sejak Eda dimasukkan ke bilik bedah?” Waheeda mengumpil kesetiaan ibunya. “Berapa lama?” Kira-kira 12 jam

Dipetik dari Terus Maju

Persahabatan antara dua sahabat yang sudah lama tidak berjumpa

Ketika Waheeda menghubungi sahabatnya Bazilah, Bazilah menjawab “Kecil tapak tangan, lapangan terbang Changi Illa tadahkan”. Lantas Waheeda menjawab “Kaulah kawan aku dunia akhirat, terima kasih seluas negeri Sarawak”.

Dipetik dari Terus Maju

Tanggungjawab seorang anak terhadap keluarga

Waheeda bersandar sambil termenung melayari lamunan. Dia amat berterima kasih kepada Ghazi kerana sanggup balik ke pangkuan keluarga, melepaskan jawatannya di PETRONAS Miri untuk balik membantu ayahnya menguruskan Tajau Emas sejak bulan lepas.

Dipetik dari Terus Maju

Muafakat antara keluarga

“Nampaknya kita tidak perlu bertolak ke rumah pihak perempuan, kata Datuk Yasser kepada wakil rombongan   dari keluarga terdekat serta kenalan memberi alasan. Kita buat lain kali,” katanya optimis.

Dipetik dari Terus Maju

Latar

Accordion Content

1) Waktu siang – Contohnya, peristiwa Waheeda yang dikejarkan ke hospital oleh Fadhil dan Raidah akibat kecederaan pada muka dan hidungnya kerana digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba ke bilik pejabat kecil mereka di tepi anjung hadapan berlaku pada waktu siang. 

2) Waktu tengah hari – Contohnya, peristiwa Fatimah dan ahli rombongan MATTA dari Kuala Lumpur yang disajikan hidangan ketupat pulut periuk kera oleh masyarakat Dayak Bidayuh ketika mereka mengikuti Pesta Bung Bratak.

3) Waktu malam – Contohnya, Peristiwa Fadhil yang teringat akan tindakannya menyanggah hasrat anak gadisnya, Waheeda untuk melakukan pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek sewaktu dia berjalan melintasi bilik tidur anaknya itu. 

Dipetik dari Novel Dan Komsas

1) Masyarakat yang mengamalkan nilai kasih sayang dalam kehidupan
Contohnya, Rainah amat sayang akan suami dan anak-anaknya dan sanggup terbang ke Singapura semata-mata untuk bersama-sama dengan Waheeda pada hari pembedahan mata dan hidung anaknya itu.

2) Masyarakat yang tekun dan rajin menimba ilmu
Contohnya, watak Waheeda Nurlyana, Bazilah, Fatimah, Izzati dan Zahid digambarkan sebagai masyarakat yang tekun dan rajin menimba ilmu sehingga berjaya memperoleh ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang pengkhususan masing-masing.

3) Masyarakat yang gigih menghadapi cabaran dan dugaan hidup
Contohnya, Waheeda Nurlyana gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran seperti peristiwa pembedahan mata dan hidungnya, peristiwa keretakan dan kemusnahan rumah tangganya dan peristiwa dia mengusahakan chalet penginapan untuk kemudahan pelancong. 

Dipetik dari Novel Dan Komsas

1) Rumah Fadhil – Tempat Fadhil, Raidah dan anak-anaknya, Ghazi dan Waheeda Nurlyana serta cucunya, Izzati tinggal.

2) Rumah Bazilah, di Yishun Street – Tempat Waheeda menumpang tinggal sementara dia menjalani rawatan pembedahan mata dan hidungnya di Singapura.

3) Chalet Tajau Emas – Tempat Waheeda mengalami kecederaan pada muka dan hidung akibat digigit dan dicakar oleh monyet Belanda yang meluru masuk secara tiba-tiba.

Dipetik dari Novel Dan Komsas

Nilai

Accordion Content

1. Kegigihan

– Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas,Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.

– Waheeda cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan.

– Kegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari.

2. Kasih sayang

– 
Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.

– Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.

– Datin Hazirah membawa sejambangan bunga dan sekeping kad ucapan yang kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan menantunya, Waheeda.

– Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan dan migran meroyan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya.

3. Keberanian

– 
Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.

4. Kebijaksanaan

– Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)

– Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.

– Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau.

5. Ketegasan

– Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam.

– Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas

6. Ketabahan

– Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan  perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya

– Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.

7. Kesabaran

– Waheeda sabar apabila dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yangmenginap di chalet mereka.

8. Menghargai

– Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya –Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.

– Emak Waheeda Iaitu Raidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka.

– Waheeda memilih untuk mengenakan pakaian Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antara bangsa yang akan diadakan pertengahan bulan, di The Four Seasons Hotel.

9. Keinsafan

– Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati.

10. Setiakawan

– Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua.

– Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

– Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo.

11. Bersyukur

– Waheeda berkeinginan untuk membuat pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek walaupun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapanya.

Dipetik dari Permata Emas

Gaya Bahasa

Accordion Content

All Yahoo! Health, Shopping Mall, Weeping willow, Gentleman, Baby, Business, Coffee house, Erectile Dysfunction

Dipetik dari Salam Ikhlas

Al-Fatihah, Subhanallah, Wallahuaklam bissawab, Insya-Allah, Assalamualaikum, Bismillah

Dipetik dari Salam Ikhlas

Kerisit kerumun, tekul, bertekul, ditekul, mereya, jembuk, nasi temuan

Dipetik dari Salam Ikhlas

Peribahasa yang digunakan ialah simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, dan bidalan.

Simpulan bahasa

  1. Waheeda senyum kambing mengingatkan kain sarung…

  2. …panjang lebarpula lontaran buah fikirannya…

  3. Waheeda digamit seronok berkawan dengan ulat buku…

  4. Kaumyang degil dan keras kepala ialah kaum Aragon”…

Perumpamaan, pepatah dan bidalan

  1. Waheeda semakin terasa ada udang di sebalik batu.

  2. “Ikan di laut, asatn di darat, dalam periuk bertemu juga”…

  3. Waheeda dan Bazilah tidak keringgusi dibuatnya…

  4. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, Waheeda…

  5. Bijak, bijak, mengangkat bakul sendiri

  6. ‘Jauh di mata, namun dekat di hati,‘ gesit Waheeda..

Dipetik dari Salam Ikhlas

Membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.

Perbandingan menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam dan ibarat.

  1. …berlari ke rumah macam pelesit.

  2. Fatimah terus menghampiri meja pengurus Tajau Emas yang kelihatan ceria bagaikan bunga cina kembang pagi.

  3. Serta-merta timbullah gambaran dirinya seperti mumia Mesir kuno yangsedang berada di perbaringan untuk pameran…Fatimah terus menghampiri meja pengurus Tajau Emas yang kelihatan ceria bagaikan bunga cina kembang pagi.Fatimah terus menghampiri meja pengurus Tajau Emas yang kelihatan ceria bagaikan bunga cina kembang pagi.

  4. “Orang dulu-dulu memuji hidung bak seludang mayang, pipi bak pauh dilayang, memang banyak kiasnyaRaidah…

  5. Kecantikan ibarat baranganyang mudah remuk.

Dipetik dari Salam Ikhlas

Pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti objek atau benda.

  1. Tiba-tiba pandangannya menyambar wajah Fatimah yang muncul dari balik dinding kaca.

  2. Rasa kesal mulai mengasak benak.

  3. Ciuman ibu berdecit singgah di pipi.

  4. Udara sejnk dan nyaman meramas kulit yang dibaluti blaus nipis.

  5. …,pokok itu nampak sayu dan melankolik sekali,…

  6. Cengkerik yang berbenti menyanyi seketika kembali mengalunkan irama dalam simfoni orkestra malam yang mungkin bersenandung sehingga pagi.

Dipetik dari Salam Ikhlas

Perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam, dan sebagainya.

  1. …, dari suak dahi ke tebing dagunya.

  2. Beralun-alun wap keluar dari mulut buluh yang disumbat dengan pucuk ubi kayu…

  3. Waheeda melangkah laju setelah tiketnya dikoyak, berjalan menelusuri jambatan udara untuk terus masuk ke perut pesawat.

