Burung Terbang Dipipiskan Lada

Sipnosis

Accordion Content

    Kedengaran ke benua Siam bahawa negeri Melaka sebuah negeri yang besar dan tidak ditakluki oleh mana-mana empayar. Raja Siam, iaitu Paduka Bubunnya pun menyuruh utusan ke Melaka untuk meminta surat sembah. Sultan Melaka, iaitu Sultan Muzaffar Syah tidak mahu menyembah raja Siam. Raja Siam berasa amat marah lalu memerintahkan hulubalangnya, iaitu Awi Cakri untuk menyerang Melaka.

    Berita Siam hendak menyerang Melaka telah didengari oleh Sultan Muzaffar Syah. Lantas, baginda memerintahkan rakyat dihimpunkan di Melaka. Sehubungan dengan itu, semua rakyat lelaki dibawa berhimpun di Melaka. Bagaimanapun, Tun Perak telah menghimpunkan orang lelaki dari Kelang bersama-sama dengan isteri dan anakanak mereka. Tujuannya adalah untuk memastikan mereka berperang dengan sungguh-sungguh demi isteri dan anak-anak mereka. Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian Sultan Melaka. Selepas Melaka menang ke atas Siam, Tun Perak diperintahkan agar menetap di Melaka dan dilantik sebagai bentara.

    Kemudian, ada seorang orang Kelang mengadu kepada Sultan Melaka bahawa Tun Perak telah menganiayai dirinya. Sultan Melaka pun memerintahkan Tun Perak supaya menghadap baginda. Tun Perak menyatakan bahawa dia tahu akan tanggungjawabnya untuk menjaga negeri Melaka. Tun Perak mahu dia dipecat lebih dahulu sekiranya dia ingin dicerca disebabkan orang yang mengadu hal tersebut. Kata-kata Tun Perak itu memikat hati Sultan Melaka. Tun Perak dilantik sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja. Tun Perak duduk setara dengan Seri Nara Diraja di seri balai.

    Sementara itu, orang Melayu pun terbahagi kepada dua kumpulan. Sebahagiannya mengikut Paduka Raja dan sebahagian lagi mengikut Seri Nara Diraja. Keduadua pembesar ini tidak bermuafakat dan sering berselisih faham. Sultan Melaka berasa dukacita kerana sikap keduadua pembesar itu akan membinasakan negeri Melaka. Baginda bercadang untuk mendamaikan Tun Perak dengan Seri Nara Diraja. Oleh hal yang demikian, Seri Nara Diraja telah dikahwinkan dengan Tun Kudu, iaitu anak Bendahara Seri Wak Raja yang bersaudara pula dengan Paduka Raja. Tun Kudu ialah isteri Sultan Melaka tetapi telah diceraikan oleh baginda. Tun Kudu dipelihara oleh Paduka Raja. Segala perbelanjaannya ditanggung oleh Sultan Melaka. Setelah Seri Nara Diraja berkahwin dengan Tun Kudu, Seri Nara Diraja telah berbaik-baik dengan Paduka Raja. Malah Seri Nara Diraja memberikan sokongannya terhadap Paduka Raja untuk dilantik sebagai bendahara. Kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja setara dengan Patih Aria Gajah Mada di Majapahit dan Orang Kaya Kanayan di Pasai. Seri Nara Diraja pula menjadi penghulu bendahari di Melaka.

    Setelah beberapa lama kemudian, orang Siam, iaitu di bawah panglima Awi Dicu mahu menyerang Melaka lagi. Sultan Melaka memerintahkan Bendahara Paduka Raja agar bersiap sedia untuk menentang orang Siam. Seri Bija Diraja turut diperintahkan membantu Bendahara Paduka Raja untuk mengusir orang Siam yang telah menghampiri Batu Pahat. Bendahara Paduka Raja telah memerintah Tun Umar supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu Siam. Tun Umar yang berani itu telah melanggar beberapa buah perahu Siam sehingga mereka kalah. Tindakan Tun Umar membuatkan orang Siam berasa sungguh hairan.

    Setelah hari malam, Bendahara Paduka Raja mengarahkan agar pohon-pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar. Tindakan tersebut telah dilihat oleh orang Siam. Hulubalangnya berpendapat bahawa kelengkapan Melaka sungguh banyak. Dengan itu, orang Siam menjadi takut dan tidak jadi berperang lalu kembali ke Siam.

