Silir Daksina

Silir Daksina (Nizar Parman)

Novel ini menceritakan tentang seorang remaja yang bernama Haiqal Haqimi. Pada suatu hari, dia memperolehi sebuah manuskrip lama yang ditulis oleh ayahnya.

Sipnosis

Accordion Content

Haiqal berbekalkan sebuah manuskrip lama yang diterima daripada seorang gadis berbangsa Cina yang tidak dikenalinya telah pergi ke kampung halaman ayahnya, Abdullah Kayan. Haiqal dilahirkan di kampung itu sebelum menetap di Kuala Terengganu. Manuskrip yang separuh jalan itu menarik minatnya untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat walaupun mendapat tentangan daripada uminya yang seolah-olah mahu melenyapkan nama Abdullah Kayan dalam hidup Haiqal.

Kehadirannya di Kampung Seri Purnama diterima dengan baik oleh masyarakatnya. Di kampung itulah dia mula membongkar kehidupan sebenar ayahnya melalui orang-orang yang rapat dengan ayahnya. Watak-watak yang dilukiskan oleh ayahnya dalam manuskrip lama itu seolah-olah cerminan watak-watak sebenar yang wujud di kampung itu.

Abdullah Kayan bukan hanya penggiat aktiviti kebudayaan di kampung itu, malahan beliau merupakan seorang guru yang aktif menulis sehingga pernah mewujudkan Aksara di kampungnya. Oleh sebab kecintaannya terhadap bidang itu, beliau sanggup meninggalkan keluarganya di Terengganu dan berpisah dengan Haiqal. Perjuangan itu kini diwariskan kepada Haiqal. Mampukah Haiqal melaksanakan hasrat ayahnya itu? Manuskrip lama itu menyimpan banyak rahsia yang perlu dihuraikan.

Dipetik dari Terus Maju

Haiqal telah menerima sebuah manuskrip dan setiap hari pasti dibelek-belek olehnya manuskrip itu. Manuskrip itu seolah-olah mempunyai tarikan untuk dibaca. Dia hampir-hampir kemalangan akibat sentiasa memikirkan manuskrip itu. Manuskrip yang diterimanya itu berkaitan dengan seorang lelaki yang bernama Abdullah bin Kayan. Haiqal teringat kembali semasa kecilnya iaitu sewaktu ibunya memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya walid iaitu Abdul Fatah hanyalah bapanya tirinya. Bapanya yang sebenar ialah Abdullah bin Kayan. Sejak hari itu, dia bertekad untuk mencari ayahnya apabila sudah dewasa.

Dipetik dari Anjung Didik

Pada suatu petang Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu Buruk kerana ingin berjumpa dengan teman baiknya itu. Haiqa mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi pantai sambil bercerita tentang ayah kandungnya yang berpisah dengan ibunya. Dia tidak sanggup bertanya kepada ibu sebab berlakunya perpisahan itu kerana takut menyinggung perasaan ibunya. Haiqal memberitahu bahawa manuskrip yang baru diterimanya itu mungkin dapat merungkaikan persoalan tentang ayahnya. Namun begitu, orang yang mengirim manuskrip itu ialah seorang berbangsa cina yang bernama Ong Swee Hwa yang tidak dikenalinya.

Dipetik dari Anjung Didik

1. Cikgu Amirulnizam (Abdullah Kayan) berada di balai raya untuk belajar dan menyaksikan rakan-rakan dan anak muda sedang belajar dan berlatih menari zapin. Dia tertarik hati dengan anak Tauke Lim (Tauke Ong) , Ai Ling (Ong See Hwa) yang turut serta dalam aktiviti itu.  Setelah selesai berlatih, Amirulnizam berbual-bual dengan Tauke Lim. Anak Tauke Lim itu mengingatkannya kepada Aiman (Haiqal).  Semasa di rumah, Amirulnizam berehat sambil memandang rumah Tauke Lim. Amirulnizam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula datang ke kampungnya.  Asalnya dia seorang yang susah dan datang berjumpa dengan arwah ayahnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik ayah yang terbiar selama ini.  Sejak hari itu hubungan ayah dan Tauke Lim bertambah baik.  Dia seorang yang rajin sehingga mampu mengumpul duit untuk membeli tanah kebun ayah.  sudah 18 tahun dia menetap di kampung itu dan amat disenangi oleh penduduk kampung.  Semasa arwah ayahnya masih hidup, dia menganggap anak Tauke Lim iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya.

