Drama Bukan Gila
Karya: Sharif Shaary
Sipnosis
Azmir sedang dirawat di wad pesakit jiwa Hospital Besar. Sewaktu berada di wad tersebut, Azmir telah berkhayal akan kehadiran kekasihnya, iaitu Ani. Azmir meminta Ani membawanya keluar dari situ tetapi Ani memberitahu Azmir bahawa mereka bahagia di tempat itu.
Kemudian, Azmir berkhayal lagi tentang kehadiran ayahnya. Beliau bertanyakan khabar Azmir tetapi Azmir memanggil Ani untuk mengusir ayahnya. Ayahnya mengatakan bahawa beliau sayang akan Azmir tetapi Azmir menganggap ayahnya berbohong lalu berlaku pertelingkahan antara Azmir dengan ayahnya. Kemudian, Azmir berkhayal tentang Pak Haji yang datang melawatnya dan memberi salam. Azmir bertengkar pula dengan Pak Haji tentang namanya yang bukan nama orang Melayu dan sikap manusia yang dikatakan oleh Azmir bercakap lain tetapi berbuat lain.
Ani muncul semula. Azmir bertanya tentang sebab Ani masih di sisinya. Sewaktu itu, Azmir dan Ani bercakap tentang cinta mereka dan makna cinta. Azmir mengatakan bahawa cinta Ani masih bersifat luaran.
Selepas memeriksa Azmir, doktor membenarkan Azmir bersiar-siar di luar wad. Kesempatan itu diambil oleh Azmir untuk keluar dari wad Hospital Besar. Azmir tiba di lokasi sekumpulan pelakon drama yang sedang berlatih drama yang bertajuk Sasau. Azmir mengatakan bahawa pelakon-pelakon drama Sasau itu sesat. Malah, Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem dalam kehidupan, iaitu sistem prorakyat.
Sewaktu Azmir memberikan pendapatnya tentang sistem tersebut kepada para pelakon drama yang sedang berlatih itu, kepalanya berasa sakit. Setelah sakitnya reda, Azmir memberitahu pelakon-pelakon tersebut bahawa syarahannya dan penyakitnya adalah betul. Azmir menjelaskan bahawa dia datang untuk membetulkan pelakon-pelakon itu bahawa tidak ada yang sasau tetapi yang ada ialah ketidakbenaran, kepalsuan, dan kepurapuraan. Azmir juga ditanya tentang gila. Sebaliknya, Azmir menjelaskan bahawa bukan gila tetapi suatu penderitaan yang tidak tertanggung olehnya. Kemudian, Azmir menghantuk-hantukkan kepalanya sehingga berdarah. Azmir menjelaskan bahawa tindakannya menghantukkan kepala itu adalah bukan disebabkan dia gila tetapi akibat menderita suatu kesakitan yang tidak tertanggung dan tidak terucap oleh kata-kata.
Doktor datang lagi dan menjelaskan kedudukan sebenar Azmir. Doktor membawa Azmir pulang ke wad pesakit jiwa semula. Setelah itu, Arif dan rakan-rakan pelakon mengunjungi ibu bapa Azmir. Ibu bapa Azmir menjelaskan bahawa Azmir berkeadaan begitu sejak tingkatan enam dan semakin teruk ketika di universiti. Arif menasihati ibu bapa Azmir agar bersama-sama membantu Azmir. Arif memberitahu ibu bapa Azmir bahawa Azmir memerlukan kasih sayang, semangat, dan perangsang, bukannya cemuhan atau penghinaan. Pelakon II memberitahu mereka bahawa dia melihat Azmir sedang menghadapi suatu penderitaan yang sudah tidak tertanggung. Arif menasihati ibu bapa Azmir agar segera mengunjungi Azmir sebelum terlambat.
Di wad pesakit jiwa, Azmir berkhayal dan mengimbas kembali tentang kisah cintanya dengan Ani dan kisah hidupnya. Ketika dia sedang berkhayal, dia menjadi lemah dan rebah ke lantai. Ani yang berada di rumah telah membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad. Kematiannya dikatakan berpunca daripada penyakit barah otak. Berita itu membuatkan Ani berasa bersalah dan bersikap kejam terhadap Azmir.
