Tawanan Komander Caucasus

Tawanan Komander Caucasus (Ruzaini Yahya)

Novel ini mengisahkan tentang Farhani dan rakan-rakannya dalam usaha mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat setelah menjadi tawanan tentera kumbang.

Sipnosis

Accordion Content

Farhani dan rakan-rakannya dalam usaha mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat setelah menjadi tawanan tentera kumbang. Cerita bermula apabila warga Sekolah Menengah Seri Kencana dan penduduk kampung dikejutkan dengan berita kehilangan Kim Yong yang keluar mencari kumbang di pinggir hutan di kampungnya. Pelbagai spekulasi tentang kehilangan Kim Yong telah dibuat. Sebagai rakan sekelas, Farhani, Chea Mei, Mira, Haikal, Devnath dan Wei turut bersimpati dan bersedih atas kehilangan Kim Yong. Mereka bersepakat menziarahi Puan Lee, ibu Kim Yong yang begitu sedih atas kehilangan anak tunggalnya itu.

Setelah sebulan berita kehilangan Kim Yong berlalu, Cikgu Salimah selaku guru Sains Tingkatan Satu Arif di Sekolah Menengah Seri Kencana telah memberikan satu tugasan kepada murid-muridnya untuk mencari serangga bagi memastikan zoo mini serangga yang diilhamkan di sekolah mereka itu menjadi suatu kenyataan. Dalam pembahagian tugasan itu, Farhani, Chea Mei dan Mira ditugaskan untuk mencari kumbang. Sementara itu, Haikal berasa terkilan kerana Cikgu Salimah tidak memberikan tugasan mencari kumbang itu kepadanya. Oleh sebab itu, Haikal memperlekehkan kewibawaan Farhani dan rakan-rakannya untuk mencari kumbang tersebut. Farhani bertekad untuk mendapatkan kumbang tersebut.

Bagi melengkapkan tugasan yang diarahkan oleh Cikgu Salimah, Farhani, Chea Mei dan Mira telah bersetuju dan bersepakat untuk mencari kumbang di dusun datuk Farhani. Disebabkan Farhani tiba awal di dusun datuknya, dia mengisi masa menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei dengan mencari kumbang lebih dahulu sehingga pencariannya itu telah membawanya jauh ke dalam dusun datuknya. Akhirnya, Farhani menemukan sebuah rumah lama dan masuk ke dalam rumah lama itu. Dia menemukan anak tangga yang menuruni ke ruang bawah tanah hingga membawanya ke dimensi kerajaan kumbang. Sementara itu, Mira dan Chea Mei telah tiba di dusun datuk Farhani setengah jam lewat daripada masa yang telah dijanjikan tetapi mereka tidak nampak kelibat Farhani di situ.

Chea Mei dan Mira terkejut apabila ibu Farhani, iaitu Puan Asmah memaklumkan kepada mereka bahawa Farhani telah pergi ke dusun datuknya selepas solat zohor. Ibu Farhani bersedih atas kehilangan Farhani memandangkan Farhani ialah anak bongsunya. Encik Adnan, bapa Farhani meminta isterinya bertenang dan bersabar. Peristiwa kehilangan Farhani dan Kim Yong yang dikaitkan dengan kejadian mereka keluar mencari kumbang telah menjadi perbualan masyarakat setempat dan seluruh rakyat Malaysia. Cikgu Salimah berasa bersalah atas kehilangan Farhani. Dia mengajak murid-murid di kelas Tingkatan Satu Arif menjejaki kehilangan misteri Farhani di dusun datuk Farhani. Di dalam dusun datuk Farhani, mereka telah menemukan sebuah rumah usang. Haikal telah mengajak Devnath dan Wei untuk kembali semula pada malamnya untuk menjejaki kehilangan Farhani di ruang bawah tanah di rumah usang itu setelah mereka menemukan sapu tangan milik Farhani.

Kesilapan Farhani melangkah kakinya ke alam dimensi kerajaan kumbang menyebabkan dia telah ditawan oleh tentera Komander Caucasus. Dia telah dibawa oleh kumbang Bara untuk menghadap Maharaja Tanduk di sebuah istana. Selepas itu, Farhani juga telah dikurung di dalam sebuah tabung uji bersaiz besar di sebuah makmal rahsia Komander Caucasus yang akan menjadikannya sebagai bahan uji kaji untuk mencapai impian Komander Caucasus menakluki dunia dan menguasai manusia. Di makmal rahsia itu, Farhani telah bertemu secara tidak sengaja dengan Kim Yong yang telah dilaporkan hilang selama sebulan lebih itu.

Komander Caucasus merupakan seekor kumbang yang tamak dan gila kuasa apabila dia dan tenteranya cuba merampas takhta kerajaan kumbang dengan menggulingkan takhta Maharaja Tanduk dan giat memburu Puteri Coleoptera dan para pengikutnya yang sedang bersembunyi. Suatu ketika, suatu kejadian huru-hara telah berlaku menyebabkan Bara dan Dara Bintik yang merupakan pengikut Puteri Coleoptera bergegas menyelamatkan diri dengan membawa bersama Farhani dan Kim Yong. Di satu kawasan perkhemahan, Bara dan Dara Bintik telah membawa Farhani dan Kim Yong menghadap Puteri Coleoptera yang sangat baik dan sopan. Puteri Coleoptera memohon bantuan mereka berdua untuk menumpaskan Komander Caucasus yang kejam dan tidak berhati perut itu.

Sementara itu, ketika Haikal, Devnath dan Wei mencari jejak kehilangan Farhani di ruang bawah tanah rumah lama itu, mereka telah memasuki dimensi kerajaan kumbang sehingga mereka ditangkap oleh tentera kumbang Bara. Apabila mereka bertiga tersedar dari pengsan, mereka terkejut setelah mendapati mereka menjadi tawanan kumbang yang bersaiz besar di sebuah kawasan hutan. Mereka juga terkejut kerana telah bertemu semula dengan Farhani dan Kim Yong di situ yang berada dalam keadaan selamat. Farhani dan Kim Yong meyakinkan mereka bertiga bahawa kumbang-kumbang itu berhati baik dan merupakan sahabat mereka berdua. Sekali lagi kumbang Bara menyuarakan bantuan daripada mereka berlima untuk membantu Puteri Coleoptera dan pengikutnya menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya.

Tiba-tiba, mereka mendapat maklumat bahawa tempat persembunyian mereka itu dapat dikesan oleh tentera Caucasus sehingga menyebabkan Puteri Coleoptera, semua pengikutnya, Farhani, dan empat orang rakannya terpaksa meninggalkan tempat itu. Setelah menempuh perjalanan yang memenatkan, akhirnya mereka tiba di tempat persembunyian baru. Lima buah khemah berjaya didirikan. Tidak lama kemudian, tempat persembunyian mereka telah diserang hendap oleh tentera Komander Caucasus setelah mendapat maklumat daripada si pembelot, Dara Bintik.

Dalam serang hendap itu, Haikal, Devnath dan Wei telah ditangkap sekali lagi dan ditawan oleh tentera Komander Caucasus bersama-sama dengan Puteri Coleoptera dan Bara. Namun dalam serangan hendap itu, Farhani dan Kim Yong berjaya menyembunyikan diri masing-masing. Maharaja Caucasus yang telah menaiki takhta kerajaan kumbang dengan cara menggulingkan Maharaja Tanduk itu berasa amat marah apabila Kim Yong dan Farhani gagal ditangkap. Maharaja Caucasus mengarahkan tenteranya segera mencari Kim Yong dan Farhani yang amat diperlukan untuk dijadikan bahan uji kaji bagi mencapai impiannya menakluki dunia dan manusia.

Pada suatu malam, Dara Merah, Farhani, Kim Yong, kunang-kunang, dan pengikut mereka telah menyusun strategi untuk menumpaskan Komander Caucasus dan tenteranya melalui penggunaan cecair Endosulfan sekali gus membebaskan semua tawanan yang dipenjarakan oleh Komander Caucasus. Akhirnya, strategi yang telah dirancang itu digunakan pada satu tengah malam. Mereka berjaya menewaskan Komander Caucasus yang kejam dan para tenteranya sekali gus berjaya membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, Maharaja Tanduk dan tiga orang rakannya, Haikal, Wei dan Devnath yang telah dikurung itu dengan selamat. Manakala, Komander Caucasus, Dara Bintik dan para tenteranya telah dikurung.

Puteri Coleoptera telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan kumbang yang baharu. Puteri Coleoptera terhutang budi atas kerjasama dan bantuan daripada Farhani dan empat orang rakannya. Sebagai tanda terima kasih, Puteri Coleoptera menghadiahkan sebuah lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak berukir cantik kepada setiap seorang. Farhani dan empat orang rakannya telah dibenarkan untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing namun mereka kecewa kerana kepulangan mereka tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga disebabkan mereka telah menjadi halimunan.

Setelah kata sepakat diambil, Farhani dan empat orang rakannya kembali ke dimensi kerajaan kumbang untuk bertemu dengan kumbang Bara. Setelah meminum serum yang diberikan oleh Bara, akhirnya mereka berjaya kembali menjadi manusia asal dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat. Berita kepulangan mereka telah mendapat liputan yang meluas daripada syarikat media cetak dan media elektronik. Namun, mereka bersepakat untuk merahsiakan cerita sebenar mereka yang menjadi tawanan Komander Caucasus daripada kerajaan kumbang itu.