Pada suatu pagi Tauke Lim meminta Amirulnizam untuk menumpangkan anaknya ke sekolah kerana bateri keretanya tidak berfungsi.  Amirulnizam mencadangkan Ai Ling menumpang dia sahaja ke sekolah setiap hari.  Semasa di sekolah, Amirulnizam diberitahu cikgu Latifah yang Ai Ling seperti berminat dengan kelas Pendidikan Islam.  Dia rasa dia mungkin ada peluang untuk rapat dengan Ai Ling.

2. Setelah membantu Tauke Lim menggantikan bateri kereta, Amirulnizam dipelawa oleh Tauke Lim ke pekan untuk belanjanya minum. Semasa berbual-bual, Tauke Lim menyatakan persetujuannya untuk membenarkan Ai Ling menumpangnya ke sekolah setiap hari.  Amirul berterus-terang dengan Tauke Lim yang dia kesunyian semenjak ayahnya meninggal dunia dan dia terpisah dengan anaknya Aiman.

3. Setelah selesai latihan zapin, Pak Haji Salam iaitu Ketua Kumpulan Zapin Purnama meminta Amirulnizam  dan beberapa orang untuk berkumpul.  Dia menjelaskan bahawa YB Samsuri akan datang ke kampung itu dua minggu lagi dan pegawai Yayasan Wawasan Negeri juga ingin datang kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak zapin jincat.  Amirul diminta untuk menyiapkan atur cara persembahan nanti agar ramai yang hadir.  Tauke Lim pula berjanji untuk menanggung kos jamuan untuk tetamu nanti.  Abang Bakir mencadangkan agar majlis itu diselitkan dengan acara deklamasi puisi  dan Amirulnizam dapat memilih peserta melalui murid sekolahnya.  Amirulnizam teringat kembali zaman kegemilangannya dalam bidang tersebut.

4. Amirul berasa gembira kerana Ai Ling merupakan salah seorang peserta yang menyertai pertandingan deklamasi puisi yang dirancangnya di sekolah. Ai Ling meminta agar Amirulnizam mengajarnya cara mendeklamasikan sajak. Amirulnizam bersetuju dan setelah berjanji, petang itu Ai Ling ditemani Ai Ching datang ke rumahnya. Ai Ling memberitahu bahawa ibu bapanya membenarkannya  mendeklamasikan sajak di rumah Amirulnizam. Amirulnizam mengajak Ai Ling dengan bersungguh-sungguh sehinggakan dia dapat mendeklamasikan sajak dengan baik. Setelah Ai Ling dan Ai Ching pulang, tiba-tiba sahaja Amirulnizam teringatkan Aiman.

5. Kemenangan Ai Ling dalam pertandingan deklamasi puisi murid-murid tahap satu telah menjadi perbualan ramai. Tauke Lim sangat gembira. Dia mengucapkan terima kasih kepada Amirunizam kerana mengajar anaknya sehingga menang. Tauke Lim, Abang Bakir, dan Roslan meminta supaya Amirulnizam aktif semula dalam bidang penulisan sajak dan cerpen. Sebenarnya, sejak perpisahannya dengan isteri dan anaknya, dia telah membuat keputusan untuk berhenti berkarya kerana kehilangan semangat. Kehadiran Ai Ling mempengaruhi hidupnya. Ai Ling seolah-olah pengganti kepada anaknya, Aiman sebagai tempat mencurahkan kasih sayang.

