Gerhana Manusia
Karya: Aminah Mokhtar
Sipnosis
Mengisahkan Aku (Nusia) yang tidak berpuas hati apabila Doktor Murni ingin memasukkan darah kepada Tuan Besar Musa yang sedang koma di Wad Unit Rawatan Rapi. Aku beranggapan Tuan Besar tidak layak hidup kerana dia bukanlah seorang yang baik.
Sebenarnya, Tuan Besar bukanlah seorang yang baik, Hal ini kerana, dia koma disebabkan perbuatannya yang mengambil minuman keras selama bertahun-tahun. Selain itu, mereka telah memasukkan 50 pek darah dan sebanyak itu jugalah yang keluar.
Namun sebaliknya bagi Profesor Doktor Juaidi yang mempunyai kepentingan tersendiri yang mahukan Tuan Besar itu terus hidup. Aku merasakan terdapat nyawa lain yang lebih memerlukan darah tersebut. Misalnya seperti Solehah yang tenat akibatnya pundi janinnya pecah di ovari, Al-Hafiz patah riuk tulang selangkanya, bayi buangan yang kekeringan darah, gadis malang yang hampir mati serta mahasiswa yang mengalami leukemia.
Konflik timbul apabila Profesor Doktor Juaidi tetap mengarahkan mereka mendapatkan 10 pek darah untuk Tuan Besar sedangkan hospital telah kehabisan stok darah. Aku merasakan dunia ini tidak adil kerana orang lebih memerlukan darah tidak mendapatnya dan hanya diberi gelafundin (seakan-akan darah).
Tuan Besar Musa akhirnya gagal diselamatkan. Hal ini menyebabkan Doktor Juaidi berasa tertekan atas kematian Tuan Besar Musa kerana Kelab Elit mereka akan kehilangan tajaan sebanyak RM 100 ribu.
Doktor Murni mengambil keputusan dengan menyerahkan surat perletakan jawatannya di hospital itu atas dasar ingin menjadi doktor atas nilai kemanusiaan. Seterusnya doktor Murni mengajak Nusia ke bank darah mendermakan darah mereka kepada pesakit yang sedang koma di Unit Rawatan Rapi.
Teknik Plot
Pengarang menggambarkan keadaan Tuan Besar Musa ketika dirawat.
Perbualan antara Nusia dan Dr Murni tentang Tuan Besar Musa yang sedang terlantar di katil dalam keadaan koma dan tenat.
Nusia berkata-kata dalam hatinya tentang keperluan bekalan darah yang diperlukan daripada hospital lain.
Pembaca tertanya-tanya tentang keadaan Solehah apabila tekanan darahnya semakin menurun.
Nusia dan Profesor Dr. Juaidi terkejut apabila Dr. Murni meletakkan jawatannya serta-merta.
Binaan Plot
1) Suasana cemas di wad Unit Rawatan Rapi apabila Tuan Besar Musa yang dalam keadaan koma tidak memberi tindak balas terhadap rawatan walaupun sudah banyak pek darah dimasukkan ke dalam tubuhnya.
2) Bekalan darah di bank darah juga hampir habis.
3) Terdapat juga beberapa orang pesakit lain yang tenat.
1) Keadaan pesakit di wad dan usaha Nusia mendapatkan pek-pek darah daripada juruteknik makmal darah.
2) Jururawat iaitu Nusia mempertikaikan perkara itu kerana menganggap satu pembaziran sedangkan banyak pesakit lain memerlukan darah.
3) Dr. Murni menenangkan Nusia dan mengatakan bahawa itu merupakan arahan Profesor Dr Juaidi.
1) Nusia memberitahu Profesor Dr Juaidi tentang keadaan pesakit lain yang juga memerlukan darah tetapi Profesor Dr Juaidi tetap mahu Tuan Besar Musa diberi keutamaan.
2) Nusia meluahkan rasa tidak puas hati kepada Dr Murni. Dia belas apabila melihat keadaan pesakit yang terlantar tetapi tidak diberikan perhatian, seolah-olah nilai kemanusiaan sudah tidak ada lagi.