    Di Melaka, Sultan Muzaffar Syah telah meraikan tenteranya dengan memberikan persalinan yang muliamulia. Sebaliknya di Siam pula, Paduka Bubunnya berasa terlalu marah. Lantas baginda sendiri ingin menyerang Melaka. Sebaliknya, Cau Pandan, iatu anak Paduka Bubunnya mahu dia diperlengkapkan untuk mengalahkan Melaka. Paduka Bubunnya berasa sangat gembira dan mengarahkan anaknya itu diperlengkapkan dengan Pra Kelong lapan ratus sum dan perahu-perahu kecil yang tidak terbilang banyaknya.

    Khabar tentang tentera Siam yang dipimpin oleh Cau Pandan akan menyerang telah kedengaran di Melaka. Namun begitu, Tuan Sidi Arab yang menetap di Melaka dan pandai bermain panah lasykar telah menghalakan panahnya ke benua Siam sambil melaungkan kata-kata bahawa Cau Pandan akan mati. Sultan Muzaffar Syah mengatakan bahawa Tuan Sidi Arab itu benar-benar warak sekiranya Cau Pandan betul-betul mati.  

    Di benua Siam pula, Cau Pandan berasa dadanya seperti terkena panah. Cau Pandan jatuh sakit dan muntah darah lalu mati. Oleh hal yang demikian, rancangan Siam untuk menyerang Melaka tidak diteruskan. Kematian Cau Pandan telah tersebar ke Melaka. Sultan Muzaffar Syah yang mendengar khabar tersebut mengakui Tuan Sidi Arab seorang yang warak, lalu memberikan pujian dan anugerah kepada beliau.  

    Selepas 42 tahun menaiki takhta, akhirnya Sultan Muzaffar Syah pun mangkat. Takhta Melaka telah digantikan oleh anakanda baginda, iaitu Raja Abdullah. Baginda digelar Sultan Mansur Syah. Usia baginda sewaktu menaiki takhta itu ialah 27 tahun. Sultan Mansur Syah seorang yang kacak, adil, dan pemurah. Baginda telah berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja.

Dipetik dari Sasbadi

Binaan Plot

Accordion Content

    Raja Siam memerintahkan Melaka agar menghantar surat sembah. Namun begitu, Sultan Melaka tidak mahu memberikan surat sembah tersebut. Oleh itu, Raja Siam, iaitu Paduka Bubunnya memerintahkan tenteranya di bawah pimpinan Awi Cakri supaya menyerang Melaka. Sultan Melaka mengarahkan rakyatnya dikumpulkan untuk menghadapi ancaman tentera Siam. Tun Perak mengumpulkan semua lelaki dari Kelang bersama-sama dengan isteri dan anak masing-masing. Akhirnya, Siam berjaya dikalahkan di Muar.

Dipetik dari Sasbadi

    Tun Perak diperintahkan oleh Sultan Melaka supaya menetap di Melaka dan dijadikan bentara. Kebijaksanaan dan kata-kata Tun Perak sewaktu menyelesaikan dakwaan bahawa dia membuat aniaya telah membuatkan Sultan Muzaffar Syah menaikkan pangkat beliau sebagai Perdana Menteri dengan gelaran Paduka Raja.

Dipetik dari Sasbadi

    Seri Nara Diraja dan Paduka Raja tidak sefahaman. Orang Melayu terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu sebahagian menjadi pengikut Seri Nara Diraja dan sebahagiannya pengikut Paduka Raja. Sultan Muzaffar Syah bimbang jika perbalahan antara pembesar itu akan memudaratkan negeri Melaka. Sultan Muzaffar Syah telah mengahwinkan Tun Kudu, iaitu saudara kepada Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja untuk menyatukan mereka berdua. Paduka Raja pula dijadikan bendahara.

Dipetik dari Sasbadi

    Raja Siam menghantar tenteranya di bawah pimpinan Awi Dicu untuk menyerang Melaka. Sultan Muzaffar Syah mengarahkan Bendahara Paduka Raja dengan dibantu oleh Seri Bija Diraja untuk mengusir tentera Siam. Kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja yang mengarahkan semua pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar menyebabkan tentera Siam tersalah anggap dan kembali ke Siam kerana ketakutan. Selepas itu, anakanda Raja Siam, iaitu Cau Pandan diperlengkapkan untuk menyerang Melaka. Berita Siam ingin menyerang Melaka telah diketahui oleh Raja Melaka. Tuan Sidi Arab yang mempunyai ilmu pengetahuam yang tinggi telah menghalakan panahnya ke benua Siam untuk membunuh Cau Pandan. Cau Pandan berasa dadanya seperti dipanah dan muntah darah lalu mati.