6. Kehadiran YB Samsuri dan beberapa pegawai Yayasan Warisan disambut meriah. Ramai orang kampung yang datang memenuhi majlis tersebut. Semasa Ai Ling membuat persembahan deklamasi sajak, Amirulnizam terbayang-bayang Ai Ling dan Aiman berada di pentas itu. Lamunannya dikejutkan oleh tepukan gemuruh orang ramai setelah persembahan selesai. Selepas itu, pelbagai persembahan lain yang dipersembahkan. Majlis malam itu diakhiri dengan persembahan lagu Gholiyabu yang dinyanyikan beramai-ramai oleh penduduk kampung. Sebelum pulang, YB Samsuri berjumpa dengan Amirulnizam secara peribadi dan mengucapkan tahniah kepadanya.  Beliau berharap agar Amirulnizam dapat mengembangkan sastera dan bahasa  di kampung itu dan menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai perkampungan sastera.

7. Ai Ling sudah berusia dua belas tahun dan Amirulnizam menganggapnya seperti anaknya sendiri.  Kesihatan yang kurang memuaskan telah membataskan aktivitinya.  Suatu petang Amirulnizam membawa Ai Ling dan Ai Ching ke Pantai Punggur.  Amirulnizam berbual-bual dengan Ai Ling.  Ai Ling bertanya tentang anak Amirulnizam iaitu Aiman.  Amirulnizam memberitahu bahawa Aiman berada di Terengganu dan seusia dengan Ai Ling.  Ai Ling teringin untuk berjumpa dengan Aiman dan berkawan dengannya.

8. Amirulnizam semakin sibuk dengan persiapan aktiviti untuk acara sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan program Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan tidak lama lagi.  Tahap kesihatannya semakin merosot dan bergantung kepada ubat untuk mengurangkan kesakitan.  Petang itu Ai Ling datang ke rumah Amirulnizam.  Dia bertanyakan helaian kertas kajang yang ditulis oleh Amirulnizam.  Amirulnizam berjanji akan menjadikan Ai Ling orang pertama yang membaca hasil tulisan itu apabila siap nanti.  Bagi Amirulnizam, Ai Ling merupakan orang yang menjadikan hidupnya yang kesepian menjadi lebih bermakna.  Ai Ling bertanyakan keadaan Amirulnizam yang kelihatan pucat dan kurus. Namun dia menjelaskan bahawa dia penat dan banyak kerja.  Ai Ling juga turut bertanya tentang Aiman yang menyebabkan Amirulnizam sukar untuk menjawabnya.

9. Dua hari sebelum majlis pelancaran Malam Sekampung Puisi dilangsungkan, segala persiapan majlis itu berjalan dengan rancak. Amirulnizam menggunakan masanya hingga larut malam untuk menyiapkan puisi yang akan dideklamasikannya dan sempat menaip dan menyimpan manuskripnya.  Sakit kepalanya semakin kerap menyerang.  Pada malam itu dia rasa aneh kerana kerinduan terhadap Aiman begitu kuat .  Dia hanya mampu menatap gambar anaknya sambil menangis teresak-esak.

Dipetik dari Anjung Didik

Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya, Haiqal berasa terharu dan menitiskan air mata. Malam itu Haiqal pergi berjumpa dengan Ratna. Dia meluahkan rasa bahawa cerita yang terdapat dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang ayahnya. Haiqal sentiasa berjumpa dengan Ratna untuk meluahkan masalah yang dihadapinya. Dia juga sentiasa mengusik-usik Ratna dengan kata-kata dan bahasanya.

Dipetik dari Anjung Didik

Manuskrip yang diterima oleh Haiqal itu telah menimbulkan kerinduan dan pelbagai persoalan kepadanya. Haiqal begitu kagum dengan ayahnya. Dia terkilan tidak dapat hidup lama dengan ayahnya kerana terpaksa memenuhi kehendak ibunya menguruskan perniagaan butik dan kilang batik. Dia teringat lagi sewaktu dia tidak dapat menziarahi ayahnya yang meninggal dunia tujuh tahun yang lalu kerana terpaksa menduduki peperiksaan UPSR.

Dipetik dari Anjung Didik

Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya. Ratna menyokong keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia menyuarakan hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara dam-diam.