3) Pihak hospital terlalu memandang ganjaran dan menjadikan perkhidmatan perubatan bagaikan satu perniagaan.
4) Dr. Murni cuba menenangkan Nusia kerana mereka hanyalah golongan minoriti dan tidak mempunyai kuasa untuk mengubah keadaan itu.
1) Nusia bertindak nekad dengan pergi ke bank darah dan mendesak juruteknik makmal melepaskan baki bekalan darah yang ada. Nusia sanggup berhadapan dengan Profesor Dr Juaidi yang marah dengan tindakannya itu.
2) Kemudian, Tuan Besar Musa meninggal dunia. Profesor Dr Juaidi mempersoalkan kehilangan lima pek darah yang sepatutnya diberikan kepada Tuan Besar Musa.
1) Dr. Murni melepaskan jawatan serta-merta.
2) Profesor Dr. Juaidi terkejut dengan tindakan Dr. Murni.
3) Dr. Murni menarik tangan Nusia dan mengajaknya ke bank darah untuk menderma darah.
4) Dia berharap agar bekalan darah dapat membantu pesakit-pesakit lain.
Tema
Tema Gerhana Manusia menjurus kepada konflik terhadap etika kerja. Konflik antara memenuhi etika seorang jururawat dan tuntutan dari pihak atasan dalam membantu pesakit yang lebih berpengaruh. Profesor Dr. Juaidi menyuruh Nusia memberi bantuan darah kepada Tuan Besar Musa kerana Tuan Besar Musa banyak memberi sumbangan kewangan kepada hospital sedangkan pada masa yang sama masih ramai lagi pesakit lain yang sangat memerlukan darah tersebut.
Persoalan
Contoh: Dr. Juaidi dan Dr. Murni bertanggungjawab merawat pesakit di hospital.
Contoh: Tuan Besar Musa diberi layanan istimewa berbanding pesakit lain kerana dia seorang korporat ternama dan juga menjadi penyumbang kepada kelab elit hospital.
Contoh: Tuan Besar Musa, Soleha, Al-Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu amat memerlukan bekalan darah untuk merawat mereka.
Contoh: Soleha, Al-Hafiz, bayi dan gadis yang malang itu dimasukkan ke wad ICU kerana memerlukan rawatan yang rapi.
Contoh: Tuan Besar Musa telah dijangkiti dengan virus pada paru-paru akibat pengambilan alkohol.
Watak Dan Perwatakan
Watak Utama (Seorang jururawat di wad Unit Rawatan Rapi)
Seorang yang bertanggung jawab menjalankan tugas
– Doktor Murni dan Nusia bertanggung jawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan pengkat.
Seorang yang prihatin
– Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah.
Dedikasi
– Berusaha untuk merawat pesakit-pesakit di wad Unit Rawatan rapi dengan sebaik-baiknya.
Berani
– Dia berani berhadapan dengan risiko dimarahi oleh Profesor Doktor Juaidi apabila mengambil bekalan darah yang dikhususkan kepada Tuan Besar Musa untuk diberikan kepada pesakit lain.
Watak Sampingan
Seorang yang bertanggung jawab menjalankan tugas
– Doktor Murni dan Nusia bertanggung jawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan pengkat.
Seorang yang prihatin
– Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah.
Seorang yang baik hati
– Doktor Murni sanggup mendermakan darahnya kepada pesakit yang sangat memerlukan darah di Unit Rawatan Rapi.
Seorang yang berani membuat keputusan
– Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor daripada melakukan ketidakadilan terhadap orang lain.
Watak Sampingan
Tidak bertanggungjawab
– Dia meminta Nusia mengunakan gelafundin bagi mengantikan darah tulen untuk dimasukan ke tubuh Solehah.
Seorang yang bijak menyelesaikan masalah
– Dia meminta Doktor Murni menghubungi hospital lain bagi mendapatkan bekalan darah tulen untuk mengisi tabung darah di hospitalnya dah kehabisan stok.
Watak Sampingan (Seorang ahli korporat dan teknokrat yang memiliki gedung perniagaan yang besar.)