Dipetik dari Sasbadi

    Sultan Muzaffar Syah mangkat selepas memerintah Melaka selama 42 tahun. Takhta Melaka digantikan oleh Raja Abdullah, iaitu anakanda Sultan Muzaffar Syah dengan gelaran Sultan Mansur Syah.

Dipetik dari Sasbadi

Teknik Plot

Accordion Content

Contohnya, dialog antara Sultan Muzaffar Syah dengan Seri Nara Diraja.

Dipetik dari Sasbadi

Contohnya, Seri Nara Diraja teringat akan peristiwa bapanya membeli azimat.

Dipetik dari Sasbadi

Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bermonolog dalaman ketika baginda mendengar penjelasan daripada Tun Perak.

Dipetik dari Sasbadi

Contohnya, pengarang memerihalkan perwatakan Seri Amerta.

Dipetik dari Sasbadi

Tema

Accordion Content

Tema prosa tradisional “Burung Terbang Dipipiskan Lada” ialah kebijaksanaan seorang raja dalam menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam kalangan pembesar negeri.

Dipetik dari Sasbadi

Persoalan

Accordion Content

Contoh: Sultan Muzaffar menggunakan strategi mengahwinkan Seri Nara Diraja dengan Tun Kudu untuk mendamaikan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja.

Dipetik dari BMLabuKau

Contoh: Perbalahan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menyebabkan orang Melayu berpecah dua dan Melaka dalam keadaan bahaya.

Dipetik dari BMLabuKau

Contoh: Paduka Raja sentiasa bersiap sedia dengan strategi awal yang bijak untuk mengalahkan askar Siam.

Dipetik dari BMLabuKau

Contoh: Tun Sidi Arab memiliki ilmu yang tinggi hingga boleh membunuh Cau Pandan di Siam hanya dengan menggunakan panahnya dari Melaka.

Dipetik dari BMLabuKau

Contoh: Tun Perak tidak takut apabila dipanggil sultan setelah orang Kelang menuduhnya menganiaya sultan sebaliknya beliau berani memberi jawapan yang baik hingga sultan melantiknya sebagai perdana menteri.

Dipetik dari BMLabuKau

Contoh: Rakyat Melaka setia dan memberikan daulat kepada sultan Muzaffar hingga menjadikan Melaka sebuah negeri yang kuat dan maju.

Dipetik dari BMLabuKau

Watak Dan Perwatakan

Accordion Content

Watak Utama


 

1) Pembesar Melaka yang menjaga daerah Kelang.

2) Dinaikkan pangkat daripada pembesar Kelang kepada Paduka Raja.

3) Diperintahkan untuk menetap di Melaka.

4) Berani dan baik hati, dan bijaksana.

5) Sangat berpengaruh.

6) Dilantik menjadi bendahara yang bergelar Bendahara Paduka Raja oleh Sultan Muzaffar Syah setelah mendapat sokongan daripada Seri Nara Diraja.

7) Bijak dalam strategi perang.

Dipetik dari Sasbadi

Watak Sampingan


 

1) Mementingkan keharmonian Melaka.

2) Bijaksana dan prihatin.

3) Tidak terburu-buru dalam bertindak.

4) Memerintah Melaka selama 42 tahun.

5) Raja yang menghargai rakyat.

Dipetik dari Sasbadi

Watak Sampingan


 

1) Penghulu bendahari di Melaka.

2) Sudah tua sehingga bulu kening dan bulu matanya telah bercantum.

3) Berkahwin dengan Tun Kudu, iaitu bekas isteri Sultan Melaka.

4) Mempunyai anak daripada hubungannya dengan gundik, iaitu Tun Nina Madi.

5) Bapa saudara kepada Bendahara Paduka Raja apabila beliau berkahwin dengan Tun Kudu, iaitu saudara kepada Bendahara Paduka Raja.

Dipetik dari Sasbadi

Watak Sampingan


 

1) Anak kepada Sultan Muzaffar Syah.

2) Menjadi sultan ketika berusia 27 tahun.

3) Kacak, adil, dan pemurah.

4) Berkahwin dengan Tun Patih Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja.

5) Mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Puteri Bakal, iaitu hasil hubungannya dengan gundik.