Dipetik dari Anjung Didik

Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum itu, dia dihantar dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya untuk menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa kemarahan ibunya.

Dipetik dari Anjung Didik

Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah menurunkan Haiqal di sebuah warung kampung tersebut. Setelah bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

Dipetik dari Anjung Didik

Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah menunggunya di halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah kerana dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk makan tengah hari.

Dipetik dari Anjung Didik

Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya kepada Haiqal untuk memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur ayahnya. Setelah berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak mengenangkan arwah ayahnya.

Dipetik dari Anjung Didik

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah ayahnya selama seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam minggu.

Dipetik dari Anjung Didik

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia dapat melihat keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus dan terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ. Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin. Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

Dipetik dari Anjung Didik

Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di balai raya kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

Dipetik dari Anjung Didik

Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut untuk bersama-sama dengan penduduk kampung membuat latihan zapin.

Dipetik dari Anjung Didik

Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk Kampung Seri Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan untuk persembahan zapin.

Dipetik dari Anjung Didik

Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang terletak di Bumi Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi berdendam dengan ayah apabila umi bersama dengan walid serta adik tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal mengenai Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab. Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.

Dipetik dari Anjung Didik

Tema

Accordion Content

Tema kekeluargaan

Novel ini membawa tema kekeluargaan. Konflik keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada perceraian ibu bapanya menyebabkan dia dipisahkan oleh ibunya daripada ayah kandungnya iaitu Abdullah Kayan.

Dipetik dari Terus Maju

Persoalan

Accordion Content

Kegigihan seorang remaja untuk merungkaikan misteri kehidupan sebenarnya ayahnya.

Haiqal berusaha untuk mengetahui sejarah kehidupan ayah kandungnya yang terpisah sejak kecil setelah mendapat manuskrip yang dikirimkan oleh Ong See Hwa.

Dipetik dari Terus Maju

Usaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin

Abdullah Kayan dan penduduk Kampung Seri Purnama telah berusaha untuk mengangkat kesenian tarian zapin di kampung tersebut.

Dipetik dari Terus Maju

Kasih sayang seorang ayah kepada anaknya

Abdullah Kayan terlalu sayang akan anaknya Haiqal yang dipisahkan oleh isterinya sehinggakan dia sentiasa merindukannya dan menghasilkan manuskrip cerita tentang perasaan rindu kepada anaknya.

Dipetik dari Terus Maju

Sikap kerjasama penduduk kampung

Penduduk Kampung Seri Purnama sentiasa bekerjasama menjayakan setiap aktiviti dan acara yang dijalankan di kampung tersebut seperti majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim di situ.

Dipetik dari Terus Maju

Hubungan baik antara dua bangsa walaupun berbeza kebudayaan

Hubungan Tauke Lim dengan Amirulnizam dan penduduk kampung begitu baik walaupun mereka berlainan bangsa.

Dipetik dari Terus Maju

Latar

Accordion Content

(a) Petang

Peristiwa Haiqal teringat akan peristiwa dia hampir terlanggar seorang budak kecil.

(b) Usia enam tahun

–  Umi memberitahu Haiqal bahawa walid bukan ayah kandungnya.

(c) Malam

Cik Zam berbual-bual semasa tamat latihan zain di Warung Pak Dolah.

(d) Pagi

Tauke Lim dan isteri menoreh getah.

(e) Lapan belas tahun

Taukey Lim sudah tinggal di Kampung Seri Purnama 18 tahun.

Dipetik dari Didik B

(a) Masyarakat peniaga

Tauke Lim menjalankan perniagaan dengan meraih pisang dan pinang di kampung lalu menjualnya di pekan.

(b) Masyarakat yang cinta akan sastera dan seni budaya bangsa

Pak Cik Bakar, Haji Salim, dan Cikgu Zam melibatkan diri dalam seni tarian zapin bagi memperkasa seni warisan Melayu.

(c) Masyarakat yang berpendidikan

– See Hwa belajar di kolej manakala Haiqal belajar di tingkatan enam. Haiqal juga meninggalkan Kampung Seri Purnama lalu sambung belajar di menara gading.