  4.  dia lelah berjaya keluar daripada rantai konvensional,…

  5. Terowong minda mengundang tafsiran saraf daripada renungan mata Zahid.

  6. Awan kumulus yang berarak dari barat tiba-tiba menutup wajab bulan.

  7. Lama Raidah termenung di tubir katilnya memikir,…

Dipetik dari Salam Ikhlas

Hiperbola merupakan perbandingan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan

  1. Dura berpuing-puing di cepu kepala setelah menyelami hati nurani sepupunya.

  2. Hujan gerimis hilang di lautan senyap.

  3. Terasa bangat dadanya oleh dengupan jantung yang menendang- nendang rongganya.

  4. Kesan ubat penahan sakit yang meloyakan merobek-robek dadanya.

  5. Mereka sedang menyiapkan sarapan pagi bagi semua penghuni inap desanya sebelum matahari menyergah burni dengan kenyitan sinarnya yang tiada tara mesranya itu.

Dipetik dari Salam Ikhlas

Paradoks merupakan gaya bahasa yang mempertentangkan kata-kata dalam ayat.Paradoks juga memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan.

  1. Walaupun miskin barta tetapi orang Melayu memang kaya ketawa.

  2. Hati Waheeda dijentik sayu, namun semakin tabah setelah menerima sokongan keluarga sebagai doa dan harapan untuk dia keluar dari bilik itu dengan selamat.

  3. Waheeda cuba mengekel walaupun hati dijentik kesedihan oleb kejauh an yang memaksa.

  4. Seseorang akan hanya tabu akan nikmat sib at apabila berada dalam keadaan sakit,…

  5. Natijahnya sama seperti tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain.

Dipetik dari Salam Ikhlas

Watak & Perwatakan

Accordion Content

1. Seorang yang gigih

– Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas, Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.

– Waheeda cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan.

– Kegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari.

2. Seorang yang penyayang

– Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan dan migran meroyan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya.

3. Seorang  yang berani

– Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.

4. Seorang yang bijak bertindak

– Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)

– Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.

5. Seorang yang tegas

– Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam.

– Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas

6. Seorang yang tabah

– Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan  perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya.

– Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.

7. Seorang yang sabar

– Waheeda sabar apabila dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yangmenginap di chalet mereka.

8. Seorang yang menghargai budaya dan warisan bangsa

– Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya –Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.

– Waheeda memilih untuk mengenakan pakaian Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antara bangsa yang akan diadakan pertengahan bulan, di The Four Seasons Hotel.

9. Seorang yang menghargai hubungan persahabatan

– Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua.

– Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo

10. Seorang yang tidak bersyukur atas kurniaan ciptaan tuhan

– Waheeda berkeinginan untuk membuat pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek walaupun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapanya.

Dipetik dari Seri Mekar

1) Seorang yang penyayang

– Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.

– Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.

2) Seorang yang menghargai budaya dan warisan bangsa

– Emak Waheeda Iaitu Raidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka.

Dipetik dari Seri Mekar

Seorang yang penyayang

– Datin Hazirah membawa sejambangan bunga dan sekeping kad ucapan yang kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan menantunya, Waheeda.

Dipetik dari Seri Mekar

Seorang yang bijak bertindak

– Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau.

Dipetik dari Seri Mekar

Seorang yang menghargai budaya dan warisan bangsa

– Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya –Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.

Dipetik dari Seri Mekar

Seseorang yang menyesal dan insaf akan kesilapan yang telah dilakukan

– Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati.

Dipetik dari Seri Mekar

Seorang yang menghargai hubungan persahabatan

– Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

– Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo.

Dipetik dari Seri Mekar

Pengajaran

Accordion Content

1. Kita hendaklah gigih dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan

– Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas,Waheeda Nurlyana telah berusaha sedaya-upaya untuk mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu. Waheeda turut menyediakan pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada pengusaha walaupun menerima saingan sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.

– Waheeda cekal mengharungi liku-liku yang manis dalam alam rumah tangganya bersama-sama dengan Zahid sehingga beroleh cahaya mata perempuan.

– Kegigihan Waheeda dalam dalam membina hubungan persahabatan turut. Waheeda gigih dan bijak berhadapan dengan sikap prejudis rakannya Bazilah yang mencemburui hubungan baiknya dengan tunangannya sendiri, Dr. Zahari.

2. Kita hendaklah mengamalkan nilai kasih sayang untuk mempererat hubungan antara ahli keluarga.

– Raidah, ibu Waheeda berusaha dan sanggup pergi ke Singapura semata-mata untuk menemani anak gadisnya itu menjalani pembedahan mata dan hidung di Silicon Medical Center (SMC), Singapura.