Drama ini mengisahkan tentang Azmir yang dimasukkan ke wad kerana dikatakan kurang siuman. Semasa di dalam wad, fikirannya bercelaru dan dengan membayangkan kehadiran Ani, bapa dan Pak Haji serta berdialog dengan mereka. Dialog-dialog tersebut telah memperlihatkan perbezaan prinsip yang menjadi pegangan Azmir.
Azmir telah dilawati oleh doktor. Doktor telah mengizinkan Azmir untuk keluar bersiar-siar dari wad pesakit jwa. Namun begitu, doktor berpesan supaya Azmir tidak pergi jauh, hanya di kawasan wad sahaja.
Dalam adegan ini terdapat sesi pementasan lakonan yang diarahkan oleh Arif dan tiga orang pelakon. Setiap watak menyatakan prinsip hidup yang berbeza tentang dunia. (dunia ialah kuasa, wang ialah dunia dan dunia ialah fikiran).
Azmir pula berpendapat bahawa yang penting ialah sistem. Sistem yang betul ialah sistem yang prorakyat. Rakyat yang berkuasa menentukan segala-galanya. Dialog mereka berkisar tentang kehidupan ini yang berbentuk lakonan atau realiti.
Azmir berpendapat bahawa sejarah membuktikan bahawa rakyat yang betul dan kemenangan sentiasa berpihak kepada rakyat. Pada masa yang sama Azmir sering melaung kesakitan pada kepalanya. Azmir diragui oleh kawan-kawannya sama ada Azmir benar-benar sakit atau hanya lakonan.
Kemudian Doktor Razi telah datang dan membawa Azmir kembali ke wad setelah tiga hari telah hilang.
Arif, Pelakon 1, Pelakon 2 dan Pelakon 3 telah menziarahi keluarga Azmir. Mereka ingin mendapatkan maklumat latar belakang hidup Azmir. Ibu bapa Azmir nenceritakan kisah Azmir yang tinggal dengan neneknya, bersikap gila-gila, mula berpelakuan aneh apabila berada dalam tingkatan 6 dan tidak dapat menamatkan pengajian di universiti. Dia juga menggunakan nama W.A. Domski dan bercakap dalam bahasa Indonesia.
Rakan Azmir pula mempunyai persepsi yang berbeza tentang diri Azmir. Rakan Azmir berpendapat mungkin Azmir kekurangan kasih saying dan sokongan daripada kedua ibu bapa. Pelakon 2 pula berpendapat Azmir sedang menanggung kesakitan yang berat.
Pelakon 1 pula berpendapat mereka perlu membantu Azmir kerana pada tanggapannya dia memerlukan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan.
Azmir bermonolog tentang kisah lampau hidupnya bercinta dengan Ani. Azmir juga bermonolog tentang suka duka kehidupannya. Manusia sering tertipu dengan keindahan dunia tanpa pertimbangan yang rasional. Akhirnya dia memilih untuk hidup bersendiri dan menilai cinta dalam kehidupan. Manusia ialah pemburu dalam kehidupan.
Binaan Plot
Accordion Content
Azmir berada di wad pesakit jiwa di Hospital Besar seorang diri dan berada dalam khayalan.
Azmir sentiasa berkhayal akan kehadiran Ani, kekasihnya yang sudah meninggalkannya kerana Azmir dikatakan gila. Azmir juga berkhayal akan kehadiran ayahnya yang menziarahinya di wad. Azmir bertelingkah dengan ayahnya kerana dia beranggapan ayahnya tidak sayangkannya. Kemudian, Azmir berkhayal pula tentang Pak Haji melawatnya di wad.
Dia bertengkar dengan Pak Haji tentang namanya dan sikap manusia yang tidak bertindak seperti yang dikatakan oleh mereka. Azmir kembali berkhayal bahawa Ani datang mengunjunginya. Azmir mempertikaikan kata-kata cinta Ani terhadap dirinya.
Selepas itu, doktor melawat Azmir di wad. Doktor memeriksa Azmir dan membenarkan Azmir bersiar-siar di luar wad.
Arif dan pelakon-pelakon lain ingin memantapkan kefahaman tentang tajuk drama mereka, iaitu Sasau. Tiba-tiba Azmir datang dan mencelah sewaktu Arif dan pelakon-pelakon lain membuat latihan drama. Azmir mempertikaikan dialog drama Sasau yang mengagungkan kuasa. Azmir mengatakan bahawa sistem terbaik ialah sistem yang prorakyat. Para pelakon berbincang dengan Azmir tentang sistem tersebut. Tibatiba Azmir berasa sakit dan meminta pelakon memicit kepalanya.