(d) Masyarakat yang berbilang kaum

– Pak Cik Bakar, Wak Min, Haji Salim , Tauke Lim  dan See Hwa tinggal di Kampung Seri Purnama.

(e) Masyarakat penyayang

– Cikgu Zam amat menyayangi dan merindui anaknya Haiqal yang tinggal berjauhan setelah bercerai dengan isterinya. Cikgu Zam meluahkan perasaan sayang akan anaknya pada manuskrip.

Dipetik dari Didik Bakti

(a) Kuala Terengganu (rumah Umi dan Walid)

– Tempat tinggal Haiqal bersama-sama dengan umi, walid, dan adik tirinya iaitu Nurul Asiah di Kuala Lumpur.

(b) Kampung Seri Purnama (rumah ayah kandung Haiqal)

– Ayah Haiqal tinggal di Kampung Seri Purnama selepas berpisah dengan umi Haiwal.

(c) Balai Raya Kampung Seri Purnama

– Tempat simpanan album,novel bahan sastera yang menunjukkan kegiatan ayah Haiqal  dalam bidang sastera dan budaya adalah di balai raya Kampung Seri Purnama.

(d) Gerai makan milik Ratna

– Haiqal dan Ratna telah berbual-bual di gerai makan milik Ratna sambil menikmati makanan yang disediakan.

(e) Restoran mamak. (See Hwa dan Haiqal telah makan di restoran mamak, Parit Raja sewaktu perjalanan ke kampung ayahnya.)

– See Hwa dan Haiqal makan di restoran mamak yang terletak di Parit Raja selepas Haiqal tiba dari Terengganu.

(f) Pusara Abdullah bin Kayan

– Haiqal membaca yasin dan berdoa agar roh arwah bapanya ditempatkan di sisi orang yang baik-baik.

(g) Rumah Tauke Ong

– Haiqal ke rumah Tauke Ong untuk memujuk See Hwa supaya berpasangan dengannya manari Zapin. Dia terkejut apabila melihat See Hwa menggosook baju zapin.

(h) Stesen Bas Batu Pahat

– Haiqal tiba di stesen bas Batu Pahat dari Terengganu untuk ke kampung arwah bapanya.

Dipetik dari Didik Bakti

Nilai

Accordion Content

(a) Nilai setiakawan

– Haiqal dan Ratna berkawan rapat.

(b) Nilai tanggungjawab

– Tauke Ong tidak mahu membeli kereta baharu dan menggunakan wang tersebut untuk membesarkan anak-anaknya.

(c) Nilai kasih sayang

– Haiqal amat sayang akan ayahnya.

(d) Nilai ketaatan

– Haiqal akan keluar makan selepas menunaikan solat.

(e) Nilai budi bahasa

– Ai Ling dan Ratna melayan Haiqal dengan baik semasa baru berkenalan.

Dipetik dari Terus Maju

Gaya Bahasa

Accordion Content

Badai apa yang telah melanda jiwaku.

Dipetik dari Cikgu Simile

– Ustazah

– Alhamdullillah

Dipetik dari Cikgu Simile

– Alah bisa tegal biasa

– Lain lubuk lain ikannya

Dipetik dari Cikgu Simile

– Mereka berdua berdiri di gigi pantai.

– Itulah pada kalau tahi judi.

Dipetik dari Cikgu Simile

– Hatinya bagai ditarik-tarik

– Dianggap Ai Ling seperti cucunya sendiri

Dipetik dari Cikgu Simile

– Pantai Batu Buruk pastinya tersenyum

– Batu Buruk masih belum tidur

Dipetik dari Cikgu Simile

Cikgu tak menari malam ini? Tanya Tauke Lim.

Dipetik dari Cikgu Simile

Watak & Perwatakan

Accordion Content

* Anak kepada Umi dam Abdullah bin Kayan

1. Seorang yang prihatin

Ratna prihatin mendengar masalah Haiqal yang berjumpanya di gerai milik keluarga Ratna pada waktu malam.