[Perwatakan watak ini sedang dimuat naik…]
Latar
1) Dua jam – Tempoh pesakit di wad Unit Rawatan Rapi ditinggalkan.
2) Zaman moden – Kewujudan hospital yang dilengkapi perlatan moden.
3) Waktu siang – Nusia memaklumkan kepada Dr Murni bahawa bekalan darah di bank darah sudah kehabisan stok.
1) Wad Unit Rawatan Rapi – Tempat Tuan Besar Musa ditempatkan.
2) Makmal darah – Nusia mendapatkan lima pek darah untuk pesakit-pesakit yang tenat.
3) Wad terbuka – Tempat pesakit-pesakit biasa dirawat seperti Hafiz.
1) Golongan masyarakat doktor dan jururawat – Profesor Dr Juaidi, Dr Murni dan Nusia bertugas merawat pesakit kritikal di Unit Rawatan Rapi sebuah hospital.
2) Masyarakat yang dedikasi dan amanah dalam menjalankan tugas – Dr Murni dan Nusia merawat pesakit dengan sabar dan penuh dedikasi tanpa mengenal penat.
3) Masyarakat yang mementingkan ganjaran dalam perkhidmatan – Profesor Dr Juaidi mengutamakan rawatan kepada Tuan Besar Musa kerana mengharapkan dana untuk kelab elit hodpital itu.
4) Masyarakat yang bersikap pilih kasih – Profesor Dr Juaidi bersikap pilih kasih kerana tidak memberikan perhatian dan rawatan yang sama rata kepada para pesakit di Unit Rawatan Rapi.
5) Masyarakat yang prihatin – Nusia amat prihatin akan nyawa pesakit-pesakit yang memerlukan darah.
6) Masyarakat yang suka minum minuman keras – Tuan Besar Musa suka menikmati minuman keras sehingga memudaratkan dirinya.
Gaya Bahasa
Virus, Alveolos, Prognosis, Leukemia, Gelafundin, Platelet, Plasma, Dopamin.
Tapak muslihat.
Cuppingnya diusapisuara lembut Doktor Murni, renungan mata Doktor Murni menikam anak mataku.
Aku menjeling. Aku cuba tersenyum walaupun hati terasa pedih.
“Doktor Murni, semalam 50 pek darah masuk ke tubuhnya, 50 pek darah juga yang keluar.”
Kenapa tak ada waris yang datang menjenguknya?
Nilai
Dr. Murni dan Nusia dedikasi terhadap tugas sebagai pengamal perubatan.
Nusia berasa sangat kasihan terhadap nasib pesakit yang berada dalam keadaan koma dan kritikal di wad Unit Rawatan Rapi.
Nusia prihatin akan keadaan beberapa orang pesakit yang kritikal dan memerlukan darah.
Nusia dan Dr. Murni tegas dengan tidak mematuhi arahan Profesor Dr. Juaidi dalam hal merawat pesakit kerana arahan tersebut tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan.
Nusia berani mengambil bekalan darah yang dikhususkan untuk Tuan Besar Musa demi menyelamatkan pesakit yang lain.
Nusia dan Dr. Murni merawat pesakit yang koma dan kritikal di wad dengan penuh rasa tanggungjawab.
Pengajaran
1) Kita perlulah bertanggung jawab dalam melaksanakan tugas.
– Doktor Murni dan Nusia bertanggung jawab merawat semua pesakit tanpa mengira darjat dan pengkat.
2) Kita haruslah prihatin terhadap nasib orang yang dalam kesusahan.
– Doktor Murni dan Nusia prihatin terhadap Solehah yang sedang koma akibat pundi janinnya pecah di ovari dan memerlukan darah yang banyak. Oleh itu, mereka mengambil tiga pek darah daripada bank darah.
3) Kita mestilah berbuat baik terhadap orang yang memerlukan bantuan.
– Doktor Murni sanggup mendermakan darahnya kepada pesakit yang sangat memerlukan darah di Unit Rawatan Rapi.
4) Kita perlulah berani membuat keputusan.
– Doktor Murni sanggup meletakkan jawatan sebagai doktor daripada melakukan ketidakadilan terhadap orang lain.
No Comments Yet