Kudup Perang
Karya: Tuah Saujana
Maksud Sajak
SAJAK | MAKSUD |
RANGKAP 1 Sementara dia bergelar panglima | Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan sejati. |
RANGKAP 2 Memang kita tidak sempat menjenguk | Penyajak sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Perlbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah. |
RANGKAP 3 Andai namamu Tuah, kita masih | Penyajak tidak mahu menyanjung tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota. |
RANGKAP 4 Andai namamu Jebat, kita masih tidak | Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat mempertahankan keadilan. Namun, pengikut Jebat telah beranggapan bahawa Jebatlah pemimpin yang sebenar. |
RANGKAP 5 Perang pun melecurkan lidah muslihat | Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan negara amatlah sukar. |
RANGKAP 6 Sehingga senja tiba, | Penyajak sedar bahawa sehingga kini masyarakat masih bertengkar untuk menentukan atau pemimpin sebenar yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi. |
SAJAK
Sementara dia bergelar panglima
laskar perang; yang terus-menerus
membajakan kezaliman – sering
mengudupkan putik dendam
kita masih perlu berterima kasih
kepada jari-jemari takdir
kerana membenarkan sepasang mata
untuk berlari dengan tangan bergari
sempat juga menadah sejambak puisi
untuk sehari lagi; sambil bertanya;
siapakah pahlawan yang asli?
MAKSUD
Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walau bagaimanapun, penyajak masih bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan sejati.
SAJAK
Memang kita tidak sempat menjenguk
ke luar jendela; sewaktu fajar menghembus
ringkik kuda, gemerincing
pedang pusaka
dan darah yang tiba-tiba membuak
di daerah angkara – perciknya
menumbuhkan kelopak rahsia
dalam keliru, tertanya-tanya kita
tangan mana yang memenggal
leher sang pendusta?
MAKSUD
Penyajak sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Perlbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah.
SAJAK
Andai namamu Tuah, kita masih
tidak mahu
menyanjungnya pendekar paling gagah
kerana takhta setia terbina
di istana wangsa
bukanlah penjamin kukuhnya
pasak saksama
sesekali turut direntakan daki pendusta
melekatlah selumbar sengsaradi tiang maruah kota
MAKSUD
Penyajak tidak mahu menyanjung tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.
SAJAK
Andai namamu Jebat, kita masih tidak
menggelarnya sebagai pengkhianat
kerana kita masih menangisi
peta keadilan yang tersirat – nun, karam
di lautan kesumat
sedang warga memanggilnya keramat
MAKSUD
Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat mempertahankan keadilan. Namun, pengikut Jebat telah beranggapan bahawa Jebatlah pemimpin yang sebenar.
SAJAK
Perang pun melecurkan lidah muslihat
bercabang lalu bertemu bayu palsu;
bertiup dan memindahkan kebenaran pada tempatnya
mewarnakan keindahan pada hodohnya
menjungkitkan amarah pada damainya
teramat lara kita menjahit semula
perca-perca bahagia – seperti perawan
yang dibungkamkan cinta pertama
MAKSUD
Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan negara amatlah sukar.
SAJAK
Sehingga senja tiba,
kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya.
Sehingga senja tiba,
kita masih bertengkar
tentang siapa
pahlawan sebenarnya
MAKSUD
Penyajak sedar bahawa sehingga kini masyarakat masih bertengkar untuk menentukan atau pemimpin sebenar yang benar-benar memiliki ketokohan untuk menerajui sesebuah organisasi.
Tema
Sajak “Kudup Perang” bertemakan kepentingan kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam menerajui sesebuah organisasi.
Persoalan
Contoh: Kesanggupan berkorban demi menegakkan kebenaran dan keadilan.
Contoh: Dalam peperangan berlaku tipu daya dan muslihat serta telah membangkitkan perasaan dendam antara satu sama lain.
Contoh: Menjadi tanggungjawab setiap orang untuk menghentikan kezaliman dan penindasan demi menegakkan keadilan.
Contoh: Setiap orang mesti menunjukkan kesetiaan terhadap negara yang didiaminya.
Contoh: Tindakan Jebat memberontak adalah untuk menuntut keadilan terhadap Tuah dan bukan penderhakaan kepada raja.
Gaya Bahasa & Nada
Patriotik.
– Jari-jemari takdir.
– Daerah angkara.
– Selumbar sengsara.
– Menjungkitkan amarah.
Sesekali turut direntakan daki pendusta (Sepatutnya: daki pendusta sesekali turut direntakan).
– Peta keadilan.
– Seperti perawan.
– Memang kita tidak sempat menjenguk (Perulangan bunyi vokal e)
– bercabang lalu bertemu bayu palsu (perulangan bunyi konsonan b).
Nilai
Penyajak mengatakan bahawa pemimpin perang yang sedang berkuasa akan sentiasa membuat kezaliman dan menyimpan perasaan dendam. Walaubagaimanapun, penyajak masih bersyukur kerana berpeluang menikmati kehidupan sambil mencari-cari pahlawan sejati.
Penyajak sedar bahawa kita yang hidup pada zaman ini tidak berpeluang menjadi saksi pertelingkahan antara mereka. Perlbagai kekeliruan tentang kepahlawanan sebenar menyebabkan manusia tertanta-tanya tentang pemimpin sebenar yang benar-benar berkewibawaan mencipta sejarah.
Penyajak tidak mahu menyanjung tuah sebagai pendekar paling gagah kerana kesetiaan tuah yang tidak berbelah bahagi terhadap istana. Oleh itu, Tuah tidak akan bersikap saksama walaupun adanya pendustaan sehingga sanggup membiarkan kesengsaraan berlaku di kota.
Penyajak juga tidak menganggap Jebat sebagai sebagai pengkhianat kerana dia masih mengingati perjuangan Jebat mempertahankan keadilan. Namun, pengikut Jebat telah beranggapan bahawa Jebatlah pemimpin yang sebenar.
Penyajak menginsafi bahawa peperangan penuh dengan muslihat dan berita palsu yang menghapuskan kebenaran dan membenarkan yang salah. Perang juga membangkitkan keganasan dalam kehidupan yang damai. Oleh itu, usaha untuk membangunkan negara amatlah sukar.
Pengajaran
1) Kita mestilah berani meluahkan perasaan dan hujah tentang sesuatu perkara yang benar.
2) Kita mestilah menjadi seorang pemimpin yang berkewibawaan demi menjaga maruah diri dan keluarga.
3) Kita mestilah bertanggungjawab menyelesaikan segala tugasan yang diberikan kepada kita sebagai seorang pemimpin.
4) Kita mestilah amanah dalam usaha menjalankan tanggungjawab sebagai seorang yang memimpin sesuatu organisasi.
5) Kita mestilah adil dan saksama dalam segala perbuatan demi memastikan kesempurnaan sesuatu organisasi yang kita pimpin.
No Comments Yet