2. Seorang yang berani

Haiqal berani mengambil risiko  pergi k e Batu Pahat, Johor dari Terengganu seorang diri untuk menjejak sejarah hidup ayah kandungnya.

3. Seorang yang tabah

Walaupun mendapat tentangan daripada umi, Haiqal tabah meneruskan hasratnya untuk ke Batu Pahat bagi mengetahui sejarah ayah kandungnya.

4. Seorang yang gigih / bekerjasama

Haiqal dan penduduk Kampung Seri Purnama gigih berlatih di balai raya pada waktu malam untuk menghidupkan semula  sini zapin dan ghazal di kampung itu.

5. Seorang yang taat

Haiqal bersolat subuh di Stesen bas Batu Pahat sebelum mencari teksi untuk ke Kampung Seri Purnama.

Dipetik dari Sarjana Pintar

* Anak kepada Tauke Ling

1. Seorang yang pandai mendeklamasikan puisi

– Dia pernah memenangi pertandingan mendeklamasi sajak semasa di sekolah rendah.

2. Seorang yang fasih Bahasa Melayu

– Dia boleh bercakap Bahasa Melayu tanpa ada pelat Bahasa Cina.

3. Seorang yang suka membaca

– Dia suka membaca kisah-kisah nabi sewaktu di sekolah rendah.

4. Seorang yang suka memasak

– Dia suka memasak makanan yang pedas-pedas.

Dipetik dari Didik Bakti

* Ayah kandung Haiqal

1. Seorang yang cintakan sastera

– Dia sanggup berpisah daripada isterinya berbanding bidang sastera.

2. Seorang yang penyayang

– Dia sangat merindui dan menyayangi Haiqal.

3. Seorang penari zapin

– Dia juga seorang penari zapin di Kampung Seri Purnama.

Dipetik dari Didik Bakti

1. Seorang yang sangat rajin

– Tauke Lim membuat dua pekerjaan iaitu pada waktu pergi dia akan menorah getah manakala pada waktu petang menjual pisang dan pinang di pekan.

2. Seorang yang murah hati.

– Dia suka belanja kawan-kawannya di warung.

3. Seorang yang tahu membalas budi.

– Dia melayan Haiqal sangat baik sebagai membalas budi pertolongan datuk dan ayah Haiqal.

4. Seorang yang jujur dan amanah.

– Dia menguruskan harta peninggalan ayah Haiqal dengan baik.

Dipetik dari Didik Bakti

1. Seorang yang minat dalam bidang perniagaan

Ratna telah mengambil alih pengurusan gerai makan daripada ibunya.

2. Seorang yang suka mengusik

Dia selalu mengusik Haiqal semasa Haiqal sedang berkhayal.

3. Seorang pendengar setia

Dia sentiasa sudi mendengar masalah yang dihadapi oleh Haiqal.

4. Seorang yang baik hati

Dia sanggup menghantar Haiqal ke stesen bas semasa Haiqal ingin pulang ke kampung.

Dipetik dari Didik Bakti

* Ibu kepada Haiqal.

* Bercerai dengan ayah kandung Haiqal sejak Haiqal masih kecil dan berkahwin dengan walid.

1. Seorang usahawan berjaya

Umi mempunyai kedai batik di Pasar Payang.

2. Seorang yang penyayang

Dia sangat sayang Haikal sehingga tidak membenarkan ayah kandung Haiqal menjaga Haiqal.

3. Seorang yang ego

Dia tidak suka dan menghargai bakat seni bekas suaminya.

4. Seorang pemarah

Dia melarang Haqal untuk pulang ke kampung ayah kandungnya.

Dipetik dari Didik Bakti

Pengajaran

Accordion Content

1. Kita hendaklah saling menyayangi antara satu sama lain

– Abdullah b. Kayan atau Cikgu Nizam sentiasa mengingati anaknya walaupun telah lama terpisah dan menulis manuskrip pada waktu malam di rumahnya untuk diserahkan kepada anaknya.