Dipetik dari Sihat Sejahtera

– Sekolah dikejutkan dengan berita kehilangan Kim Yong yang merupakan anak hartawan di bandar ini dan merupakan pewaris tunggal kekayaan milik mendiang bapanya yang telah meninggal dunia.

– Farhani bersimpati dan bersedih atas kehilangan rakan sekelasnya itu walaupun Kim Yong seorang yang bersikap angkuh dan sombong.

– Farhani dan rakan-rakannya menziarahi Puan Lee, ibu Kim Yong yang sangat bersedih dan tidak henti-henti menangis atas kehilangan anak tunggalnya itu pada suatu petang untuk menyatakan rasa simpati mereka.

– Ketika Farhani dan rakan-rakannya tiba di rumah Kim Yong, terdapat juga beberapa orang anggota polis yang masih menyiasat dan mencari bahan maklumat untuk menyelesaikan kes kehilangan Kim Yong itu.

– Farhani dan rakan-rakannya melihat terdapat sebuah zoo mini kepunyaan Kim Yong yang dibina di pekarangan rumahnya yang menempatkan berbagai-bagai spesies kumbang yang pelbagai rupa dan warna.

– Seminggu selepas kehilangan Kim Yong, Farhani, rakan-rakannya dan masyarakat membuat pelbagai andaian dan sebab atas kehilangannya itu.

– Setelah sebulan kes kehilangan Kim Yong, berita sensasi mengenainya semakin jarang diperkatakan kecuali Farhani yang masih tertanya-tanya dan mencari jawapan tentang misteri kehilangan rakan sekelasnya itu.

Dipetik dari Sihat Sejahtera

– Cikgu Salimah memahami kerenah anak-anak muridnya yang sedang beralih emosi daripada zaman kanak-kanak kepada alam remaja. Farhani tidak suka suasana yang bingit dan bising. Farhani teringat akan suasana di rumahnya yang sunyi kerana hanya dia, ibu dan bapanya yang masih ada di rumahnya kini.

– Cikgu Salimah memberikan arahan kepada setiap murid tentang tugas masing-masing untuk menangkap serangga dan mereka dipecahkan kepada empat kumpulan yang akan menangkap kumbang, pepatung, rama-rama dan belalang.

– Cikgu Salimah menegur sikap Haikal, Devnath dan Wei yang membuat bising dengan ketawa tidak berhenti-henti.

– Cikgu Salimah memuji Farhani yang rajin mengakses maklumat berkaitan kumbang daripada laman sesawang.

– Haikal mengusik dengan menyangkal keupayaan Farhani dan ahli kumpulannya yang ditugaskan untuk mencari kumbang.

– Sementara itu, Farhani bertekad untuk membuktikan keupayaannya mencari kumbang-kumbang yang dikehendaki oleh Cikgu Salimah kepada Haikal.

– Mira pula bersemangat untuk mencari kumbang tanpa rasa takut.

Dipetik dari Sihat Sejahtera

– Farhani menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei di pinggir dusun datuknya hampir setengah jam.

– Sementara menunggu kedatangan rakan-rakannya itu, Farhani bertindak dengan mencari kumbang lebih dahulu hingga akhirnya membawa langkahnya semakin jauh ke dalam kebun datuknya.

– Tanpa disangka, Farhani terjumpa dengan sebuah rumah kayu lama yang sebahagian dindingnya hampir roboh.

– Farhani memberanikan dirinya dengan menyelinap masuk ke dalam rumah lama itu untuk meneroka secara lebih terperinci keadaan di dalam rumah lama itu.

– Farhani mendapati rumah lama itu mengandungi tangga curam menuju ke ruangan bawah tanah menyebabkan dia berasa teruja untuk menuruni tangga ke ruangan bawah tanah itu.

– Farhani merasakan adanya perubahan pada ketumpatan udara ketika dia berada di bawah tanah itu.

– Setelah dia menapak maju dan mundur antara ruangan perbezaan udara tersebut, Farhani dapat merasakan seolah-olah dia berada di ambang dimensi lain.

– Ketika Farhani melintasi dimensi baharu itu, secara tiba-tiba muncul serakan cahaya dan kelihatan lembaga hitam bersaiz agam dengan mata kemerah-merahan yang merenung tepat ke arahnya.

Dipetik dari Sihat Sejahtera

– Chea Mei resah memikirkan cara untuk meminta keizinan neneknya untuk pergi mencari kumbang bersama-sama dengan Farhani dan Mira kerana jam telah menunjukkan angka tiga petang.

– Chea Mei bimbang kalau-kalau neneknya tidak mengizinkannya untuk pergi kumbang disebabkan neneknya patuh akan amanah bapanya yang melarangnya keluar rumah.

– Chea Mei mencuri-curi keluar dari rumahnya melalui pintu belakang apabila jarum jam menunjukkan angka pukul tiga setengah.

– Sementara itu, Mira bersungut apabila tiada kelihatan seorang pun rakannya di tepi dusun datuk Farhani ketika dia tiba di situ. Mira cuba mencari kumbang di kawasan sekelilingnya sebelum Chea Mei tiba selepas jam tiga setengah petang.

– Setelah hampir dua jam Mira dan Chea Mei menantikan kemunculan Farhani di situ, mereka mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Farhani.

– Ibu Farhani, Puan Asmah mesra menyambut kedatangan Mira dan Chea Mei ke rumahnya tetapi kehairanan apabila Mira dan Chea Mei menyatakan tujuan kedatangan mereka untuk bertemu dengan Farhani.

– Puan Asmah dan Encik Adnan meminta Mira dan Chea Mei menceritakan semula keseluruhan peristiwa yang berlaku itu.

– Keluarga Mira dan keluarga Chea Mei datang ke rumah Farhani pada waktu malam. Masing-masing kebingungan tentang kehilangan Farhani yang keluar mencari kumbang.

– Encik James Ren mencadangkan agar laporan polis dibuat berkaitan dengan kes kehilangan Farhani.

– Puan Asmah menangisi kehilangan anak bongsunya itu, iaitu Farhani tetapi ditenangkan oleh suaminya, Encik Adnan dan ibu Mira, iaitu Puan Mariah.

– Mira membuat andaian bahawa Farhani disembunyikan oleh makhluk halus tetapi andaiannya itu disangkal oleh bapanya, Encik Zainal. Sekali lagi Puan Asmah menyetujui andaian Mira tetapi disangkal keras oleh suaminya, Encik Adnan malahan dia yakin bahawa Farhani selamat.

Dipetik dari Sihat Sejahtera

– Farhani berdepan dengan satu lembaga yang merupakan seekor kumbang besar yang berketinggian satu setengah meter dan pandai berkata-kata. Kumbang tersebut memarahi dan menuduh Farhani sebagai makhluk Allah yang paling zalim.

– Farhani menjelaskan tugasnya mencari kumbang adalah untuk zoo mini di sekolahnya.

– Kumbang tersebut memarahi Farhani kerana mengurung kaumnya dan dijadikan bahan uji kaji di makmal. Farhani menyangkal dakwaan kumbang tersebut.

– Kumbang tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Komander Chalcosoma Caucasus sebagai ketua tentera kerajaan kumbang. Farhani dikelilingi oleh kumbang dari spesies Chalcosoma Caucasus.

– Komander Caucasus menuduh manusia yang menyebabkan spesiesnya kian terancam kerana terkena racun yang diletakkan dalam makanan.

– Farhani menyangkal tuduhan Komander Caucasus itu yang menyalahkan manusia yang membunuh spesies mereka. Komander Caucasus menggertak Farhani sebagai bahan makanannya.

– Komander Caucasus meminta Bara membawa Farhani masuk ke dalam kota kerana Farhani telah menjadi tawanan mereka pada hari itu. Tubuh Farhani menggeletar apabila mendengar kata-kata kumbang tersebut yang mahu menjadikannya sebagai makanan mereka selama berbulan-bulan.

Dipetik dari Sama Jaya

– Bara menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Komander Caucasus dengan membawa Farhani menelusuri terowong-terowong gelap yang bercabang-cabang.

– Farhani memuji kecantikan tubuh Bara yang mengeluarkan cahaya yang bersinar-sinar. Bara memberitahu Farhani bahawa dia merupakan kumbang spesies Lampyridae.

– Farhani melihat kota yang diperbuat daripada batu yang kukuh, berbentuk segi empat dan kelihatan sama di mana-mana. Farhani terpegun seketika melihat pintu gerbang di hadapannya yang sungguh indah. Farhani merakamkan keadaan kota dan pintu gerbang dengan menggunakan telefon bimbit yang dibawa di dalam koceknya.

– Farhani merayu kepada Bara agar tidak mencengkam lengannya dengan kuat dan berjanji bahawa dia tidak akan melarikan diri.

– Bara melepaskan cengkamannya kerana dia yakin bahawa Farhani tidak akan melarikan dirinya memandangkan Farhani tidak tahu selok-belok di dalam kota dan mahligai itu.

Dipetik dari Sama Jaya

– Bara membawa Farhani masuk menghadap Maharaja Tanduk. Farhani berasa kagum akan keindahan ruang dalam mahligai Maharaja Tanduk yang mempunyai lantai berkaca-kaca warna kebiruan dan berdinding putih mutiara yang dilimpahi cahaya daripada cangkerang kaum Bara.

