Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus

Karya: Sazalee Yacob

Maksud Sajak

Accordion Content
SAJAKMAKSUD

RANGKAP 1

Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.

    Penyajak menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu di Bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di sana. Oleh sebab suasana dan persekitaran Bandar dan kampung jauh berbeza, penyajak berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar. Beliau juga mahu anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di universiti

RANGKAP 2

Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.

    Penyajak sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan pengalaman kehidupannya. Hal ini demikian kerana penyajak mahu melatih anaknya agar tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan agar dapat mematangkan diri. Dengan berbuat demikian, pemikiran anaknya menjadi lebih matang dan bijaksana menghadapi segala cabaran dalam kehidupannya sebagai seorang mahasiswa agar dapat berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara pada masa  hadapan.

RANGKAP 3

Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bernafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.

    Penyajak beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh anak gadisnya. Walaubagaimanapun, penyajak beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif juga tersebar luas di sana. Oleh hal yang demikian, penyajak berharap agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan sikap negatif seperti sombong.

RANGKAP 4

Pandai-pandailah kau terbang
menongkah awan mulus dan kabus dingin
jangan kau pulang
dengan percikan duka dan balutan luka
di sayapmu yang patah

    Penyajak menasihati anak gadis suntinya agar pandai membawa diri dalam mengharungi kehidupan di universiti. Beliau mengingatkan anak gadis suntinya tidak pulang dengan kekecewaan.

Dipetik dari Sama Jaya

Accordion Content

SAJAK

Kuhantar kau mengecapi angin baru udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kau nikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.


MAKSUD

Penyajak menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu di Bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di sana. Oleh sebab suasana dan persekitaran Bandar dan kampung jauh berbeza, penyajak berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar. Beliau juga mahu anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di universiti.

Dipetik dari Sama Jaya

SAJAK

Kulepaskan kau menjadi burung putih

dengan sayap berkembang

menongkah awan perak dan kabut dingin

mengenal kalimat hujan dan bilah petir

menyelit antara sembilu nasib

dan waras akal.


MAKSUD

Penyajak sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan pengalaman kehidupannya.  Hal ini demikian kerana penyajak mahu melatih anaknya agar tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan agar dapat mematangkan diri.  Dengan berbuat demikian, pemikiran anaknya menjadi lebih matang dan bijaksana menghadapi segala cabaran dalam kehidupannya sebagai seorang mahasiswa agar dapat berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara pada  masa  hadapan.

Dipetik dari Sama Jaya

SAJAK

Di awan kampus yang sarat ilmu

hadir sihir angin bernafas api

di pohon kampus yang tegar status

berceracak selumbar noda mengabur fikir

di padang kampus yang hijau pertimbangan

tumbuh gunung ego menghalau pekerti.


MAKSUD

Penyajak beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh anak gadisnya.Walau bagaimanapun, penyajak beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif  juga tersebar luas di sana.  Oleh hal yang demikian, penyajak berharap agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan sikap negatif seperti sombong.

Dipetik dari Sama Jaya

SAJAK

Pandai-pandailah kau terbang

menongkah awan mulus dan kabus dingin

jangan kau pulang

dengan percikan duka dan balutan luka

di sayapmu yang patah


MAKSUD

Penyajak menasihati anak gadis suntinya agar pandai membawa diri dalam mengharungi kehidupan di universiti. Beliau mengingatkan anak gadis suntinya tidak pulang dengan kekecewaan.

Dipetik dari Sama Jaya

Tema

Accordion Content

    Tema sajak ini ialah nasihat dan peringatan seorang bapa kepada anak yang bakal melanjutkan pelajaran di menara gading. Dalam sajak ini, penulis berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang berbeza daripada di kampung halaman. Selain itu, penulis berharap agar anaknya dapat menjaga jati diri dan maruah diri sepanjang bergelar mahasiswa serta matang dalam pemikiran demi menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.