Azmir menghantuk-hantukkan kepala ke lantai sehingga berdarah. Azmir berguling-guling di lantai kerana kesakitan dan darah masih mengalir di pipinya. Arif dan pelakon-pelakon lain membantu Azmir. Selepas itu, doktor membawa Azmir ke hospital semula.
Arif cuba menerangkan kepada doktor bahawa Azmir sedang menderita suatu penderitaan yang tidak tertanggung olehnya. Doktor mengatakan bahawa orang gila sememangnya pandai berkata-kata.
Arif dan pelakon-pelakon lain mengunjungi ibu bapa Azmir di rumah. Mereka menerangkan keadaan Azmir kepada Arif. Arif menjelaskan bahawa Azmir bukan buat-buat gila tetapi sedang menderita suatu penderitaan. Pelakon 1 meminta ibu bapa Azmir agar memberikan perhatian dan kasih sayang kepadanya.
Arif mencadangkan ibu bapa Azmir berjumpa dengan Azmir di hospital sebelum terlambat. Di wad pesakit jiwa, Azmir mengimbau kenangan lalu antaranya dengan Ani. Akhirnya, Azmir semakin lemah dan jatuh ke lantai.
Ani yang berada di rumah telah membaca berita tentang kematian Azmir seorang diri di wad yang dikatakan berpunca daripada penyakit barah otak. Ani berasa bersalah dan bersikap kejam terhadap Azmir.
Teknik Plot
Accordion Content
Contohnya, dialog antara Azmir dengan Ani semasa Azmir berkhayal akan kehadiran kekasihnya itu ketika dirawat di wad pesakit jiwa, Hospital Besar.
Contohnya, bapa Azmir teringat akan waktu penyakit gila-gila Azmir berlaku.
Contohnya, Azmir bercakap seorang diri di wad pesakit jiwa.
Contohnya, pengarang memerihalkan keadaan Azmir yang sedang sakit.
Tema
Drama “Bukan Gila” bertemakan ketabahan seorang anak muda yang terpaksa melawan penyakit barah otak bersendirian.
Persoalan
Azmir yang menghidap penyakit barah otak melawan penyakitnya itu bersendirian tanpa ibu dan ayahnya mengetahui tentang penyakitnya.
Azmir berterima kasih kepada ayah dan ibunya yang telah melahirkan dan membesarkannya.
Azmir mempertikaikan sikap Pak haji yang sepatutnya prihatin terhadap penderitaan yang dilaluinya dan orang yang senasib dengannya.
Azmir mengucapkan terima kasih kepada petani, nelayan dan buruh perkasa yang telah membangunkan rakyat dan negara.
Azmir amat setia mencintai Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu Azmir berhadapan dengan sakit barah otak.
Latar
(a) Waktu siang
– Bapa dan Pak Haji melawat Azmir di wad.
(b) Tiga hari
– Tempoh Azmir menghilangkan diri dari wad pesakit jiwa.
(c) Sehari
– Tempat tinggal Azmir dan dikunjungi Arif serta rakan-rakannya.
(d) 21 Jun 1993
– Tarikh kematian Azmir.
(a) Wad pesakit gila
– Tempat Azmir menjalani rawatan.
(b) Pentas
– Tempat para pelakon drama ‘Sasau’ berlakon.
(c) Rumah Azmir
– Tempat tinggal Azmir dan dikunjungi Arif serta rakan-rakannya.
(d) Ruang tamu rumah Ani
– Tempat ani duduk membaca akhbar tentang kematian Azmir.
(a) Masyarakat yang prihatin
– Azmir mempertikaikan sikap Pak haji yang sepatutnya prihatin terhadap penderitaan yang dilaluinya dan orang yang senasib dengannya.
(b) Masyarakat yang setia
– Azmir amat setia mencintai Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu Azmir berhadapan dengan sakit barah otak.
(c) Masyarakat yang menghargai jasa
– Azmir mengucapkan terima kasih kepada petani, nelayan dan buruh perkasa yang telah membangunkan rakyatdan negara.
– Azmir berterima kasih kepada ayah dan ibunya yang telah melahirkan dan membesarkannya.
