Berbuat Istana Zaman Dahulu
Karya: Za'ba
Maksud Seloka
SELOKA | MAKSUD |
RANGKAP 1 Baginda menitahkan orang besar empat Membuat istana puri berkota Lalu dipanggil Pawang Raja Pawang mengarah orang bekerja Empat puluh empat tukang dan utas Siang dan malam tidak berhenti | Raja menitahkan orang besar berempat supaya membina sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok. Keempatempat orang besar yang setia dan taat terhadap perintah raja itu pun memanggil Pawang Raja. Kemudian, Pawang Raja telah mengerahkan empat puluh empat orang tukang yang mahir bekerja siang dan malam untuk menyiapkan sebuah istana. |
RANGKAP 2 Tujuh bulan tujuh purnama Istana siap dengan alatnya Besar tersergamsembilan ruang Sepuluh dengan rebat guntung Sebelas dengan pancung serong Dua belas dengananjung tinggi | Setelah mengambil masa selama tujuh bulan dan tujuh purnama, akhirnya istana yang dilengkapi dengan segala kemudahan itu siap dibina. Istana yang besar tersergam itu mempunyai sembilan ruang utama, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong, dan dua belas anjung tinggi. |
RANGKAP 3 Tiga sudut menteri delapan Tiang panjang maharaja lela Tiang tengah syukur menanti Galang-galangnya ular berang Kasau kecil puteri menyembah Kasau lentik helang berbega | Istana yang dibina itu juga mempunyai tiga sudut yang menempatkan lapan orang menteri. Sudut itu mempunyai reka bentuk dan seni ukiran yang amat unik buatannya, iaitu bertiang panjang maharaja lela dan bertiang tengah syukur menanti. Selain itu, galang-galang istana bermotifkan ular berang, kasau kecil bermotifkan puteri menyembah, dan kasau lentik bermotifkan helang terbang. |
RANGKAP 4 Berbunga sawa mengelempai Bertakuk bersedeling gam Berjenang berbatu kawi Berselimpat ukir Jawa Lilit-melilit akar Cina Garam sebuku sisa jeragan Bunga kenanga dimakan ular Layang-layang di pintu Raja | Keunikan seni ukiran dinding istana itu terletak pada corak hiasan dindingnya yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan berbunga dan unsur semula jadi. Ukiran seni bina Jawa dan Cina turut digunakan di samping motif haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti ular, layang-layang, dan sebuku garam. |
RANGKAP 5 Istana siap tukang pun mati Tiada orang dapat meniru Dipersembahkan kepada baginda suami isteri | Setelah istana itu siap dibina, semua tukang yang ditugaskan membina istana itu telah dibunuh agar tiada seorang pun tukang yang lain dapat meniru kehalusan corak dan keunikan seni bina istana tersebut. Istana baharu yang tersergam indah itupun dipersembahkan kepada raja dan permaisuri. |
SAJAK
Baginda menitahkan orang besar empat
Membuat istana puri berkota
Lalu dipanggil Pawang Raja
Pawang mengarah orang bekerja
Empat puluh empat tukang dan utas
Siang dan malam tidak berhenti
MAKSUD
Raja menitahkan orang besar berempat supaya membina sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok. Keempatempat orang besar yang setia dan taat terhadap perintah raja itu pun memanggil Pawang Raja. Kemudian, Pawang Raja telah mengerahkan empat puluh empat orang tukang yang mahir bekerja siang dan malam untuk menyiapkan sebuah istana.
SAJAK
Tujuh bulan tujuh purnama
Istana siap dengan alatnya
Besar tersergamsembilan ruang
Sepuluh dengan rebat guntung
Sebelas dengan pancung serong
Dua belas dengananjung tinggi
MAKSUD
Setelah mengambil masa selama tujuh bulan dan tujuh purnama, akhirnya istana yang dilengkapi dengan segala kemudahan itu siap dibina. Istana yang besar tersergam itu mempunyai sembilan ruang utama, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong, dan dua belas anjung tinggi.
SAJAK
Tiga sudut menteri delapan
Tiang panjang maharaja lela
Tiang tengah syukur menanti
Galang-galangnya ular berang
Kasau kecil puteri menyembah
Kasau lentik helang berbega
MAKSUD
Istana yang dibina itu juga mempunyai tiga sudut yang menempatkan lapan orang menteri. Sudut itu mempunyai reka bentuk dan seni ukiran yang amat unik buatannya, iaitu bertiang panjang maharaja lela dan bertiang tengah syukur menanti. Selain itu, galang-galang istana bermotifkan ular berang, kasau kecil bermotifkan puteri menyembah, dan kasau lentik bermotifkan helang terbang.