Dipetik dari Cahaya Intan

Persoalan

Accordion Content

Contoh: Penyajak menghantar anaknya ke bandar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti kerana menyedari kepentingan ilmu pengetahuan.

Dipetik dari Cahaya Intan

Contoh: Penyajak mengatakan bahawa kehidupan di bandar adalah berbeza dengan kehidupan di kampung tempat asal anaknya menetap. Beliau berharap anaknya akan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di bandar tersebut.

Dipetik dari Cahaya Intan

Contoh: Penyajak beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif apabila wujudnya pengaruh rakan sebaya dan media massa. Penulis berharap agar anaknya dapat membuat keputusan yang waras agar dapat mengelakkan sikap negatif dalam menjalani kehidupan di bandar.

Dipetik dari Cahaya Intan

Contoh: Penyajak menjelaskan bahawa kehidupan di bandar amat mencabar serta banyak perkara negatif akan berlaku jika anaknya tidak dapat membezakan antara perkara yang baik dengan perkara yang tidak baik.

Dipetik dari Cahaya Intan

Contoh: Penyajak mengharapkan anaknya menjadi lebih matang dan seorang yang bijaksana.

Dipetik dari Cahaya Intan

Contoh: Penyajak menasihati anaknya supaya menyesuaikan diri dengan kehidupan bandar dan belajar bersungguh-sungguh untuk mengembangkan potensinya di bandar.

Dipetik dari Cahaya Intan

Gaya Bahasa

Accordion Content

Kuhantarkau mengecapi angin baru

udara lain dari kampung bendang kuningmu

bumantara asing dari yang sering kaumesrai

dengan suasana suntimu

kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu

Dipetik dari Sinar Permai

Kuhantar kau mengecapi angin baru

kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu

Dipetik dari Sinar Permai

Di awan kampus yang sarat ilmu

di pohon kampus yang tegar status

di padang kampus yang hijau pertimbangan

Dipetik dari Sinar Permai

mengenal kalimat hujan dan bilah petir

menyelit antara sembilu nasib dan waras akal.

Dipetik dari Sinar Permai

Nilai

Accordion Content

Penyajak amat menyayangi anak gadisnya yang menuntut di institut pengajian tinggi memberikan pesanan agar anak gadisnya bijak membawa diri di tempat baru yang berlainan dengan kehidupannya di desa.

Dipetik dari Salam Sihat

Penyajak menasihati anak gadisnya supaya menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh untuk menaikkan peluang kejayaan hidup di bandar.

Dipetik dari Salam Sihat

Penyajak menasihati anaknya supaya gigih menghadapi cabaran hidup di bandar yang amat berbeza dengan cabaran hidup di luar bandar.

Dipetik dari Salam Sihat

Penyajak menasihati anaknya supaya tabah menghadapi cabaran hidup di bandar.

Dipetik dari Salam Sihat

Penyajak berharap agar anak gadisnya taat dengan nasihat yang diberinya supaya dapat mencapai kejayaan yang diimpikannya.

Dipetik dari Salam Sihat

Penyajak menasihati anak gadisnya supaya menjaga budi pekerti walaupun sudah bergelar siswi.

Dipetik dari Salam Sihat

Penyajak menasihati anak gadisnya supaya pandai membawa diri di perantauan agar tidak menemui kekecewaan dan kegagalan mengejar cita-cita.

Dipetik dari Salam Sihat

Pengajaran

Accordion Content

1) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

2) Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-apa yang kita sukai.

3) Kita haruslah gigih menimba ilmu dan pengalaman demi kegunaan pada masa depan.

4) Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.

5) Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah ke bandar.

6) Kita haruslah menjaga maruah diri dan mengekalkan jati diri yang mulia di mana-mana sahaja kita berada.

7) Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain.

8) Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat menjadikan diri kita lebih kental.

9) Kita haruslah bijak menyesuaikan diri dalam apa-apa keadaan agar dapat menghadapi cabaran dalam kehidupan.

Dipetik dari Cahaya intan

Contoh Soalan & Skema Jawapan