(d) Masyarakat yang tabah
– Azmir yang menghidap penyakit barah otak melawan penyakitnya itu bersendirian tanpa ibu dan ayahnya mengetahui tentang penyakitnya.
Nilai
(a) Keprihatinan
Conothnya, Arif, iaitu pengarah drama Sasau prihatin akan kesakitan dan penderitaan yang ditanggung oleh Azmir. Arif juga memahami bahawa Azmir tidak gila.
(b) Kesetiaan
Contohnya, Azmir setia dengan cintanya terhadap Ani sehingga dia terbayang-bayang Ani datang kepadanya walaupun hakikatnya, Ani telah meninggalkannya.
(c) Bertanggungjawab
Contohnya, Doktor Razi bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya dengan mencari dan membawa Azmir ke wad pesakit jiwa semula.
(d) Ilmu Pengetahuan
Contohnya, Arif sanggup belajar daripada Azmir yang dikatakan gila bagi memantapkan drama Sasau.
(e) Menghargai
Contohnya, Azmir menghargai petani, nelayan, dan buruh yang telah banyak memberi sumbangan demi kesejahteraan hidup orang lain.
(f) Kasih Sayang
Contohnya, bapa Azmir menziarahi Azmir yang dirawat di wad pesakit jiwa.
(g) Ketabahan
Contohnya, Azmir tabah melawan penyakit barah otak secara sendirian sahaja.
Gaya Bahasa
– Hukum. (Sinis). Hukum pada hari ini hanya wujud pada nama saja. Orang sering melanggar hukum. Hukum kata ada kasih sayang.
– Sistem yang baik adalah bagaikan segala nilai dan norma.
– Boleh jadi lakonannya tu realistik, macam betul-betul.
Watak & Perwatakan
Accordion Content
WATAK UTAMA
1) Menghidap penyakit barah otak.
2) Mengalami sakit jiwa.
3) Menerima rawatan pesakit jiwa di Hospital Besar.
4) Bersikap gila-gila sejak tingkatan enam.
5) Gagal menghabiskan tahun akhir pengajiannnya di universiti.
6) Enggan mengikut nasihat ibunya.
7) Bercinta dengan Ani tetapi Ani telah meninggalkannya sewaktu dia berhadapan dengan penyakit barah otak.
8) Mampu bercakap loghat Indonesia.
WATAK SAMPINGAN
1) Pengarah drama Sasau.
2) Prihatin terhadap keadaan Azmir.
3) Menasihati ibu Azmir berkaitan dengan kasih sayang ibu terhadap anaknya.
4) Berjiwa besar, iaitu sanggup belajar daripada Azmir untuk membantunya membikin drama Sasau.
WATAK SAMPINGAN
1) Bapa kepada Azmir
2) Seorang yang penyayang kerana sering menziarahi Azmir.
3) Namun, dia kurang memberikan perhatian dan kasih sayang serta sokongan kepada Azmir kerana tidak tahu anaknya menghidap penyakit barah otak.
WATAK SAMPINGAN
1) Beliau mengesan sikap gila-gila Azmir sejak anaknya itu di tingkatan enam.
2) Tidak mampu mengurus Azmir.
3) Tidak menjaga anaknya kerana Azmir lebih suka tinggal di rumah neneknya.
4) Berasa malu dengan sikap anaknya yang gila-gila.
WATAK SAMPINGAN
1) Kekasih Azmir.
2) Tidak setia kerana meninggalkan Azmir yang disangkanya gila tanpa usul periksa.
3) Menyedari kesilapannya, namun telah terlambat kerana Azmir telah meninggal dunia.
Pengajaran
Accordion Content
1) Kita hendaklah sentiasa prihatin terhadap nasib orang lain supaya kita dapat membantu mereka.
2) Kita hendaklah setia kepada pasangan supaya kita tidak melakukan perbuatan khianat.
3) Kita haruslah bertanggungjawab terhadap semua tugas agar kita dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat.
4) Kita mestilah berilmu dan berpengetahuan untuk memahami kebenaran dan kesalahan.
5) Kita haruslah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya terhadap anak-anak.
6) Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup agar kita tidak berputus asa atau mengalami kekecewaan dalam hidup.
Contoh Soalan & Skema Jawapan
Accordion Content
Contoh Soalan: Sila Klik Di Sini
Contoh Soalan: Sila Klik Di Sini
Contoh Soalan: Sila Klik Di Sini
No Comments Yet