– Raidah sanggup menemani Waheeda ketika mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling atas penyakit kemurungannya di Pusat Rawatan Islam. (PUSRAWI) K.L.

– Datin Hazirah membawa sejambangan bunga dan sekeping kad ucapan yang kononnya daripada Zahid untuk menjaga perasaan menantunya, Waheeda.

– Waheeda yang terlalu mencintai suaminya telah mengalami masalah kemurungan dan migran meroyan akibat tindakan Zahid yang menceraikannya.

3. Kita hendaklah berani menghadapi risiko  dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.

– Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah, Bank Pembangunan utnuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya, Abdul Aziz Imran.

4. Kita hendaklah bijak dalam mencari ikhtiar menyelesaikan masalah  yang dihadapi.

– Waheeda bijak mengatasi masalah kemurungannya dengan mendapatkan rawatan dan khidmat pakar kaunseling Qamariah di Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI Kuala Lumpur)

– Waheeda mendapat khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati adalah anak kandung mereka.

– Pak Cik Aziz meminta Waheeda dan Ghazi mengambil alih perusahaan Chalet Iwana-Iwani sebelum pihak bank menyita segala aset perniagaan beliau.

5. Kita hendaklah tegas dalam membuat tindakan dan keputusan.

– Waheeda tegas dan nekad dengan keputusannya untuk melakukan rekonsitraksi pada bahagian mata dan hidungnya walaupun bercanggah dari sudut agama Islam.

– Waheeda bertegas tidak mahu menerima cadangan bapa mentuanya Datuk Yasser untuk mengabungkan perusahaan Seri Gading-Tajau Emas

6. Kita hendaklah tabah berhadapan dengan masalah dalam kehidupan seharian.

– Sebagai ibu tunggal Waheeda tabah mendidik dan membesarkan anaknya Izzati sejak lahir di samping menguruskan  perniagaan pelancongannya setelah diceraikan oleh suaminya

– Waheeda tabah dan bersabar menghadapi karenah suaminya Zahid yang kuat cemburu dan panas baran.

7. Kita hendaklah sabar dalam menghadapi dugaan agar dapat meneruskan hidup dengan tenang.

– Waheeda sabar apabila dituduh oleh suaminya Zahid mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain hanya kerana sikap ramah dan mesra Waheeda yangmenginap di chalet mereka.

8. Kita hendaklah menghargai budaya dan warisan bangsa supaya tidak ditelan zaman.

– Waheeda meminta Izzati menggantung Kain Pua Kumbu sarawak di atas pintu masuk Restoran Iwani dan Kafe Iwani di Chalet Aya –Sajinah, Camerons Highlands untuk mengekalkan budaya dan warisan peribumi Sarawak.

– Emak Waheeda Iaitu Raidah menyedikaan hidangan tradisional masyarakat Sarawak contohnya pansuh manok, terubuk panggang , dan bubur pedas untuk hidangan para tetamu yang menginap di chalet mereka.

– Waheeda memilih untuk mengenakan pakaian Cheongsam Brooked Merah ketika menyertai Pertandingan Ratu Pelancongan Antara bangsa yang akan diadakan pertengahan bulan, di The Four Seasons Hotel.

9. Kita hendaklah mengakui kesalahan yang telah dilakukan untuk memulihkan kekeruhan dalam sesuatu hubungan.

– Zahid mengakui kesalahannya dan menangis teresak-esak kerana menyesal atas perbuatan lampaunya menceraikan Waheeda tanpa usul periksa dan mempertikaikan status kelahiran anak kandungnaya, Izzati.

10. Kita hendaklah menghargai hubungan persahabatan yang terjalin agar ukhuwah berpanjangan.

– Waheeda telah dikunjungi oleh sahabat lamanya setelah 10 tahun tidak bersua.

– Bazilah telah membenarkan Waheeda tinggal bersama-sama dengannya ketika berada di Singapura. Bazilah sentiasa menemani Waheeda ketika pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

– Waheeda terkenang kembali keakraban ketika bersama-sama sahabatnya Bazilah setelah dia berpindah dari rumah Pangsa Yishun ke Hotel Flamingo

11. Kita hendaklah bersyukur atas kurniaan ciptaan tuhan agar tidak mudah berasa rendah diri.

– Waheeda berkeinginan untuk membuat pembedahan kosmetik pada hidungnya yang pesek walaupun tidak mendapat persetujuan daripada ibu bapanya.