– Dara Bintik memaklumkan bahawa Maharaja Tanduk murka kerana Bara mengambil masa terlalu lama untuk membawa Farhani masuk menghadapnya sedangkan Komander Caucasus telah lama tiba di mahligai itu.

– Komander Caucasus menegur Bara yang lambat tiba di mahligai Maharaja Tanduk.

– Secara tiba-tiba, Farhani merasakan tubuhnya lemah setelah dia  minum  air  minuman  yang  diberikan  oleh  Dara  Bintik selepas dia memperkenalkan dirinya kepada Maharaja Tanduk.

– Dalam keadaan yang lemah itu, Farhani dapat merasakan tubuhnya diusung untuk dibawa ke suatu tempat.

– Farhani menyesal kerana meminum air yang dihulurkan oleh Dara Bintik tetapi dia tidak berani menolak pemberian air minuman itu.

Dipetik dari Sama Jaya

– Sudah masuk hari ketiga Farhani hilang menyebabkan warga sekolah gempar dengan kehilangan seorang lagi murid di Sekolah Menengah Seri Kencana. Kisah kehilangan dua orang murid sekolah ini menjadi perbualan masyarakat setempat dan seluruh rakyat Malaysia.

– Cikgu Salimah berasa menyesal kerana menugaskan anak-anak muridnya mencari serangga bagi menjadikan zoo mini serangga di sekolah menjadi suatu kenyataan.

– Cikgu Salimah telah mengunjungi keluarga Farhani untuk bertanya khabar dan menyatakan rasa simpatinya. Encik Adnan dan Puan Asmah reda dengan kehilangan Farhani dan tidak sesekalipun menyalahkan Cikgu Salimah apatah lagi untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

– Abang Farhani, Muhammad Faris Akmal bercakap dengan sinis dan menyalahkan Cikgu Salimah atas kehilangan adiknya, Farhani.

– Pada petang itu, Cikgu Salimah telah mengajak beberapa orang murid di kelas Farhani untuk mencari jejak kehilangan Farhani di dusun tersebut. Ketika mereka sedang mencari jejak Farhani di dusun milik datuk Farhani, Haikal tiba-tiba menjerit memanggil Cikgu Salimah dan rakan-rakannya kerana dia telah menemukan sebuah rumah usang di dalam dusun itu.

– Haikal memberikan cadangan agar Cikgu Salimah, Mira dan Chea Mei tunggu di luar rumah usang itu sementara dia, Devnath dan Wei akan meninjau keadaan di dalam rumah usang itu.

Dipetik dari Sama Jaya

– Farhani tersedar dirinya berada di dalam sebuah balang kaca besar di sebuah makmal. Farhani melihat ada sebuah lagi balang kaca yang sama saiz berhampiran dengannya. Dia nampak ada objek lain yang bergerak-gerak di dalam balang kaca itu.

– Tiba-tiba, Farhani mendengar bunyi ketukan bertalu-talu sebanyak tiga kali dari balang kaca di sebelahnya sebagai tanda minta tolong. Mereka berbalas-balas ketukan itu sehingga mereka berhenti mengetuk apabila terdengar suara bercakap-cakap di luar makmal dan disertai bunyi yang sangat bising.

– Keadaan di dalam makmal menjadi hiruk-pikuk dengan bunyi tapak kaki berlarian ke sana-sini dan jeritan yang kedengaran begitu jelas.

– Dalam keadaan kelam-kabut itu, Bara membuka pintu balang kaca dan mencengkam lengan Farhani lalu menyeretnya pergi tetapi Farhani bertegas mahu menyelamatkan seseorang yang terkurung di dalam balang kaca. Farhani berusaha membuka balang kaca yang menempatkan Kim Yong dan akhirnya dia berjaya.

– Farhani mengusung Kim Yong keluar bersama-sama dengan Bara dan Dara Bintik dan mereka bergerak sepantas mungkin meninggalkan makmal rahsia Komander Caucasus itu.

– Ketika mereka sedang mengusung Kim Yong melalui terowong yang sempit, Kim Yong tiba-tiba tersedar. Dia terkejut kerana sedang diusung oleh Farhani dan dua ekor kumbang. Kim Yong yang masih lemah berpaut pada bahu Farhani.

– Setelah berjalan selama hampir dua jam, mereka akhirnya keluar dari terowong yang gelap dan lembap. Mereka kini berada di sebuah hutan yang mempunyai beberapa buah khemah di sekeliling sebuah khemah yang lebih besar.

Dipetik dari Sama Jaya

– Farhani menghulurkan minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang dahaga dan keletihan.

– Farhani tergamam apabila Kim Yong yang selama ini bersikap sombong dan tidak suka bergaul dengan rakan-rakannya mengucapkan terima kasih kepadanya dan memanggil namanya.

– Kim Yong berjanji bahawa dia tidak akan bersikap sombong, akan berkawan dengan semua orang, dan mengalu-alukan Farhani dan rakan-rakan yang lain ke rumahnya.

– Farhani dan Kim Yong dibawa oleh Bara untuk menghadap Tuan Puteri Coleoptera. Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong ke meja makan. Farhani dan Kim Yong makan buah-buahan yang berada di atas meja itu dengan gelojoh kerana kelaparan. Sementara itu, Puteri Coleoptera, Bara, dan Dara Bintik mendiamkan diri dan menikmati makanan mereka dengan tertib.

– Puteri Coleoptera menanyakan sebab Farhani dan Kim Yong datang ke dunia kumbang. Bara menjelaskan kepada Puteri Coleoptera bahawa Farhani dan Kim Yong bukanlah sengaja datang ke situ tetapi ditawan oleh Komander Caucasus.

– Puteri Coleoptera mengimbas kembali muslihat Komander Caucasus yang menyebabkan dia tersingkir dari kerajaan kumbang dan terpaksa melarikan diri kerana semua tentera Komander Caucasus sedang memburunya sekali gus ingin membunuhnya.

– Puteri Coleoptera menjelaskan niat jahat Komander Caucasus yang menawan Kim Yong dan Farhani untuk djadikan bahan uji kaji makmalnya. Menurut Puteri Coleoptera, Komander Caucasus mempunyai impian yang besar untuk menakluki kerajaan kumbang dan juga manusia.

– Komander Caucasus berkeinginan untuk mentransformasikan dirinya menjadi manusia untuk membalas dendam terhadap manusia yang banyak membunuh kumbang. Komander Caucasus juga bercita-cita untuk mengambil alih takhta Maharaja Tanduk.

– Bara menegaskan bahawa mereka tiada halangan untuk membebaskan Farhani dan Kim Yong kembali ke dunia asal manusia tetapi mereka terpaksa melalui kawalan ketat tentera Caucasus.

– Tambahan pula, Bara amat memerlukan bantuan Farhani dan Kim Yong untuk menewaskan Komander Caucasus. Farhani menyatakan persetujuannya untuk membantu kumbang-kumbang itu hingga menyebabkan kumbang-kumbang itu menarik nafas kelegaan.

Dipetik dari Sama Jaya

– Setelah selamat menemani Cikgu Salimah, Mira dan Chea Mei sampai ke rumah masing-masing, Haikal segera menyuarakan hasratnya untuk kembali ke rumah usang itu pada malam nanti. Kedua-dua rakannya keberatan untuk berbuat demikian tetapi demi setia kawan, mereka sanggup menemani Haikal meneruskan usaha mencari Farhani di rumah usang itu.

– Haikal yakin bahawa Farhani mungkin masih di situ berdasarkan penemuan sapu tangan berwarna merah jambu milik Farhani yang ditemuinya di ruangan bawah tanah rumah usang itu.

– Haikal, Devnath dan Wei bertemu semula selepas solat isyak di tempat yang telah dijanjikan. Kemudian, mereka bergerak ke rumah usang di dusun datuk Farhani.

– Ketika mereka berada di ruang bawah tanah rumah usang itu, Devnath dan Wei mendapati Haikal begitu bersungguh-sungguh dan berani mencari petanda untuk menjejaki kehilangan Farhani itu.

– Ketika mereka asyik mencari bukti kehadiran Farhani di situ, tanpa disengajakan Haikal telah memasuki dimensi dunia kumbang apabila ditarik oleh suatu daya di pintu maya. Keadaan itu menyebabkan Devnath dan Wei turut sama memasuki dimensi dunia kumbang itu.

– Mereka kehairanan dan bingung memikirkan dimensi tersebut kerana udaranya ringan dan nafas mereka tidak berat.

– Setelah hampir setengah jam berjalan, mereka akhirnya tiba di sebuah kota yang susunannya sangat teratur. Sesampainya mereka di satu sudut bangunan, mereka bertiga telah diserang hendap dan ditangkap sehingga menyebabkan mereka pengsan.

– Ketika tersedar dari pengsan, Haikal, Devnath dan Wei mendapati diri mereka berada di sebuah kawasan hutan dan beberapa buah khemah. Dalam keadaan masih terpinga-pinga, mereka terkejut apabila muncul makhluk yang pelik serupa kumbang tetapi saiz badannya sahaja berbeza.

– Mereka terkejut lagi sekali apabila mendengar suara Farhani yang memberitahu Bara bahawa mereka itu ialah kawan-kawannya. Farhani memandang wajah kawan-kawannya yang pucat lesi dengan mengatakan bahawa dia belum mati.

