Erti Hidup Bererti
Karya: Teo Wei Sing
Maksud Sajak
SAJAK | MAKSUD |
RANGKAP 1 Aku selalu didatangi | – Fikiran penyajak sering dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi hidupnya dan tidak pernah berubah. Tiada siapa yang datang menziarahinya. Keluhan daripada seorang insan tua yang kesunyian. – Penyajak berasa kesunyian kerana malam yang dilaluinya begitu sepi. Walaubagaimanapun, keadaan itu tetap tidak berubah pada keesokan harinya kerana tiada sesiapa yang datang untuk menziarahinya. |
RANGKAP 2 Keheningan tasik | – Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sahaja sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupainya dan tidak sanggup untuk menjaganya. Anak-anaknya saling menolak untuk menjaganya. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh. – Keheningan tasik dan kehijauan rumput hanya sebagai bayangan lalu. Kini, cinta yang tersemai sejak di dalam rahim telah dilupakan oleh anak-anaknya, iaitu daripada anak yang sulung hingga anak yang bongsu. Lantas, penyajak mencari erti hidup sewaktu dirinya menderita sakit dan keseorangan. |
RANGKAP 3 Aku bagi mereka | – Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka anak kandungnya sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak berharap agar hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini. Manusia jangan leka, dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali Tuhan yang kekal. – Penyajak berasa habawa dirinya tidak bermakna kepada anak-anaknya. Namun demikian, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan supaya duka di hatinya terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal kecuali Tuhan. |
SAJAK
Aku selalu didatangi
malam sepi
bagai kalung
yang melingkari leherku
tidak berubah keesokan hari
siapa yang akan dayang menjengukku
keluhan seorang tua sunyi.
MAKSUD
– Fikiran penyajak sering dihimbau oleh nasib malang yang mengongkongi hidupnya dan tidak pernah berubah. Tiada siapa yang datang menziarahinya. Keluhan daripada seorang insan tua yang kesunyian.
– Penyajak berasa kesunyian kerana malam yang dilaluinya begitu sepi. Walaubagaimanapun, keadaan itu tetap tidak berubah pada keesokan harinya kerana tiada sesiapa yang datang untuk menziarahinya.
SAJAK
Keheningan tasik
kehijauan rumput
hanya menjadi bayangan
di penjuru ruang zaman
cinta dalam rahim dilupai
dari sulung ditendang ke bongsu
dari angah ditendang ke sulung balik
kucari erti hidup
menderita mengerang sakit
berdiri tanpa ruang.
MAKSUD
– Kebahagiaan hidup yang diimpikan oleh penyajak hanya angan-angan sahaja sehingga penghujung hidupnya. Anak-anak kandungnya sendiri sudah melupainya dan tidak sanggup untuk menjaganya. Anak-anaknya saling menolak untuk menjaganya. Penyajak mencari kehidupannya sendiri dan menanggung penderitaan hidup tanpa ada tempat bergantung yang kukuh.
– Keheningan tasik dan kehijauan rumput hanya sebagai bayangan lalu. Kini, cinta yang tersemai sejak di dalam rahim telah dilupakan oleh anak-anaknya, iaitu daripada anak yang sulung hingga anak yang bongsu. Lantas, penyajak mencari erti hidup sewaktu dirinya menderita sakit dan keseorangan.
SAJAK
Aku bagi mereka
tiada makna
anakku bakaku
baik setia mahupun derhaka
semoga disirami benih keinsafan
menjadi penawar dalam hati
embun cinta atasi angin dingin
jangan terpegun
ada yang mati
ada yang hidup
tiada yang kekal kecuali Tuhan.
MAKSUD
– Penyajak menganggap dirinya tidak dihargai dan diperlukan lagi walaupun mereka anak kandungnya sendiri. Penyajak berharap agar anak-anaknya sama ada yang sanggup berbakti atau yang telah melupakannya akan diberikan keinsafan. Penyajak berharap agar hidup dengan berkasih sayang dan menggantikan hubungan yang hambar sebelum ini. Manusia jangan leka, dalam putaran hidup ini akan ada yang hidup dan mati kecuali Tuhan yang kekal.
– Penyajak berasa habawa dirinya tidak bermakna kepada anak-anaknya. Namun demikian, penyajak berdoa agar anak-anaknya diberi keinsafan supaya duka di hatinya terubat. Penyajak sedar bahawa tiada yang kekal kecuali Tuhan.
