Sejadah Rindu
Karya: Mohd. Haikal Aminuddin
Maksud Sajak
SAJAK | MAKSUD |
RANGKAP 1 Terkedu aku di sejadah rindu mengungkap kalimah syahdu bait bicara tersentuh kalbu merekah keinsafan di hati yang beku mengenang dosaku yang dahulu | Penyajak terkedu di atas sejadah sewaktu mengungkapkan kalimah syahdu yang menyentuh kalbu dan menginsafi dosa-dosa yang lalu. |
RANGKAP 2 Berbekal pancaindera anugerah Tuhan kupohon kembali nafas kehidupan dalam keterhadan dan keterbatasan insan moga terbuka ruang keampunan sebelum saat aku dinisankan di masa yang Kautetapkan | Dengan rasa rendah diri, penyajak memohon agar dibukakan ruang keampunan sebelum dia meninggal dunia. |
RANGKAP 3 Air mata menjadi saksi keikhlasan menjadi bukti akhirnya aku sujud menghadap Ilahi di keheningan yang sepi lafaz taubat mengiringi nafas sebak kian mengikuti | Dengan bersaksikan air mata dan keikhlasan sebagai bukti, penyajak bersujud untuk melafazkan taubat dengan nafas yang sebak dalam suasana yang bening. |
RANGKAP 4 Hati ini luluh jiwa yang kaku tersentuh ayat-ayat cinta disusun kukuh di sejadah rindu yang lusuh kemaafan yang kupohon sungguh dari Pencipta dalam gemuruh | Hati penyajak luluh dan jiwanya tersentuh dengan ayat-ayat cinta yang disusun rapi sewaktu memohon keampunan daripada Pencipta dengan perasaan gemuruh. |
RANGKAP 5 Ungkapan doa pada yang Esa izinkan aku menjadi manusia yang taat sentiasa pada perintah Maha Kuasa agar aku tidak lupa dunia ini hanya bersifat sementara
| Penyajak berdoa kepada Yang Esa agar mengizinkannya menjadi manusia yang sentiasa taat akan perintah-Nya dan sedar bahawa dunia ini hanya bersifat sementara. |
Tema
Bertemakan ketuhanan dan ketaatan kepada perintah agama.
Contoh: Penyajak insaf akan dosa-dosanya dan memohon keampunan kepada Tuhan. Beliau bertaubat untuk tidak mengulangi dosanya dan memohon agar Tuhan menunjukkan jalan yang benar kepadanya.
Persoalan
Contoh: Penyajak berasa sedih dan bertaubat atas dosa yang telah dilakukannya dahulu.
Contoh: Penyajak memohon keampunan kepada Tuhan atas segala dosanya sebelum dia meninggal dunia nanti.
Contoh: Penyajak memohon keampunan atas dosanya kepada Tuhan dengan linangan air mata dan penuh keikhlasan.
Contoh: Penyajak bertaubat memohon keampunan hingga menitiskan air mata.
Contoh: Penyajak memohon keampunan dan berdoa kepada Tuhan agar kesalahannya diampunkan.
Contoh: Penyajak menyedari bahawa dunia ini hanya sementara dan tidak kekal untuk selama-lamanya.
Gaya Bahasa
– Terkedu aku (Sepatutnya: Aku terkedu)
– Contoh: sejadah rindu
– Contoh: Air mata menjadi saksi.
– Contoh: keikhlasan menjadi bukti (Perulangan bunyi vokal i)
– Contoh: Kupohon kembali nafas kehidupan (Perulangan bunyi konsonan k)
Nilai
Penyajak menginsafi segala dosa-dosanya yang lalu.
Penyajak menginsafi segala dosa-dosanya yang lalu.
Penyajak bertaubat dengan penuh ikhlas hingga menitiskan air mata.
Penyajak taat kepada Pencipta dan hanya memohon keampunan daripada-Nya.
Penyajak sedar akan dosa-dosanya yang lalu serta menyedari bahawa dunia ini hanya sementara.
Pengajaran
1) Kita hendaklah insaf akan dosa dan kesalahan yang lalu.
2) Kita haruslah berusaha dengan gigih dan tidak berputus asa.
3) Kita mestilah memohon keampunan dengan penuh keikhlasan.
4) Kita perlu taat kepada Pencipta.
5) Kita sepatutnya sedar bahawa dunia ini hanya bersifat sementara.
No Comments Yet