– Kemunculan Kim Yong secara tiba-tiba sekali lagi menimbulkan rasa terkejut mereka. Farhani memberitahu Haikal, Wei dan Devnath bahawa kumbang-kumbang itulah yang telah menculik mereka.

– Farhani menjelaskan secara panjang lebar perihal Bara, Dara Bintik dan Puteri Coleoptera yang merupakan pemerintah sebenar kerajaan kumbang kepada kawan-kawannya itu. Haikal menghulurkan salam perkenalan kepada Bara dan Dara Bintik. Tindakannya itu turut diikuti oleh Wei dan Devnath.

– Bara menyuarakan hasrat kaum kumbangnya yang memohon pertolongan Farhani dan kawan-kawannya untuk membantu mereka menumpaskan Komander Caucasus.

– Puteri Caucasus memberitahu bahawa Komander Caucasus dan tenteranya semakin hampir dengan tempat persembunyian mereka dan mengarahkan semua pengikut agar segera berpindah dari situ.

Dipetik dari Intan Murni

– Bara segera mengarahkan kumpulan kumbang yang menjadi pengawal Puteri Coleoptera bersiap sedia untuk meninggalkan kawasan itu. Bara hairan apabila rahsia tempat persembunyian mereka dapat diketahui Komander Caucasus.

– Bara segera membantu Puteri Coleoptera menyembunyikan harta warisan kerajaan kumbang, terutama cap mohor yang menjadi bukti bahawa baginda pewaris sah takhta kerajaan kumbang.

– Farhani dan rakan-rakannya menyertai rombongan Puteri Coleoptera meninggalkan kawasan yang pernah didiami selama beberapa bulan itu. Sementara itu, Kim Yong menjawab pertanyaan Haikal bahawa mereka sekarang berada di dunia kumbang.

– Perjalanan yang jauh menyebabkan Haikal, Devnath dan Wei keletihan serta kelaparan. Bara segera menghulurkan buah-buahan yang belum pernah mereka lihat sebelum ini untuk dimakan. Haikal membisikkan ucapan terima kasih kepada Bara kerana memberikannya buah-buahan itu.

– Setelah menempuh perjalanan yang panjang, akhirnya mereka tiba di suatu kawasan yang terdiri daripada pokok-pokok besar bersaiz satu hingga dua pemeluk yang berdiri gagah seakan-akan memagari kawasan itu.

– Dalam masa tidak sampai satu jam, lima buah khemah siap dipasang. Khemah Puteri Coleoptera, iaitu khemah yang paling besar berada di tengah-tengah dengan dikelilingi empat buah khemah lain.

– Dara Bintik menyoal Bara dan kemudian memberitahu Bara bahawa dia sudah letih berpindah-randah untuk mengelakkan diri daripada diburu oleh Komander Caucasus dan tenteranya.

– Serentak dengan ucapan kemaafan daripada Dara Bintik, tiba-tiba khemah mereka telah diserang oleh tentera Komander Caucasus. Walau bagaimanapun, Farhani berjaya bersembunyi di dalam semak-samun yang berhampiran.

– Sangkaan Farhani tepat apabila dia melihat khemah mereka telah diserang hendap oleh tentera Caucasus. Farhani melihat Bara yang berusaha melindungi Puteri Coleoptera telah ditangkap dan salah seekor kumbang telah menumbuk perutnya sehingga menyebabkan Bara terbongkok menahan kesakitan.

– Farhani juga menyaksikan semua rakannya menjadi tawanan tentera Caucasus dan Farhani juga melihat Dara Bintik telah berpaling tadah terhadap Puteri Coleoptera.

– Farhani terkejut apabila mengetahui Kim Yong juga terselamat daripada menjadi tawanan tentera Caucasus apabila dia cepat-cepat memanjat pokok untuk menyembunyikan dirinya sewaktu khemah mereka diserang hendap.

– Kim  Yong  menegaskan  bahawa  mereka  mesti  melakukan sesuatu perkara untuk membebaskan Bara, Puteri Coleoptera dan rakan-rakannya daripada ditawan oleh tentera Caucasus.

Dipetik dari Intan Murni

– Haikal, Devnath dan Wei telah ditawan oleh tentera Caucasus dan dibawa ke mahligai Maharaja Caucasus.

– Sepanjang perjalanan, Devnath berasa tangannya sakit akibat dikilas  oleh  tentera  Caucasus.  Haikal  juga  turut  merasai kesakitan itu dan berdoa agar Farhani serta Kim Yong dapat melepaskan diri daripada menjadi tawanan tentera Caucasus.

– Sesampainya mereka di mahligai yang sangat indah, semua tawanan dibawa masuk menghadap Maharaja Caucasus yang berdiri berhampiran sebuah peterana yang dihias serba indah. Maharaja Caucasus mengarahkan semua tawanan dipenjarakan kecuali anak-anak manusia.

– Maharaja  Caucasus  berang  dan  mengarahkan  tenteranya mencari Farhani dan Kim Yong apabila dia mendapati anak-anak manusia yang ditawan itu bukanlah Farhani dan Kim Yong.

– Sementara itu, Kim Yong mengingatkan Farhani agar mereka lebih berhati-hati dengan keadaan persekitaran kerana mereka menjadi buruan tentera Caucasus.

– Ketika mereka berdua berada di kawasan air sungai yang jernih, mereka telah ditangkap dan diheret masuk ke dalam semak belukar yang tebal. Seekor kumbang lain telah menekup kuat mulut Farhani dan mengarahkan mereka agar diam.

– Tiba-tiba kedengaran suara riuh-rendah beberapa ekor kumbang. Salah seekor kumbang yang bertindak sebagai ketua kumbang itu kelihatan sedang marah-marah kepada kumbang-kumbang yang lain akibat kegagalan mereka menemukan dirinya dan Kim Yong.

– Seketika, Farhani tertanya-tanya status sebenar kumbang yang telah menyembunyikan dirinya dan Kim Yong daripada ditawan oleh tentera Caucasus itu tadi.

Dipetik dari Intan Murni

– Dara Merah memperkenalkan dirinya kepada Farhani dan Kim Yong. Dara Merah juga memperkenalkan dua ekor kumbang jantan yang mengiringinya, iaitu kunang-kunang.

– Dara Merah memaklumkan kepada mereka berdua tentang Dara Bintik yang telah menjadi pembelot dan bertindak membocorkan lokasi persembunyian Puteri Coleoptera di dalam hutan itu kepada Komander Caucasus.

– Sebagai pengikut setia Puteri Coleoptera, Dara Merah memohon bantuan dan kerjasama daripada Farhani dan Kim Yong untuk membantu kumbang-kumbang itu membebaskan Puteri Coleoptera dan semua pengikutnya, termasuklah rakan-rakan Farhani daripada penjara. Sebagai balasan, Dara Merah berjanji akan membantu mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

– Dara Merah, kunang-kunang, Farhani dan Kim Yong berbincang tentang strategi terbaik untuk menyelamatkan Puteri Coleoptera dan semua pengikutnya serta rakan-rakannya itu.

– Sementara itu, di dalam penjara yang berbau hapak dan busuk, Wei, Haikal dan Devnath sebak dan sedih apabila terkenang akan keluarga masing-masing. Devnath juga dihimpit rasa kesal atas kedegilannya keluar dari rumah pada malam kejadian walaupun dilarang oleh ibunya. Namun, dia tidak menyesal mengambil keputusan untuk menyertai misi mencari Farhani itu.

– Di kem persembunyian Dara Merah, Farhani menggenggam sebotol cecair Endosulfan yang dijumpainya sewaktu dia kembali ke tempat rakan-rakannya ditawan. Farhani yakin cecair itu dibawa oleh Haikal.

– Farhani membawa dan menunjukkan sebotol cecair Endosulfan kepada Dara Merah sebagai bahan yang boleh digunakan untuk membunuh kumbang. Dara Merah berasa gembira kerana cecair itulah yang ingin dicarinya dan ingin digunakan kepada Komander Caucasus.

– Menurut Dara Merah, cecair racun itulah yang telah membunuh adik-adiknya yang memakan sayur-sayuran di kebun manusia pada suatu ketika dahulu.

– Tengah malam itu, mereka berlima mengatur strategi bagi membebaskan Puteri Coleoptera, semua pengikut, dan rakan-rakannya.

– Dara Merah mengambil botol kecil berisi Endosulfan daripada tangan Farhani untuk digunakan sebagai salah satu alat untuk menewaskan Maharaja Caucasus dan tenteranya.

– Farhani dan Kim Yong tertanya-tanya status sebenar Dara Merah apabila mendapati kumbang-kumbang yang mengiringinya itu begitu patuh dan taat kepadanya.

– Sementara itu, di dalam penjara, Haikal merasakan sesuatu perkara akan berlaku. Kenyataannya itu disambut pula oleh Wei dan Devnath. Kemudian, mereka terdengar suara yang biasa didengari, iaitu suara Farhani yang meminta Haikal, Wei dan Devnath bersedia untuk melarikan diri dari penjara itu kerana mereka akan datang untuk menyelamatkan mereka.