Tema
Keluhan ibu tua yang diabaikan oleh anaknya sendiri.
Seorang ibu yang mengharapkan belaian kasih sayang anak-anak pada penghujung usianya. Namun begitu anak-anak tidak mengendahkan dan mengambil tanggungjawab menjaganya. Jauh di sudut hatinya masih mengharapkan anak-anaknya akan insaf.
Persoalan
Contoh: Ibu yang mengandungkan dan menjaga anak semasa kecil.
Contoh: Anak-anak tidak boleh mengabaikan ibu yang melahirkan dan membesarkan mereka.
Contoh: Harapan seorang ibu agar anak-anak dapat memberikan kebahagiaan pada hari tuanya.
Contoh: Anak-anak perlu insaf terhadap tanggungjawab menjaga kebajikan ibu kandung dan memberikan kebahagian kepadanya.
Gaya Bahasa
– Bagai kalung
yang melingkari leherku
siapa yang akan datang menjengukku kucari erti hidup
anakku bakaku
Nilai
Penyajak menghantar anaknya menghirup udara kehidupan yang baharu di Bandar kerana anaknya akan melanjutkan pelajaran di sana. Oleh sebab suasana dan persekitaran Bandar dan kampung jauh berbeza, penyajak berharap agar anaknya dapat menyesuaikan diri di bandar. Beliau juga mahu anaknya menimba pengalaman baharu di universiti yang bakal mengubah kehidupan anaknya sebagai mahasiswa di universiti.
Penyajak sanggup membenarkan anaknya hidup di bandar untuk meluaskan pengalaman kehidupannya. Hal ini demikian kerana penyajak mahu melatih anaknya agar tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan agar dapat mematangkan diri. Dengan berbuat demikian, pemikiran anaknya menjadi lebih matang dan bijaksana menghadapi segala cabaran dalam kehidupannya sebagai seorang mahasiswa agar dapat berjasa kepada keluarga, bangsa dan negara pada masa hadapan.
Penyajak beranggapan bahawa universiti ialah tempat yang kaya dengan ilmu pengetahuan untuk ditimba oleh anak gadisnya. Walaubagaimanapun, penyajak beranggapan bahawa banyak pengaruh negatif juga tersebar luas di sana. Oleh hal yang demikian, penyajak berharap agar anaknya dapat membuat pertimbangan dan keputusan yang terbaik buat dirinya agar dapat mengelakkan sikap negatif seperti sombong.
Penyajak menasihati anak gadis suntinya agar pandai membawa diri dalam mengharungi kehidupan di universiti. Beliau mengingatkan anak gadis suntinya tidak pulang dengan kekecewaan.
Penyajak amat menyayangi anak gadisnya yang menuntut di institut pengajian tinggi memberikan pesanan agar anak gadisnya bijak membawa diri di tempat baru yang berlainan dengan kehidupannya di desa.
Penyajak menasihati anak gadisnya supaya menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh untuk menaikkan peluang kejayaan hidup di bandar.
Penyajak menasihati anaknya supaya gigih menghadapi cabaran hidup di bandar yang amat berbeza dengan cabaran hidup di luar bandar.
Penyajak menasihati anaknya supaya tabah menghadapi cabaran hidup di bandar.
Penyajak berharap agar anak gadisnya taat dengan nasihat yang diberinya supaya dapat mencapai kejayaan yang diimpikannya.
Penyajak menasihati anak gadisnya supaya pandai membawa diri di perantauan agar tidak menemui kekecewaan dan kegagalan mengejar cita-cita.
Penyajak menasihati anak gadisnya supaya menjaga budi pekerti walaupun sudah bergelar siswi.
Pengajaran
1) Kita mestilah sayang akan ahli keluarga dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dan menjaga ibu bapa sehingga hari tua mereka.
2) Kita perlulah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri, terutamanya menghadapi usia yang tua.
3) Kita haruslah taat kepada ibu bapa dan tidak melupakan mereka selepas berpindah dari rumah ibu bapa, malah sentiasa menjenguk mereka.
4) Kita mestilah berdikari sewaktu hidup di bandar seorang diri supaya tidak terlalu bergantung pada orang lain, walaupun sewaktu tua.
5) Kita mestilah sabar menghadapi apa-apa cabaran yang menimpa kita agar dapat menjadikan diri kita lebih kental.
6) Kita haruslah menjadi anak yang bertanggungjawab dengan menjaga kebajikan ibu bapa dan menyejahterakan serta membahagiakan mereka.
No Comments Yet