Beberapa Petua Hidup
Karya: Za'ba
Maksud Gurindam
RANGKAP 1
– Peringatan kepada pembaca sekiranya kurang berfikir dan kurang menyelidik terlebih dahulu, pasti akan menyebabkan hidup menjadi sesat.
RANGKAP 2
– Saranan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.
RANGKAP 3
– Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika dituturkan akan memudaratkan masyarakat.
RANGKAP 4
– Sekiranya seseorang berbicara dengan kata-kata pedas dan kurang sopan, dia akan mengalami masalah yang besar.
RANGKAP 5
– Seseorang yang gemar hidup bermusuh akan sentiasa bermasalah.
RANGKAP 6
– Saranan agar pembaca tidak menimbulkan persengketaan tetapi jika perkara itu berlaku perlulah diterima dengan tabah.
RANGKAP 7
– Jika ilmu tidak dipelajari dengan sempurna, pasti ilmu itu kurang lengkap dan kurang sesuai untuk diamalkan.
RANGKAP 8
– Ilmu pengetahuan dan kemahiran dapat dituntut selagi rajin mahu menuntut ilmu.
RANGKAP 9
– Saranan agar bijak memilih sahabat dan taulan di dunia yang di dalamnya terdapat berbagai-bagai kerenah dan sifat manusia.
RANGKAP 10
– Sifat budi pekerti seseorang dapat dikenali melalui rakan taulan yang didampinginya.
RANGKAP 11
– Lazimnya, seseorang akan memilih dan mencari kawan yang sama sifat dan fiilnya untuk memudahkan mereka bekerjasama dan bergaul mesra.
RANGKAP 12
– Seseorang yang bersifat budiman akan sentiasa dipandang tinggi.
RANGKAP 13
– Seseorang yang bersifat dermawan akan dapat memikat hati semua orang di kelilingnya.
RANGKAP 14
– Seseorang yang bersifat pemurah akan memudahkannya untuk mendapat bantuan dan pertolongan.
RANGKAP 15
– Seseorang yang membuat jasa, namanya akan disanjung pada setiap masa.
RANGKAP 16
– Saranan agar pembaca memperbaiki kelemahan diri terlebih dahulu sebelum menolong sesama manusia.
RANGKAP 17
– Perbuatan mengadu domba dan membuat fitnah akan menyebabkan hubungan sesama manusia tidak harmoni.
RANGKAP 18
– Peringatan agar tidak melakukan perbuatan khianat sesama manusia kerana Tuhan pasti melaknati orang yang berbuat demikian.
Bentuk & Ciri-Ciri Gurindam
1) Terdiri daripada lapan belas rangkap.
2) Setiap rangkap mempunyai dua baris.
3) Setiap baris mempunyai tiga hingga enam patah perkataan.
4) Bilangan suku kata antara sembilan hingga dua belas suku kata sebaris.
5) Rima akhirnya sama, iaitu aa.
Tema
Gurindam “Beberapa Petua Hidup” bertemakan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pegangan dalam kehidupan manusia sehari-hari.
Persoalan
Gaya Bahasa
– Tentu dirimu kelak tersesat (Sepatutnya Dirimu tentu tersesat kelak).
– Kurang fikir, kurang siasat.
– Ibarat beringin, racun dan upas.
– Perkataan tajam jika dilepas (Perulangan bunyi vokal A).
– Dengan dilihat siapa kawannya (Perulangan bunyi konsonan D).
Nilai
Contohnya, kita dituntut agar sentiasa berbudi sesama manusia.
Contohnya, seseorang yang berjasa akan dikenang sepanjang masa.
Contohnya, kita perlu bijak dalam memilih sahabt dan taulan di dunia yang diibaratkan sebagai sebuah taman pergaulan.
Contohnya, kita dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak menggores hati orang lain.
Contohnya, kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran.
Contohnya, sifat suka membantu dan menolong sesama insan perlu diamalkan.
Contohnya, seorang sahabat yang baik akan sentiasa mendorong rakannya ke arah kebaikan.
Contohnya, kita dinasihatkan agar berfikir dahlu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.
Pengajaran
1) Kita hendaklah berfikir secara rasional sebelum menuturkan kata-kata.
2) Kita mestilah bijak memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke jalan yang lurus dan benar.
3) Kita sepatutnya menjaga tutur kata apabila berbicara dengan orang lain bagi mengelakkan sengketa.
4) Kita perlu rajin belajar untuk menambah pengetahuan.
5) Janganlah kita mengadu domba dan membuat fitnah sehingga menjejaskan hubungan baik sesama manusia.
6) Janganlah kita berlebih-lebihan menolong orang lain sedangkan pada waktu itu sendiri berada dalam kesusahan.
7) Kita hendaklah sentiasa berbudi sesama manusia agar dikenang orang.
Contoh Soalan & Skema Jawapan
Akan Datang.
No Comments Yet