Dipetik dari Intan Murni

– Malam kian larut sewaktu Farhani, Kim Yong, Dara Merah, dan kunang-kunang tiba di mahligai ketua kerajaan kumbang. Dara Merah melewati pintu mahligai dengan botol kecil berisi Endosulfan di dalam genggaman tangannya.

– Farhani kebasahan dan sesekali menggigil kesejukan akibat terkena hujan ketika sedang bersembunyi di balik pagar yang ditutupi pohon renek. Dia sudah bersedia melakukan tindakan yang selanjutnya jika Dara Merah gagal dalam misinya.

– Dara Merah telah menyamar sebagai Dara Bintik. Dia ke dapur untuk memasukkan setitis cecair Endosulfan ke dalam minuman Maharaja Caucasus.

– Ketika di dapur, Dara Merah mendapati kumbang spesies Weevil sedang bertugas. Dara Merah memberikan alasan untuk membawa minuman kepada Maharaja Caucasus dan meminta Weevil berehat. Hal itu menimbulkan kehairanan kepada Weevil kerana Dara Bintik tidak pernah bersikap ringan tangan.

– Dara Merah meletakkan minuman itu di atas meja kecil sebelum dia bergegas meninggalkan kamar itu tetapi dipanggil oleh Maharaja Caucasus. Maharaja Caucasus mengizinkan Dara Merah meminum air itu disebabkan kesetiaannya itu. Dara Merah yang menyamar sebagai Dara Bintik menolak pelawaan itu atas dasar hormat dan dia hanya akan meminum sisa minuman Maharaja Caucasus.

– Penyamaran Dara Merah sebagai Dara Bintik terbongkar setelah diketahui oleh Weevil. Weevil berlari keluar mendapatkan bantuan tentera. Sementara itu, Maharaja Caucasus telah mengayun tangannya yang dipenuhi duri tajam dan mengenai tepat pada tubuh Dara Merah sehingga menyebabkan tubuhnya cedera.

– Maharaja Caucasus jatuh tersungkur akibat pengaruh cecair racun itu. Weevil kembali semula ke kamar dan Dara Merah bertindak untuk keluar segera dari tempat itu.

– Di penjara, Kim Yong dan Farhani telah membebaskan Haikal, Wei, dan Devnath. Mereka bertindak menyelamatkan diri dengan bantuan beberapa ekor kumbang lain yang setia terhadap Dara Merah. Mereka menjadi penunjuk jalan dengan melalui terowong rahsia yang dibina oleh kumbang-kumbang yang merancang pemberontakan terhadap Maharaja Caucasus. Di pertengahan terowong, mereka menemui Puteri Coleoptera, Bara, dan kunang-kunang.

– Tidak jauh dari lubang terowong, kedatangan mereka telah dinantikan oleh tentera Caucasus yang lengkap bersenjata dan diketuai oleh Dara Bintik. Namun, tindakan pantas Farhani menggunakan semburan cecair Endosulfan itu telah menyebabkan semua tentera kumbang itu pengsan satu persatu ke tanah akibat terhidu racun itu.

– Setelah keadaan mengizinkan, Farhani memberikan arahan kepada Puteri Coleoptera dan para pengikut setianya agar membuka topeng keselamatan yang telah dipakai.

Dipetik dari Intan Murni

– Komander Caucasus, Dara Bintik dan pasukan tenteranya telah dimasukkan ke bilik kurungan ketika malam beransur siang.

– Dara Merah ingin menunaikan janjinya untuk menghantar Farhani berlima kembali ke dunia manusia tetapi Bara memujuk mereka agar menangguhkan seketika kepulangan mereka untuk sama-sama menyaksikan majlis pertabalan Puteri Coleoptera sebagai tonggak kerajaan kumbang.

– Farhani dan rakan-rakannya akhirnya menyaksikan peristiwa pertabalan Puteri Coleoptera sebagai ketua kerajaan kumbang dalam majlis yang gilang-gemilang.

– Puteri Coleoptera berterima kasih atas bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh Farhani berlima. Puteri Coleoptera menghadiahi Farhani dan rakan-rakannya lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik.

– Sebagai balasan, Farhani menghadiahi Puteri Coleoptera sehelai sapu tangan merah jambu miliknya yang bersulam huruf ‘F’, Bara telah dihadiahi lampu suluh milik Haikal dan Dara Merah dihadiahi Endosulfan oleh Farhani.

– Puteri  Coleoptera  melantik  Bara  sebagai  penasihatnya, manakala Dara Merah pula dilantik sebagai komander tentera.

– Pada masa yang dijanjikan, akhirnya Dara Merah menghantar Farhani dan rakan-rakannya hingga ke gerbang dimensi yang menghubungkan mereka ke dunia di ruang bawah tanah berhampiran dusun datuk Farhani.

– Kim Yong menyatakan rasa seriknya yang pernah dikurung di dalam tabung uji tetapi dia mendapat pengajaran yang amat bermakna.

– Akhirnya, mereka berlima dapat kembali ke dunia manusia. Mereka berazam untuk tidak memburu serangga sebaliknya hanya menggunakan serangga plastik untuk ditempatkan di dalam zoo mini di sekolah nanti. Mereka juga berjanji tidak akan menceritakan kisah dan pengalaman yang telah mereka tempuhi mengenai kerajaan kumbang.

– Mereka mendapati lambang kerajaan kumbang yang dihadiahi oleh Puteri Coleoptera telah bertukar menjadi serdak berwarna putih perak.

Dipetik dari Intan Murni

– Farhani tiba di rumahnya pada waktu malam dan dari kejauhan dia dapat melihat bapanya duduk di sisi ibunya yang kesedihan. Farhani juga dapat melihat abangnya dan kereta milik kedua-dua kakaknya terparkir di depan rumah.

– Farhani memberikan salam banyak kali namun dia kecewa kerana tiada seorangpun ahli keluarganya yang dapat mendengar suaranya dan melihat kepulangannya itu.

– Farhani tergamam apabila mendengar bapa, ibu, abang dan kakaknya berbincang tentang kehilangannya sejak dua minggu sedangkan dia merasakan baru beberapa hari dia berada di dimensi kumbang.

– Farhani mendapati Kim Yong turut mengalami masalah yang sama. Farhani dan Kim Yong pergi menemui Haikal, Devnath dan Wei. Akhirnya mereka berjumpa dan ternyata mereka menghadapi masalah yang sama.

– Wei memberikan cadangan agar mereka kembali ke dimensi kerajaan kumbang untuk mencari penawar bagi mengembalikan diri mereka sebagai manusia asal.

– Setelah mereka mencapai kata muafakat, mereka kembali ke mahligai Puteri Coleoptera dan mereka berjaya menemui Bara. Bara membawa mereka berlima ke makmal untuk mengambil formula vaksin bagi meneutralkan serum yang telah mengubah diri Farhani dan rakan-rakannya menjadi halimunan.

– Wei menanyakan Bara sebab manusia lain tidak dapat melihat mereka sedangkan kumbang-kumbang dapat melihat mereka dengan jelas.

– Bara menjelaskan tujuan serum itu dicipta adalah untuk mengaburi penglihatan manusia terhadap kumbang ketika kumbang tersebut memasuki kebun-kebun atau hutan-hutan di dunia manusia.

– Farhani sanggup menanggung risiko untuk meminum formula vaksin itu walaupun formula itu belum pernah diuji kepada sesiapapun.

– Bara menghulurkan botol kecil berisi formula vaksin kepada setiap remaja itu dan berdoa agar formula itu bertindak positif ke atas mereka.

Dipetik dari Sinar Terang

– Farhani kembali ke rumahnya pada waktu subuh dan berharap formula yang diminumnya akan mengembalikan dirinya sebagai manusia dan bukanlah sebagai halimunan.

– Farhani mengetuk pintu beberapa kali sehingga akhirnya pintu rumah itu dibuka oleh ibunya, Puan Asmah. Mereka berdua bertangisan dan sesudah itu seluruh rumahnya menjadi terang-benderang apabila seorang demi seorang ahli keluarganya memeluk Farhani.

– Berita kepulangan Farhani dan empat orang sahabatnya tersebar ke merata ceruk bandar. Sekolah Menengah Seri Kencana kembali menjadi tumpuan anggota polis, guru, rakan-rakan dan pihak media yang mahu mendapatkan cerita eksklusif mengenai peristiwa kehilangan mereka.

– Farhani dan kawan-kawannya menjelaskan kepada pihak wartawan bahawa mereka sebenarnya tersesat di dalam hutan tetapi mereka tidak menceritakan kejadian sebenar yang menimpa mereka.

– Wei menjawab pertanyaan seorang wartawan bahawa mereka dapat mencari jalan keluar disebabkan kecekapan Devnath sebagai ahli pengakap yang mencari jalan keluar.

– Farhani menjelaskan bahawa mereka terpaksa makan buah-buahan dan pucuk-pucuk kayu sepanjang tempoh mereka tersesat di hutan dan atas ajaran bapanya yang banyak mengajar tentang ikhtiar hidup di dalam hutan.

– Farhani dan rakan-rakannya telah bersepakat dan berjanji untuk merahsiakan cerita sebenar tentang dimensi kumbang untuk mengelakkan kerajaan dimensi kumbang menjadi mangsa serakah nafsu manusia.

– Kim Yong meminta diri untuk pulang ke rumahnya untuk membebaskan kumbang-kumbang peliharaannya.