2. Kita hendaklah menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga

– Semasa hayatnya,Abdullah b Kayan bertanggungjawab menyediakan wang simpanan dan kebun kelapa sawit untuk diserahkan kepada Haiqal.

3. Kita hendaklah prihatin terhadap masalah orang lain

– Ratna prihatin mendengar masalah Haiqal yang berjumpanya di gerai milik keluarga Ratna pada waktu malam

4. Kita hendaklah berani dalam membuat keputusan

– Haiqal berani mengambil risiko  pergi k e Batu Pahat, Johor dari Terengganu seorang diri untuk menjejak sejarah hidup ayah kandungnya.

5. Kita hendaklah tabah dalah menghadapi dugaan

– Walaupun mendapat tentangan daripada umi, Haiqal tabah meneruskan hasratnya untuk ke Batu Pahat bagi mengetahui sejarah ayah kandungnya.

6. Kita hendaklah gigih/bekerjasama dalam melakukan sesuatu

– Haiqal dan penduduk Kampung Seri Purnama gigih berlatih di balai raya pada waktu malam untuk menghidupkan semula  sini zapin dan ghazal di kampung itu.

7. Kita hendaklah memegang amanah dengan baik

– Tauke Ong memegang amanah ayah Haiqal dengan baik. Tauke Ong menyerahkan kebun kelapa sawit dan buku simpanan kepada Haiqal.

8. Kita hendaklah taat pada agama

– Haiqal bersolat subuh di Stesen bas Batu Pahat sebelum mencari teksi untuk ke Kampung Seri Purnama.

Dipetik dari Cahaya Pelita

Binaan Plot

Accordion Content

Haiqal yang mempunyai konflik jiwa, iaitu dia ingin mengenali ayahnya, Abdullah bin Kayan. Konflik jiwa ini timbul apabila dia menerima manuskrip daripada See Hwa yang merupakan hasil tulisan arwah ayahnya. Sebelum Haiqal memasuki sekolah tadika, uminya telah memberitahu bahawa walid itu bukanlah ayah kandungnya.

Sewaktu ayahnya meninggal dunia, Haiqal tidak dapat mengikut umi dan walidnya menziarahi jenazah arwah ayahnya kerana dia sedang menduduki peperiksaan UPSR. Haiqal mengetahui bahawa peperiksaan itu penting tetapi dia juga beranggapan bahawa memberi penghormatan yang paling akhir kepada ayahnya juga penting.

Dipetik dari Didik Bakti

Kisah Abdullah bin Kayan diceritakan dalam manuskrip sebagai Cikgu Amirulnizam atau Cikgu Zam di kampung halamannya, Kampung Seri Purnama. Di sana, Amirulnizam bertugas sebagai cikgu di sekolah rendah.

Di samping itu, Cikgu Zam juga terlibat aktif dalam aktiviti sastera dan budaya. Cikgu Zam telah menghidupkan kumpulan zapin D’Purnama semula yang telah terkubur.

Balai raya di kampung itu menjadi meriah dengan latihan zapin dan aktiviti sastera yang lain. Cikgu Zam juga mempunyai bakat dalam bidang penulisan novel, cerpen, dan puisi. Di kampung itu, Cikgu Zam mendapat sokongan padu daripada Tauke Lim, Pak Cik Bakar, Haji Salleh, dan orang-orang kampung yang lain. Kegiatan sastera dan budaya yang digerakaktifkan oleh Cikgu Zam telah mendapat perhatian Yang Berhormat Samsuri dan berjaya mengharumkan nama kampung.

Cikgu Zam juga bercadang untuk menubuhkan Aksara di kampungnya. Namun demikian, kehidupan Cikgu Zam dirasakan kosong kerana anaknya, Aiman tiada di sisinya. Dia amat rindu kepada anaknya itu lalu menumpahkan kasih dan sayangnya terhadap anaknya itu kepada Ai Ling. Ai Ling diberikan perhatian yang istimewa oleh Cikgu Zam. Bagaimanapun, Cikgu Zam telah mengidap penyakit tetapi penyakit yang ditanggungnya itu dirahsiakan.