Dipetik dari Sasbadi

Latar

Accordion Content

1) Zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka.

2) Zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.

3) Zaman Tun Perak menjadi Bendahara Melaka.

Dipetik dari Sasbadi

1) Melaka.

2) Muar.

2) Batu Pahat.

2) Hulu Muar.

2) Kelang.

2) Siam.

2) Istana Siam.

2) Seri balai.

Dipetik dari Sasbadi

1) Golongan istana yang terdiri daripada pemerintah, menteri, dan hulubalang.

2) Masyarakat yang mengamalkan ilmu.

3) Masyarakat yang tidak bersatu hati.

4) Masyarakat yang takut akan isteri.

5) Masyarakat yang bijaksana.

6) Masyarakat yang baik hati.

Dipetik dari Sasbadi

Gaya Bahasa

Accordion Content

– Idah.

– Ditalak.

– Keramat.

Dipetik dari Sasbadi

– Baginda.

– Titah.

– Tuanku.

– Mangkat.

Dipetik dari Sasbadi

– Terpermanai lagi.

– Kemakanan matanya.

Dipetik dari Sasbadi

Tun Hamzah namanya, asalnya daripada Muntah Lembu; seorang pun raja-raja di dalam alam ini tiada sepertinya pada zaman itu.


 

Hiperbola ialah: Perbandingan yang tidak logik atau melampau.

Dipetik dari Sasbadi & Maksud Hiperbola Dari Blog Cikgu Ayu

Hendak menyerang ke Melaka;  

Cau Pandan anak Bubunnya,

Ada cincin berisi bunga,

Bunga berladung si air mata.

Dipetik dari Sasbadi

– Hatta, maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu.


 

Repetisi ialah: Pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama.

Dipetik dari Sasbadi & Maksud Repetisi Dari Blog Cikgu Ayu

Seperti dewal orang berzikir; dadanya seperti kena panah.


 

Simile ialah: Gaya bahasa yang membandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan jelas.

Dipetik dari Sasbadi & Maksud Simile Dari Arif Puisi

Nilai

Accordion Content

Contohnya, Tun Perak bijaksana dalam menghadapi ancaman Siam ke atas negeri Melaka. Beliau mengarahkan semua pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar. Tindakan beliau ini telah menggerunkan tentera Siam sehingga menyebabkan mereka kembali ke Siam semula.

Dipetik dari Sasbadi

Contohnya, Sultan Muzaffar Syah bersikap baik hati dengan menganugerahkan persalinan kepada Tun Perak dan tenteranya selepas mereka berjaya mengusir tentera Siam.

Dipetik dari Sasbadi

Contohnya, Tuan Sidi Arab mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi sehingga mampu membunuh Cau Pandan yang ingin menyerang Melaka dari jauh sahaja.

Dipetik dari Sasbadi

Contohnya, Seri Nara Diraja yang bersepakat dengan Bendahara Paduka Raja telah menjadikan rakyat Melaka bersatu padu dan terus kukuh untuk berhadapan dengan ancaman Siam.

Dipetik dari Sasbadi

Contohnya, Seri Nara Diraja dengan ikhlas hati menyokong pelantikan Paduka Raja sebagai Bendahara Melaka.

Dipetik dari Sasbadi

Contohnya, Tun Perak bersama-sama dengan tentera Melaka berani menentang tentera Siam yang dipimpin oleh Awi Cakri dan Awi Dicu sehingga kedua-dua gerombolan tentera musuh dapat dikalahkan.

Dipetik dari Sasbadi

Contohnya, Sultan Muzaffar Syah sanggup berkorban, iaitu baginda menceraikan isterinya, Tun Kudu untuk dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja demi kebaikan negeri Melaka.

Dipetik dari Sasbadi

Pengajaran

Accordion Content

1) Kita mestilah berani menghadapi ancaman musuh negara.

2) Kita perlu bijak menggunakan strategi untuk menyelesaikan masalah.

3) Kita hendaklah ikhlas semasa melakukan sesuatu tindakan.

4) Kita sepatutnya sanggup berkorban untuk memperoleh kebaikan.

5) Kita haruslah bersatu padu untuk menikmati kehidupan yang harmoni.

6) Kita hendaklah menggunakan ilmu pengetahuan untuk melakukan tindakan yang betul dan tepat.

Dipetik dari Sasbadi

Contoh Soalan & Skema Jawapan