– Haikal dan rakan yang lain turut berminat ke rumah Kim Yong untuk membebaskan kumbang-kumbang peliharaannya.

– Kim Yong tekad untuk membebaskan semua kumbang peliharaannya agar semua kumbang itu dapat menikmati erti kebebasan sepenuhnya.

Dipetik dari Sinar Terang

Tema

Accordion Content

Kegigihan remaja berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan rintangan.

Farhani gigih berdepan dengan cabaran dan peristiwa seperti peristiwa dia ditawan oleh Komander Caucasus dan peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri ketika menjadi orang buruan tentera Komander Caucasus. Selain itu, kegigihan Farhani juga dapat dilihat berdasarkan peristiwa dia, Kim Yong, Dara Merah dan kunang-kunang berusaha membebaskan Puteri Coleoptera, Bara dan tiga orang rakannya, iaitu Haikal, Devnath dan Wei yang telah menjadi orang tawanan dan dipenjarakan oleh Komander Caucasus. Farhani  dan empat orang rakannya juga berusaha sedaya-upaya untuk kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Dipetik dari Guru Selamanya

Persoalan

Accordion Content

Perpaduan dalam kalangan generasi muda tanpa mengira perbezaan kaum dan agama

Farhani, Chea Mei, Haikal, Devnath, Wei dan Kim Yong merupakan generasi muda yang berbeza kaum yang berkawan baik bersatu padu.

Dipetik dari Guru Selamanya

Hubungan persahabatan tanpa mengenal latar belakang keturunan atau darjat seseorang

Farhani dan rakan-rakannya bersahabat baik dengan Puteri Coleoptra yang memberikan hadiah kepada mereka sebelum mereka kembali ke dunia manusia.

Dipetik dari Guru Selamanya

Keberanian mengadapi cabaran

Farhani dan rakan-rakanya tidak gentar berhadapan dengan cabaran ketika berhadapan dengan Komander Caucasus dan tenteranya yang sangat kuat.

Dipetik dari Guru Selamanya

Perasaan dendam membawa kerosakan kepada diri sendiri.

Komander Caucasus endendami manusia kerana banyak kumbang yang mati diracun dan dijadikan bahan uji kaji oleh manusia. Dendamnya ini menyebabkan dia bertindak kejam terhadap manusia dan kaumnya sendiri, sebagai akibatnya dia juga musnah pada akhirnya.

Dipetik dari Guru Selamanya

Bekerjasama dalam menentang kejahatan / kezaliman

Farhani dan rakan-rakannya bekerjasama dengan Bara dan Dara Merah bekerjasama menentang Komander Causasus yang zalim.

Dipetik dari Guru Selamanya

Semangat setia kawan yang tinggi membawa kebaikan bersama

Atas semangat setia kawan Haikal, Devnath dan Wei sanggup berhadapan dengan pelbagai ancaman untuk mencari Farhani yang telah hilang semasa mencari kumbang.

Dipetik dari Guru Selamanya

Keberanian menentang kekejaman / kezaliman

Farhani, Dara Merah dan Bara bersama mereka yang lain berani menentang Komander Caucasus yang kejam. Dia memenjarakan Puteri Coleopetra dan Bara kerana ingin merampas kuasa dan menjadi Maharaja Caucasus.

Dipetik dari Guru Selamanya

Rasa bersalah akibat kesombongan diri

Kim Yong sedar dan berasa bersalah atas kesombongan dirinya selama ini. Mujurlah rakan-raka sekelasnya bukan sahaja tidak ambil hati dan memulaukannya bahkan mereka menolongnya membebaskan diri daripada tawanan Komander Caucasus.

Dipetik dari Guru Selamanya

Perbezaan kehidupan dalam dimensi kumbang dengan dengan dunia manusia

Farhani dan Kim Yong dapat merasai dengan jelas perbezaan antara dimensi kumbang dengan dimensi manusia dari segi ketumpatan udara dan tempoh masa tempoh masa berlaku sesuatu kejadian atau peristiwa.

Dipetik dari Guru Selamanya

Ketamakan seseorang untuk berkuasa hingga mengancam nyawa orang lain

Puteri Coleoptera terpaksa menyembunyikan diri dan berpindah-randah akibat diburu sekaligus diancam bunuh oleh Komander Caucasus dan tenteranya yang tamak dan berhasrat untuk menjadi pemerintah kerajaan kumbang.

Dipetik dari Guru Selamanya

Keinginan untuk menakluki dunia dan menguasai orang lain

Komander Caucasus telah menawan damengurung Kim Yong di dalam tabung uji balang kaca dalam makmal rahsianya. Kim Yong dikurung kerana dia akan dijadikan bahan uji kaji bagi tujuan mencapai cita-cita Komander Caucasus yang mahu menguasai manusia dan menakluki dunia.

Dipetik dari Guru Selamanya

Kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak

Puan Lee, ibu Kim Yong dan Ibu bapa Farhani amat menyayangi anak, mereka amat bimbang dan sedih atas kehilangan Kim Yong dan Fahrani. Pelbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk mencari Farhani.

Dipetik dari Guru Selamanya

Sesetengah kejadian alam bersifat misteri hingga tidak terjangkau oleh akal manusia

Kewujudan alam kumbang dalam cerita ini menyedarkan manusia bahawa adanya alam lain. Dalam keadaan tertentu manusia dapat menemukan alam lain dan mengalami pelbagai peristiwa ganjil dan pelik.

Dipetik dari Guru Selamanya

Kepatuhan/kesetiaan pengikut kepada ketua atau pemimpin

Tentera kumbang amat patuh kepada ketua mereka, Komander Caucasus mereka patuh pada arahan pemimpin.  Begitu juga kumbang kaum Bara dan spesies kumbang Sang Ubi begitu patuh dan setia kepada pemompin mereka Puteri Coleoptra.

Dipetik dari Guru Selamanya

Kesungguhan mempertahankan budaya dan warisan bangsa

Nenek Chea Mei yang berketurunan Baba dan Nonya berbangga dengan warisan mereka.  Dia yang mahir pandai menyulam dan sentiasa memakai pakaian tradisional mereka baju kebaya.

Dipetik dari Guru Selamanya

Toleransi / saling memahami antara kaum

Devnath dan Wei  bertoleransi/memahami punca kelewatan Haikal datang di tempat mereka berkumpul kerana Haikal perlu menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.

Dipetik dari Guru Selamanya

Latar

Accordion Content

a) Pukul 2:30 Petang

– Sewaktu Mira keluar dari rumahnya dan terus menuju  ke dusun untuk mencari kumbang bersama Farhani.

b) Pukul 3:00 Petang

– Sewaktu Farhani menunggu kedatangan Mira dan Chea Mei di pinggir dusun milik datuknya.

c) Pukul 5:30 Petang

– Sewaktu Mira bersungut sendirian apabila dia mendapati kelibat sahabatnya,Farhani dan Chea Mei belum kelihatan di pinggir dusun milik datuknya.

d) 2 Jam

– Mira dan Chea Mei menunggu kehadiran Farhani selama 2 jam.

e) Waktu Malam

– Sewaktu Dara Merah mengambil botol kecil berisi ‘Endosulfan’ dari tangan Farhani.

f) Pukul 8:00 Malam

– Sewaktu ahli keluarga Chea Mei tiba di rumah Encik Adam.

g) Waktu Petang

– Farhani menunggu kawan-kawannya sebelum mereka mencari kumbang tetapi mereka lambat datang, Farhani mencari kumbang bersendirian pada sebelah petang.

Dipetik dari Guru Selamanya

a) Rumah Kim Yong

– Tempat Farhani dan rakan-rakannya menziarahi ibu Kim Yong setelah mendapat berita kehilangan Kim Yong.

b) Halaman Rumah Kim Yong

– Tempat terbinanya zoo mini kepunyaan Kim Yong yang menempatkan pelbagai spesies kumbang.

c) Rumah Farhani

– Tempat Mira dan Chea Mei menelefon keluarga masing-masing untuk memaklumkan mereka berada di sana.

d) Rumah Chea Mei

– Tempat nenek Chea Mei yang tekun menyulam manik-manik pada baju cheongsam berwarna merah yang akan di pakai anak lelakinya, James Ren.

e) Rumah Usang

– Tempat Haikal, Wei dan Devnath memasuki rumah itu untuk memasuki rumah itu untuk melihat dan meninjau keadaan sebenar di sana.