Dipetik dari Seri Mekar

Binaan Plot

Accordion Content

Pengarang memperkenalkan watak Waheeda yang sedang melayari laman sesawang berkaitan perihal kecantikan wajah dan pembedahan plastik pada wajah. Waheeda mempunyai keinginan yang tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada wajah yang bertujuan untuk membaiki,memulih serta menjaga kekemasan diri.

Dipetik dari Saharuddin Abdullah

Waheeda telah dicederakan oleh seekor monyet belanda pada wajah dan hidungnya menyebabkan Waheeda dikejarkan ke hospital oleh fadhil sambil ditemani oleh ibunya, Raidah. Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk bertemu dengan Dr. Ama Hollis chen yang bertugas di Silicon Medical Center SMC yang akan menguruskan pembedahan mata dan hidungnya. Waheeda menjalani pembedahan pembetulan pada kelopak mata yang dijalankan oleh Dr. Shirrim manAkala pembedahan hidungnya dijalankan oleh Dr. Averroes atau Dr. Rushdi. Selain itu, Waheeda mendapat tawaran bekerja di Flamingo De La Rossa sebagai pegawai perhubungan awam. Waheeda berkenalan buat kali pertama dengan Zahid di Flamingo.

Dipetik dari Saharuddin Abdullah

Majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan antara Ghazi dan Fatimah. Majlis berlangsung dengan meriahnya. Pada suatu hari, Zahid mencari Waheeda selepas dia tidak muncul di restoran pada waktu makan tengah hari. Tiba-tiba Zahid menemui Waheeda di sebuah penginapan bersama seorang lelaki di chalet tajau emas yang mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka atas kesetiaan Waheeda itu. Selepas Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di hospital pakar normah, Zahid tidak datang menjenguk isteri dan bayinya. Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat keputusan DNA apabila Zahid mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandungnya.

Dipetik dari Saharuddin Abdullah

Zahid bertekad untuk menceraikan Waheeda dengan talak satu berpunca daripada perasaan cemburu dan sikap curiganya yang melampau itu. Waheeda mengalami kemurungan dan migrain meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam itu kerana dia terlalu mencintai suaminya.

Dipetik dari Saharuddin Abdullah

Ghazi dan Raidah menemani Waheeda mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di pusat rawatan Islam (PUSRAWI) Kuala Lumpur. Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan chalet Iwana-Iwani milik pak cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highland dengan menukarkan nama chalet tersebut kepada aya-sajina. Kebetuan, Zahid dan Aiman menginap di chalet tersebut.

Mereka sedang berehat dan bersembang tentang pelbagai perkara terutama perihal keinsafannya atas kesilapan masa silam. Zahid menangis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan Waheeda, insan yang dicarinya selama ini Zahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap Waheeda dan Izzati. Lais menenangkan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan kesalahan bapanya, Zahid.

Dipetik dari Saharuddin Abdullah

Teknik Plot

Accordion Content

Ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialami

1) Waheeda teringat akan kain sarung birunya terbelah sehingga paras peha seperti busana cheongsam kerana mengejar rakan-rakan sekolahnya yang selalu mengejeknya berhidung pesek.

2) Waheeda terkenang kata-kata semangat ayahnya yang semasa dia dan Ghazi berada dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari banglo mewah Pak Cik Aziz. Ayahnya mengatakan bahawa insan tanpa kejayaan umpama mati sebelum ajal.

Dipetik dari Salam Ikhlas

Teknik atau cara mengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku kesan daripada aksi-aksi watak dalam cerita berkenaan

1) Bazilah berasa gerun semasa membayangkan keadaan meja bedah dan alat perkakasan yang lazim digunakan semasa sesi pembedahan dijalankan sewaktu mendengar penerangan tentang prosedur pembedahan dari Dr Zahari.

2) Semasa menantikan kedatangan doktor untuk menjalankan pembedahan ke atas Waheeda, dia membayangkan keadaan dirinya disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu nanti.