Sebelum akhir hayatnya, Cikgu Zam sempat menulis manuskrip dan manuskrip itu diserahkan kepada Ai Ling untuk disampaikan kepada anaknya, Aiman. Setelah dia meninggal dunia, manuskrip itu telah dihantar oleh Ai Ling kepada Haiqal yang berada di Kuala Terengganu.

Dipetik dari Didik Bakti

Haiqal berasa amat rindu kepada ayahnya. Dia ingin menjejaki kehidupan ayahnya di Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Pahat. Namun demikian, dia tahu bahawa uminya tidak akan membenarkan dia ke sana. Konflik yang dihadapi oleh Haiqal banyak diceritakan kepada rakannya, Ratna sewaktu dia mengunjungi gerai makan milik Ratna di Pantai Batu Buruk.

Haiqal bertekad untuk memberitahu uminya tentang hasratnya untuk menjejaki kehidupan ayahnya, Abdullah bin Kayan. Selepas berbincang dengan Ratna, akhirnya Haiqal nekad untuk mengemukakan hasratnya itu kepada uminya.

Dipetik dari Didik Bakti

Haiqal telah berbincang dengan umi dan walid selepas dia selesai menunaikan solat maghrib. Haiqal memberitahu hasratnya untuk ke kampung halaman arwah ayahnya di Batu Pahat, Johor kepada uminya. Umi Haiqal tidak membenarkan Haigal ke kampung arwah ayahnya.

Haigal dan uminya bergaduh tentang hasrat Haiqal tersebut. Uminya mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang kepadanya sekiranya dia ke kampung arwah ayahnya itu. 

Walid memahami perasaan Haiqal dan merestukan pemergian Haigal. Walid akan menampung perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di Johor kelak.

Dipetik dari Didik Bakti

Haiqal telah pergi ke kampung ayahnya, iaitu di Kampung Seri Purnama. Dengan bantuan Tauke Ong, See Hwa, Pak Cik Bakar, dan Lazim, Haiqal dapat menjejaki bekas-bekas kehidupan arwah ayahnya. Haiqal mencadangkan agar kumpulan zapin D’Purnama dihidupkan semula selepas sekian lama terkubur. Justeru, persiapan untuk majlis persembahan tarian zapin telahnya diadakan. Haiqal juga terlibat dalam latihan tarian zapin. Seminggu sebelum acara persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan kepada walidnya tentang tarian zapin jincat itu.

Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita bahawa Lazim telah ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja. Haji Salim mengemukakan rulis cadangan supaya See Hwa menggantikan tempat Lazim. Persembahan Haiqal dan See Hwa mendapat sambutan daripada Yang Berhormat, Datuk Syaiful Azizi dan penduduk kampung. Sewaktu Haiqal mempersembahkan tarian zapin di atas pentas, Haiqal ternampak uminya, walid, dan adik tirinya. Nurul Asiyah sedang menyaksikan persembahannya dari bahagian belakang balai tempat duduk kampung. Haiqal berasa amat gembira dan ingin berlari untuk memeluk ahli keluarganya itu sebagai tanda kesyukuran.

Dipetik dari Didik Bakti

Teknik Plot

Accordion Content

Penulis menceritakan Tauke Lim  yang sudah tinggal di kampung tersebut. (Halaman 29)

Dipetik dari Didik Bakti

Ingatan Haiqal terhadap peristiwa dimana dia hampir terlanggar seorang budak kecil. (Halaman 1-2)

Dipetik dari Didik Bakti

Peristiwa semasa Haiqal diberitahu oleh uminya bahawa walid bukan ayah kandungnya. (Halaman 4-5)

Dipetik dari Didik Bakti

Haiqal tidak menyangka bahawa umi,walid dan adik tiri Haiqal datang pada malam persembahan tarian zapin walaupun  uminya melarang Haiqal untuk menyertainya. (Halaman 271)

Dipetik dari Didik Bakti

Cikgu Zam sangat rindu akan anaknya iaitu Haiqal. (Halaman 95)

Dipetik dari Didik Bakti

Contoh Soalan & Skema Jawapan