Dipetik dari Guru Selamanya

a) Masyarakat Penyayang

–  Puan Asmah, amat sayang akan Farhani, dia menangis tersesak-esak setelah mendapat laporan bahawa anaknya hilang sewaktu mencari kumbang di dusun bapanya.

b) Masyarakat Yang Rajin Menimba Ilmu Sains

– Farhani, Mira dan Chea Mei merupakan masyarakat pelajar yang rajin belajar semasa kelas mata pelajaran Sains yang diajarkan oleh Cikgu Salimah.

c) Masyarakat Yang Gigih Menghadapi Cabaran Dan Dugaan Dalam Kehidupan

– Farhani gigih berhadapan dengan berbagai-bagai-bagai cabaran dan dugaan semasa dia ditawan oleh Komander Caucasus, begitu juga dengan Kim Yong yang gigih berusaha menyelamatkan diri daripada dijadikan bahan ujian oleh Komander Caucasus di makmal ujian.

d) Masyarakat Yang Prihatin Terhadap Keselamatan Murid-Murid Sekolah

– Masyarakat setempat prihatin terhadap kehilangan Farhani dan Kim Yong. Berita kehilangan mereka mendapat liputan yang meluas dalam media massa dan pegawai daripada jabatan pelajaran dan kementerian pelajaran serta pegawai penyiasat polis.

e) Masyarakat Yang Menjalankan Tugas Dengan Penuh Dedikasi

– Cikgu Salimah merupakan guru yang mengajarkan mata pelajaran Sains dan guru kelas Satu Arif di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kencana menjalankan tugasnya dengan penuh dedekasi.

f) Masyarakat Berbilang Kaum Dan Agama Yang Bersahabat Baik Dan Saling Menghormati

– Devnath, Wei dan Haikal bersahabat baik. Mereka sahabat sekelas dan tinggal di kampung yang sama. Devnath dan Wei memahami keadaan Haikal yang terlewat tiba di tempat mereka berkumpul kerana Haikal perlu menunaikan solat Isyak terlebih dahulu.

Dipetik dari Guru Selamanya

Nilai

Accordion Content

(a)   Baik Hati

– Farhani dan rakan-rakan sekelasnya baik hati kerana mereka tetap menziarahi ibu Kim Yong yang bersedih atas kehilangan anaknya Kim Yong walaupun Kim Yong bersikap sombong

– Farhani baik hati, dia menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang enagi kepada Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama-sama dengan Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia yang dikuasai Komander Caucasus dan tenteranya.

(b) Kerjasama

– Farhani dan rakan-rakannya bekerjasama dengan Bara dan Dara Merah untuk menewaskan Komander Caucasus dan tenteranya.

(c) Bertanggung-jawab

– Farhani bertanggungjawab menjalankan kerja projek yang diberikan oleh guru mata pelajaran Sainsnya, iaitu mencari kumbang.

d) Kesabaran / Ketabahan

– Ibu bapa Farhani bersabar tabah berhadapan dengan kehilangan Farhani.

e) Berdikari

– Walaupun Farhani merupakan seorang gadis, dia berdikari dalam usahanya mencari kumbang di dusun milik datuknya bersama-sama dengan Mira dan Chea Mei tanpa meminta khidmat bantuan sama ada dari rakan lelaki sekelasnya, abangnya atau ayahnya.

f) Kebangaan Terhadap Warisan Bangsa

– Nenek Chea Mei sangat berbangga akan dirinya keturunan baba dan nyonya. Dia memakai pakaian tradisional yang diadaptasi daripada pakaian Melayu, iaitu kebaya nyonya.

g) Hemah tinggi (Sopan Santun)

– Puan Asmah berhemah tinggi. Dia melayani Mira dan Chea Mei yang berkunjung ke rumahnya dengan begitu mesra dan ramah.

h) Keberanian

– Dara Merah berani menyamar sebagai Dara Bintik untuk menundukkan Maharaja Caucasus yang gagah dan kuat walaupun Dara Merah hanyalah seekor kumbang betina.

Farhani berani mencari kumbang seorang diri di dalam hutan dan memasuki sebuah rumah yang sudah usang.

i) Kegigihan

– Farhani gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran dan rintangan seperti peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri daripada menjadi orang tawanan tentera Caucasus.

j) Kasih Sayang

– Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong sangat menyayangi anaknya. Dia amat bersedih dengan kehilangan anak tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu mencari kumbang di kawasan pinggir hutan di kampungnya.

k) Kerajinan

– Farhani rajin mencari maklumat berkaitan spesies kumbang melalui laman sesawang sebagai persediaan awal untuk memudahkan tugasannya mengenal pasti kepelbagaian spesies kumbang.

Dipetik dari Guru Selamanya

Gaya Bahasa

Accordion Content

Contohnya, Lampyridae; Chalcosoma Caucasus; Coccinellidae; Weevil; Chrysomelidae; dan Cicindelidae.

Dipetik dari Pantai Bersih

Contohnya, Insya-Allah; Alhamdulillah; Assalamualaikum.

Dipetik dari Pantai Besih

Contohnya, tuankubeta.

Dipetik dari Pantai Besih

Contohnya, sudah gaharu cendana pula; Bapa borek anak rintik.

Dipetik dari Pantai Besih

Contohnya; Bunyi ranting-ranting yang dipijak umpama muzik mengiringi langkah mereka.

Dipetik dari Pantai Besih

Contohnya, Cikgu, boleh tak kalau kita balik saja.

Dipetik dari Pantai Besih

Contohnya, Hilang? Hilang ke mana? Dia diculikkah? Diculik siapa?

Dipetik dari Pantai Besih

Contohnya, Ada butiran jernih yang hampir gugur dari matanya.

Dipetik dari Pantai Besih

Watak & Perwatakan

Accordion Content

  • Berusia 13 tahun dan merupakan anak bongsu daripada enam orang adik-beradik.
  • Murid Tingkatan Satu Arif dan bersekolah di Sekolah Menengah Seri Kencana.
  • Bapanya bekerja sebagai renjer hutan manakala ibunya seorang suri rumah.
  • Cekal dan tabah dalam mengharungi pelbagai dugaan.
  • Penyayang terhadap ahli keluarga.
  • Bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan oleh guru Sains.
  • Bijak mengatur strategi untuk menewaskan musuh.
  • Simpati akan kesusahan orang lain.
  • Taat akan ibu bapa.
  • Berani mengambil tindakan tanpa memikirkan keselamatan nyawa.
  • Mengenang budi terhadap orang yang berjasa.
  • Rajin mencari maklumat tambahan berkaitan pelbagai spesies kumbang yang akan dicarinya.
  • Pandai menyimpan rahsia.
  • Mengamalkan semangat bekerjasama.
  • Prihatin terhadap rakan sekelas.

Dipetik dari Sinar Terang

  • Ketua tentera kerajaan kumbang dan kumbang kepercayaan Maharaja Tanduk.
  • Berasal daripada kumbang spesies Chalcosoma Caucasus, iaitu mempunyai sesungut yang panjang dan berketinggian satu setengah meter.
  • Mempunyai pengikut setia yang terdiri daripada tentera kumbang daripada spesies yang sama.
  • Berpandangan jauh dan bercita-cita besar untuk menakluki dunia dan manusia.
  • Kejam dan zalim apabila berusaha menjadikan Kim Yong dan Farhani sebagai ‘tikus makmal’.
  • Tamak akan kuasa apabila bertindak merampas takhta kerajaan kumbang daripada Maharaja Tanduk.
  • Berpendirian tegas dalam membuat keputusan.
  • Pendendam terhadap manusia yang dianggap sebagai makhluk pembunuh kepada kaumnya.

Dipetik dari Sinar Terang

  • Anak tunggal kepada Puan Lee. Bapa kandungnya telah meninggal dunia.
  • Mempunyai seorang bapa tiri yang garang, iaitu Encik Kwok.
  • Pewaris tunggal kekayaan milik bapanya yang merupakan seorang hartawan.
  • Rakan sekelas Farhani di Tingkatan Satu Arif.
  • Ego, angkuh, dan enggan bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya.
  • Meminati serangga spesies kumbang.
  • Berhemah tinggi apabila dia mengucapkan terima kasih kepada Farhani.
  • Sedar akan kesilapan apabila dia memohon maaf daripada Farhani.
  • Mengamalkan semangat bekerjasama untuk menewaskan Komander Caucasus.

Dipetik dari Sinar Terang

  • Anak saudara Maharaja Tanduk dan merupakan pewaris takhta koloni kumbang selepas ayahandanya mangkat.
  • Merupakan seekor kumbang betina spesies Chrysomelidae yang memiliki cangkerang yang amat cantik berwarna kehijauan, berkilat dan bersesungut panjang.
  • Bertatatertib dan sopan.
  • Murah dengan senyuman apabila berbicara dengan Farhani walaupun baru pertama kali mereka bertemu.
  • Baik hati, iaitu Puteri Coleoptera mempelawa Farhani dan Kim Yong menjamu selera bersama-samanya.
  • Mengenang budi, iaitu menghadiahi Farhani dan rakan-rakannya lambang kebesaran kerajaan kumbang yang diperbuat daripada logam perak yang berukir cantik.
  • Bijak bertindak apabila sentiasa berpindah-randah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mengelakkan tempat tinggalnya dikesan oleh tentera Caucasus dan Komander Caucasus yang sedang giat memburunya.
  • Bersikap jujur dan berterus-terang, iaitu meluahkan rasa kesalnya tentang sikap tamak dan gila kuasa Komander Caucasus yang bercita-cita besar untuk menakluki dunia dan menguasai manusia.