3) Waheeda membayangkan suasana mesra yang berlaku sesama kakitangan di Chalet Tajau Emas yang sedang belajar menganyam kelonsong ketupat lepas daripada ibunya, Raidah ketika dia membaca kiriman e-mel yang dihantar oleh sepupunya, Fatimah.

Dipetik dari Salam Ikhlas

Peristiwa dalam novel yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu daalm kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya

1) Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekerja lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu. Monyet itu telah menyerang dan mengigit muka Waheeda. Pembaca tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada Waheeda. Akhirnya Waheeda di bawa ke Hospital oleh Raidah dan Fadhil. Dr. Zakaria telah menjahit luka pada kulit pipi dan hidung Waheeda.

2) Peristiwa tulang rawan hidung Waheeda dirasakan runtuh akibat demam selesema, walhal tarikh pertunangan Waheeda dan Zahid hampir tiba. Pembaca tertanya-tanya, adakah sempat hidung Waheeda pulih sebelum pertunangannya? Akhirnya majlis pertunangan Zahid dan Waheeda terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan Ghazi dan Fatimah.

3) Peristiwa Zahid menemui Waheeda di salah sebuah bilik penginapan penghuninya di Chalet Tajau Emas mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka Zahid. Pembaca tertanya-tanya, adakah rumah tangga Zahid dan Waheeda bertahan atau tidak disebabkan perasaan cemburu buta Zahid. Akhirnya, rumah tangga mereka tidak bertahan, Zahid menceraikan Waheeda dengan talak satu.

4) Peristiwa ketika keputusan DNA anak Waheeda dikeluarkan. Pembaca tertanya-tanya, adakah Izzati anak kepada Zahid atau tidak? Akhirnya keputusan itu mengesahkan bahawa Izzati ialah anak kandung Zahid.

5) Peristiwa Zahid pertama kali Zahid melihat anak mereka Izaati. Pembaca tertanya-tanya, apakah penerimaan Zahid terhadap anak itu. Akhirnya Zahid tidak dapat menerima hakikat Izzati adalah anak kandung memandangkan anak itu tidak mempunya ciri-ciri persamaan dengannya.

Dipetik dari Salam Ikhlas

Perubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa di duga oleh pembaca / watak

1) Peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas. Pembaca tidak menyangka bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup mencederakan orang-orang yang berada di situ, iaitu Waheeda.

2) Peristiwa Waheeda akan menjalankan pembedahan di Singapura. Pembaca terkejut ibu Waheeda datang ke Singapura dan sudah berada di hadapan rumah Waheeda, sedangkan pada awal cerita ibu Waheeda tidak bersetuju dengan hasrat Waheeda itu.

3) Peristiwa Izzati dan Zahid bertanyakan nama ibu Izzati. Izzati menyatakan ibunya bernama Waheeda Nurliyana. Zahid berasa terkejut bahawa di hadapannya ialah anak kandungnya yang sekian lama ingin ditemunya.

4) Peristiwa Waheeda menunjukkan keputusan DNA kepada Zahid. Pembaca terkejut dengan tindakan Zahid mempertikaikan keputusan DNA yang ditunjukkan oleh Waheeda. Zahid telah menuduh Waheedabersubahat dengan pakar DNA.

5) Peristiwa Waheeda sangat sedih kehilangan suami. Pembaca terkejut kerana tidak menyangka waheeda mengalami tekanan perasaan sehingga meracau dan bercakap yang bukan-bukan.

Dipetik dari Salam Ikhlas

Kata hati atau pengucapan batin sesuatu watak, sama ada ditujukan kepada orang lain atau dirinya sendiri

1) Waheeda bermonolog ketika teruja dan seronok untuk melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Waheeda berbisik dalam hati bahawa kalau boleh, hendak menjalani pembedahan plastik sekarang juga.

2) Waheeda bermonolog untuk memujuk nafsunya bahawa pemergiannya ke Singapura adalah untuk melakukan pembedahan pada wajahnya dan bukannya untuk membeli-belah.

3) Waheeda bermonolog dengan memperli perwatakan Zahid yang dilihatnya amat berbeza pada waktu itu dan hari semalamnya. Dalam fikirannya semalam Zahid seperti robot, tetapi hari ini bukan main ligat macam gasing.

Dipetik dari Salam Ikhlas

Contoh Soalan & Skema Jawapan