SAJAK
Berbunga sawa mengelempai
Bertakuk bersedeling gam
Berjenang berbatu kawi
Berselimpat ukir Jawa
Lilit-melilit akar Cina
Garam sebuku sisa jeragan
Bunga kenanga dimakan ular
Layang-layang di pintu Raja
MAKSUD
Keunikan seni ukiran dinding istana itu terletak pada corak hiasan dindingnya yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan berbunga dan unsur semula jadi. Ukiran seni bina Jawa dan Cina turut digunakan di samping motif haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti ular, layang-layang, dan sebuku garam.
SAJAK
Berbunga sawa mengelempai
Bertakuk bersedeling gam
Berjenang berbatu kawi
Berselimpat ukir Jawa
Lilit-melilit akar Cina
Garam sebuku sisa jeragan
Bunga kenanga dimakan ular
Layang-layang di pintu Raja
MAKSUD
Setelah istana itu siap dibina, semua tukang yang ditugaskan membina istana itu telah dibunuh agar tiada seorang pun tukang yang lain dapat meniru kehalusan corak dan keunikan seni bina istana tersebut. Istana baharu yang tersergam indah itupun dipersembahkan kepada raja dan permaisuri.
Tema
Seloka “Berbuat Istana Zaman Dahulu” bertemakan sindiran terhadap pemerintah yang mengutamakan kepentingan diri untuk kegemilangan peribadi sehingga sanggup mengorbankan nyawa rakyat bagi memenuhi kehendak dan cita-cita.
Persoalan
DARI RANGKAP 3
Galang-galangnya ular berang.
Kasau kecil puteri menyembah.
Kasau lentik helang berbega.
DARI RANGKAP 4
Lilit-melilit akar Cina
Garam sebuku sisa jeragan.
Bunga kenanga dimakan ular.
Layang-layang di pintu Raja.
Gaya Bahasa
RANGKAP 3
Tiang panjang maharaja lela
Tiang tengah syukur menanti
Anafora ialah: Pengulangan kata di depan baris.
– Utas.
– Berbega.
– Bersedelinggam.
Kata Arkaik ialah: Perkataan yang kuno / ketinggalan zaman.
– Garam sebuku sisa jeragan (Sepatutnya: Sisa jeragan sebuku garam).
Inversi ialah: pembalikan susunan kata.
– Anjung tinggi.
– Tiang tengah.
Metafora ialah: Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan. Gabungan kata konkrit dan abstrak.
– Tiang tengah syukur menanti.
– Lilit-melilit akar Cina.
Personifikasi ialah: Pemberian sifat manusia pada binatang, tumbuhan atau benda bukan hidup.
Empat puluh empat tukang dan utas
Tujuh bulan tujuh purnama
Repitisi ialah: Pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama.
Sepuluh dengan rembat guntung
Sebelas dengan pancung serong
Dua belas dengan anjung tinggi.
Responsi ialah: Pengulangan kata di tengah baris.
Dipetik dari Sasbadi & Maksud Anafora Dari Blog Cikgu Ayu
Galang-galangnya ular berang.
(Perulangan bunyi vokal a)
Asonansi ialah: Pengulangan vokal.
Kasau kecil puteri menyembah
(Perulangan bunyi konsonan k)
Aliterasi ialah: Pengulangan konsonan.
Nilai
44 tukang yang mahir bertanggungjawab untuk menyiapkan istana raja.
44 tukang yang mahir begitu rajin untuk menyiapkan istana raja.
44 tukang yang mahir bekerjasama menyiapkan istana raja.
44 orang tukang yang mahir gigih menyiapkan istana raja walaupun mereka terpaksa bekerja siang dan malam.
Orang besar keempat menjunjung titah raja untuk membina dan menyiapkan sebuah istana yang di kelilingi parit dan tembok.
Pengajaran
1) Kita mestilah patuh kepada arahan ketua. / Kita haruslah bertanggungjawab terhadap tugas yang diberi.
– Raja menitahkan orang besar empat untuk membina istana berkota. Orang besar empat lalu memanggil Pawang Raja dan beliau mengerahkan empat puluh empat tukang yang pandai, bekerja tidak berhenti siang dan malam.
2) Kita mestilah rajin dalam melakukan setiap pekerjaan.
– Selepas tujuh bulan, siaplah istana dengan segala kelengkapannya. Istana itu sangat besar dan mempunyai sembilan ruang, sepuluh rembat guntung, sebelas pancung serong dan dua belas anjung tinggi.
3) Kita perlulah teliti dalam melakukan sesuatu perkerjaan agar hasilnya akan menjadi baik.
– Terdapat juga tiga sudut menteri delapan, tiang panjang maharaja lela dan tiang tengah syukur menanti. Galang-galangnya ular berang, kasau kecil puteri menyembah dan kasau lentik helang berbega.
No Comments Yet