Dipetik dari Sinar Terang

Pengajaran

Accordion Content

  • Kita hendaklah gigih menempuh sebarang cabaran dan rintangan. Contohnya, Farhani gigih berdepan dengan berbagai-bagai cabaran seperti peristiwa dia terpaksa menyelamatkan diri daripada menjadi orang tawanan tentera Caucasus dan peristiwa dia dan empat orang sahabatnya yang gigih berikhtiar untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat.
  • Kita mestilah menyayangi ahli keluarga kita. Contohnya, Puan Lee, iaitu ibu Kim Yong amat bersedih dengan kehilangan anak tunggalnya yang dilaporkan hilang sewaktu pergi mencari kumbang di kawasan pinggir hutan di kampungnya.
  • Kita hendaklah rajin membuat rujukan sebagai persediaan awal menghadapi satu-satu tugasan. Contohnya, Farhani rajin mencari maklumat berkaitan spesies kumbang melalui laman sesawang sebagai persediaan awal untuk memudahkan tugasannya mengenal pasti kepelbagaian spesies kumbang tersebut kelak.
  • Kita perlulah mengamalkan sikap baik hati sesama insan. Contohnya, Farhani menghulurkan air minuman yang diisi di dalam tempurung kelapa yang cantik kepada Kim Yong yang begitu dahaga dan keletihan sewaktu mereka tiba di sebuah hutan selepas melarikan diri bersama-sama dengan Bara dan Dara Bintik dari makmal rahsia.
  • Kita hendaklah mencintai dan berbangga akan budaya dan warisan bangsa. Contohnya, nenek Chea Mei sangat berbangga akan dirinya yang berketurunan baba dan nyonya. Dia mahir dalam ilmu sulaman dan sentiasa memakai pakaian tradisional yang diadaptasi daripada pakaian Melayu, iaitu kebaya nyonya.
  • Kita perlulah melayan tetamu yang datang ke rumah dengan sopan santun. Contohnya, Encik Adnan dan Puan Asmah melayani kunjungan Cikgu Salimah ke rumah mereka dengan begitu mesra dan ramah.
  • Kita hendaklah yakin akan kebolehan diri sendiri tanpa perlu bergantung pada orang lain. Contohnya, walaupun seorang gadis, Farhani berusaha mencari kumbang di dusun milik datuknya bersama-sama dengan Mira dan Chea Mei tanpa meminta khidmat bantuan sama ada daripada rakan lelaki sekelasnya, abang, atau ayahnya.

Dipetik dari Pantai Bersih

Binaan Plot

Accordion Content

Warga Sekolah Menengah Seri Kencana dan penduduk kampung dikejutkan dengan berita kehilangan Kim Yong yang keluar mencari kumbang di pinggir hutan di kampungnya. Pelbagai spekulasi tentang kehilangan Kim Yong telah dibuat. Farhani dan rakan-rakannya turut bersimpati dan bersedih atas kehilangan Kim Yong.

Dipetik dari Suria Pintar

Farhani, Chea Mei dan Mira telah bersepakat untuk mencari kumbang di dusun datuk Farhani. Disebabkan Farhani tiba awal di dusun datuknya, dia mengisi masa menunggu kedatangan rakannya dengan mencari kumbang terlebih dahulu sehingga membawanya jauh ke dalam dusun datuknya. Di dusun itu dia menemukan sebuah rumah usang. Farhani memasuki rumah usang itu. Dia menemukan anak tangga yang menuruni ke ruang bawah tanah hingga membawanya ke dimensi kerajaan kumbang.

Dipetik dari Suria Pintar

Ibu Farhani bersedih atas kehilangan Farhani. Peristiwa kehilangan Farhani dan Kim Yong yang dikaitkan dengan kejadian mereka keluar mencari kumbang telah menjadi perbualan masyarakat setempat dan seluruh rakyat Malaysia. Cikgu Salimah berasa bersalah atas kehilangan Farhani. Dia mengajak murid-muridnya menjejaki kehilangan misteri Farhani di dusun datuk Farhani.

Di dusun datuk Farhani, mereka telah menemukan sebuah rumah usang. Haikal, Devnath, dan Wei telah bertekad untuk kembali semula ke rumah usang itu pada malamnya untuk menjejaki kehilangan Farhani di ruang bawah tanah di rumah usang itu setelah mereka menemukan sapu tangan milik Farhani di situ.

Sementara itu, Farhani yang tersilap melangkah ke alam dimensi kumbang telah ditawan oleh tentera Komander Caucasus. Dia dibawa oleh kumbang Bara untuk menghadap Maharaja Tanduk di sebuah istana. Selepas itu, Farhani telah dikurung di dalam tabung uji di sebuah makmal rahsia yang akhirnya menemukannya dengan Kim Yong. Komander Caucasus dan tenteranya berniat jahat dengan cuba merampas takhta kerajaan kumbang daripada Maharaja Tanduk.

Dia mengarahkan tenteranya untuk memburu, menangkap dan membunuh Puteri Coleoptera dan para pengikutnya. Hal ini menyebabkan Puteri Coleoptera dan pengikut setianya terpaksa berpindah-randah untuk mengelakkan diri mereka menjadi mangsa kekejaman Komander Caucasus.

Puteri Coleoptera memohon bantuan mereka berdua untuk menumpaskan Komander Caucasus yang kejam dan tidak berhati perut itu. Sementara itu, Haikal, Devnath dan, Wei telah memasuki dimensi kerajaan kumbang menyebabkan mereka ditangkap oleh tentera kumbang Bara.

Dipetik dari Suria Pintar

Haikal, Devnath, dan Wei telah ditangkap sekali lagi dan ditawan oleh tentera Komander Caucasus bersama-sama dengan Puteri Coleoptera dan Bara, tetapi Farhani dan Kim Yong berjaya menyembunyikan diri masing-masing. Maharaja Caucasus yang telah menaiki takhta kerajaan kumbang dengan cara menggulingkan Maharaja Tanduk itu berasa amat marah apabila Kim Yong dan Farhani gagal ditangkap. Maharaja Caucasus mengarahkan tenteranya segera mencari Kim Yong dan Farhani yang amat diperlukan untuk dijadikan bahan uji kaji bagi mencapai impiannya menakluki dunia dan manusia.

Dipetik dari Suria Pintar

Pada suatu malam, Farhani, Kim Yong, Dara Merah, kunang-kunang, dan pengikut mereka telah melancarkan serangan dan ternyata mereka berjaya menewaskan Komander Caucasus yang kejam dan para tenteranya. Mereka juga berjaya membebaskan Puteri Coleoptera, Bara, Maharaja Tanduk dan tiga orang rakannya, Haikal, Wei dan Devnath dengan selamat. Komander Caucasus, Dara Bintik dan para tenteranya telah dipenjarakan. Puteri Coleoptera telah ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan kumbang yang baharu. Puteri Coleoptera terhutang budi atas kerjasama dan bantuan daripada Farhani dan empat orang rakannya.

Farhani dan empat orang rakannya telah dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. Namun begitu, mereka kecewa apabila kepulangan mereka tidak dapat dilihat oleh ahli keluarga masing-masing disebabkan mereka telah menjadi halimunan. Setelah kata sepakat diambil, Farhani dan empat orang rakannya telah kembali ke dunia kerajaan kumbang.

Setelah meminum serum yang diberikan oleh Bara, akhirnya mereka berjaya kembali menjadi manusia asal dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat. Berita kepulangan mereka telah mendapat liputan yang meluas daripada syarikat media cetak dan media elektronik. Namun begitu, mereka bersepakat untuk merahsiakan cerita sebenar mereka yang menjadi tawanan Komander Caucasus daripada kerajaan kumbang itu.

Dipetik dari Suria Pintar

Teknik Plot

Accordion Content

Contohnya, pengarang memerihalkan keadaan zoo mini kepunyaan Kim Yong yang menempatkan berbagai-bagai spesies kumbang.

Dipetik dari Suria Pintar

Contohnya, perbualan antara Puan Asmah, iaitu ibu Farhani dengan Mira dan Chea Mei ketika Mira dan Chea Mei berkunjung ke rumah Farhani. Dalam pertemuan itu, Mira menyatakan hajatnya dan Chea Mei untuk berjumpa dengan Farhani tetapi niat baik mereka itu telah mengundang perasaan hairan kepada Puan Asmah.

Dipetik dari Suria Pintar

Contohnya, Farhani teringat semula tentang kisah Puteri Balqis yang pernah diceritakan oleh Ustazah Hamizah.

Dipetik dari Suria Pintar

Contohnya, Farhani membayangkan tindakan Komander Caucasus yang akan meratah mentah-mentah dagingnya dan Kim Yong sekiranya misi yang diketuai oleh Bara itu menemui kegagalan dan mereka berjaya ditawan sekali lagi oleh Komander Caucasus itu.

Dipetik dari Suria Pintar

Contohnya, pembaca tertanya-tanya tentang tahap keselamatan Farhani dan kejadian yang bakal dialaminya sewaktu Farhani masuk ke dalam rumah usang di dalam kawasan dusun datuknya secara berseorangan pada pertama kalinya.

Dipetik dari Suria Pintar

Contohnya, pembaca tidak menyangka akan peristiwa Haikal yang terjumpa sapu tangan berwarna merah jambu berhuruf ‘F’ milik Farhani di ruangan bawah tanah rumah usang.

Pembaca juga tidak menyangka bahawa Haikal berani untuk menjejaki kehilangan Farhani bersama dengan Devnath dan Wei di ruangan bawah tanah rumah usang itu walaupun mereka sebenarnya tidak mengetahui kejadian sebenar dan bahaya yang bakal menunggu kedatangan mereka itu.

Dipetik dari Suria Pintar

Contohnya, Farhani bermonolog sendirian dengan memujuk dirinya bahawa dia bukanlah seorang penakut memandangkan dia merupakan anak kepada renjer hutan.

Dipetik dari Suria Pintar

Contoh Soalan & Skema Jawapan