Burung Nuri
Karya: Rahman Kaeh
Maksud Syair
SYAIR | MAKSUD |
RANGKAP 1 Bermula warkah surat rencana, Ikatan fakir yang sangat hina, Sajak dan nazam banyak tak kena, Daripada pendapat kurang sempurna. | Penyair ingin menyampaikan ideanya melalui syair walaupun sedar karyanya itu banyak kelemahan. |
RANGKAP 2 Gerangan sungguh amatlah leta, Perinya akal gelap-gelita, Hemat pun rendah daif berserta, Tambahan badan miskin dan nista. | Penyair secara rendah diri menyatakan bahawa dia serba kekurangan, pemikirannya yang tidak luas dan hidup dalam keadaan miskin. |
RANGKAP 3 Beribu ampun kiranya tuan, Atasnya hulu fakir nistawan, Daripada masyghul gundah merawan, Terperilah madah patik nin tuan. | Penyair memohon maaf atas kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam syair yang ditulis sewaktu dia dalam kesedihan itu. |
RANGKAP 4 Dituliskan sahifah supaya nyata, Barang yang ghairah di dalam cinta, Terfikir-fikir bukan menderita, Dakwat dan kertas tempat berkata. | Penyair menggunakan syair sebagai sebagai saluran meluahkan perasaan. |
RANGKAP 5 Sudahlah nasib untung yang malang, Mengambah lautan berulang-ulang, Mudaratnya bukan lagi kepalang, Senantiasa di dalam nasib dan walang. | Penyair menceritakan perjalanan hidupnya yang sering dirundung malang dan terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. |
RANGKAP 6 Hanyutlah badan ke sana ke mari, Segenap pesisir desa negeri, Bertambahlah pula sopan dan negeri, Santap nan tidak minum pun kari. | Penyair menceritakan kehidupannya yang tiada hala tuju dan terumbang-ambing hinggakan tidak makan dan minum. |
RANGKAP 7 Bangun terjunun badan suatu, Gundahlah fikir tiada tertentu, Laksana cermin jatuh ke batu, Remuk dan redam hancur di situ. | Penyair percaya bahawa kesedihan dan kekecewaan boleh mengakibatkan hidupnya musnah. |
RANGKAP 8 Remuk dan redam rasanya hati, Lenyaplah fikir budi pekerti, Jikalau kiranya hamba turuti, Daripada hidup sebaiknya mati. | Penyair sedar kekecewaan boleh menyebabkan seseorang itu bertindak di luar kawalan fikiran yang waras. Jika penyair menurut perasaannya lebih baik dia mati daripada hidup begitu. |
SAJAK
Bermula warkah surat rencana,
Ikatan fakir yang sangat hina,
Sajak dan nazam banyak tak kena,
Daripada pendapat kurang sempurna.
MAKSUD
Penyair ingin menyampaikan ideanya melalui syair walaupun sedar karyanya itu banyak kelemahan.
SAJAK
Gerangan sungguh amatlah leta,
Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nista.
MAKSUD
Penyair secara rendah diri menyatakan bahawa dia serba kekurangan, pemikirannya yang tidak luas dan hidup dalam keadaan miskin.
SAJAK
Beribu ampun kiranya tuan,
Atasnya hulu fakir nistawan,
Daripada masyghul gundah merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.
MAKSUD
Penyair memohon maaf atas kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam syair yang ditulis sewaktu dia dalam kesedihan itu.
SAJAK
Dituliskan sahifah supaya nyata,
Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.
MAKSUD
Penyair menggunakan syair sebagai sebagai saluran meluahkan perasaan.
SAJAK
Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.
MAKSUD
Penyair menceritakan perjalanan hidupnya yang sering dirundung malang dan terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.
SAJAK
Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.
MAKSUD
Penyair menceritakan kehidupannya yang tiada hala tuju dan terumbang-ambing hinggakan tidak makan dan minum.
SAJAK
Bangun terjunun badan suatu,
Gundahlah fikir tiada tertentu,
Laksana cermin jatuh ke batu,
Remuk dan redam hancur di situ.
MAKSUD
Penyair percaya bahawa kesedihan dan kekecewaan boleh mengakibatkan hidupnya musnah.
SAJAK
Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.
MAKSUD
Penyair sedar kekecewaan boleh menyebabkan seseorang itu bertindak di luar kawalan fikiran yang waras. Jika penyair menurut perasaannya lebih baik dia mati daripada hidup begitu.
Tema
Adab dalam kehidupan seseorang yang sering ditempuhi.
Ciri-Ciri Dan Bentuk Syair
1) Syair ini terdiri daripada 8 rangkap.
2) Baris bagi setiap rangkap adalah sama iaitu 4 baris serangkap.
3) Jumlah perkataan bagi sebaris adalah antara 3-6 patah kata.
4) Bilangan sukukata dalam sebaris adalah antara 10 hingga 13 suku kata.
5) Rima akhir syair ini ialah a,a,a,a.
6) Syair ini berbentuk terikat.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Persoalan
DARI RANGKAP 2
Gerangan sungguh amatlah leta,
Perinya akal gelap-gelita,
Hemat pun rendah daif berserta,
Tambahan badan miskin dan nista.
DARI RANGKAP 4
Dituliskan sahifah supaya nyata,
Barang yang ghairah di dalam cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.
DARI RANGKAP 5
Sudahlah nasib untung yang malang,
Mengambah lautan berulang-ulang,
Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Senantiasa di dalam nasib dan walang.
DARI RANGKAP 6
Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Santap nan tidak minum pun kari.
DARI RANGKAP 8
Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Jikalau kiranya hamba turuti,
Daripada hidup sebaiknya mati.
Gaya Bahasa
Segenap pesisir desa negeri,
Bertambahlah pula sopan dan negeri
(R6, B2 – B3)
Epifora ialah: Perulangan perkataan di akhir baris.
Laksana cermin jatuh ke batu,
(R7, B3)
Simile ialah: Gaya bahasa yang membandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan jelas.
Dituliskan sahifah supaya nyata (R4, B1)
(Sepatutnya: sahifah dituliskan supaya nyata)
Inversi ialah: Ayat songsang atau terbalik.
Sajak dan nazam banyak tak kena (R1, B3)
(tak – tidak)
Sinkope ialah: Ringkasan perkataan
Perinya akal gelap-gelita (R2, B2)
Masyghul (R3, B3)
(Maksud: Berasa sedih / dukacita)
Dipetik dari Cikgu Simile & Maksud Masyghul Dipetik Dari PRPM
Hanyutlah badan ke sana ke mari (R6, B1)
Repetisi ialah: Pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama.
Bermula warkah surat rencana (R1, B1)
(Perulangan huruf vokal a)
Asonansi ialah: Pengulangan vokal.
Dipetik dari Cikgu Simile & Maksud Asonansi Dari Blog Cikgu Ayu
Gundahlah fikir tiada tertentu (R7, B2)
(Perulangan huruf konsonan t)
Aliterasi ialah: Pengulangan konsonan.
Dipetik dari Cikgu Simile & Maksud Anafora Dari Blog Cikgu Ayu
Nilai Dan Pengajaran
Untuk pengguna telefon bimbit, table ini perlu “swipe” ke kiri untuk lihat keseluruhan table ini.
NILAI | PENGAJARAN | CONTOH |
Merendah diri. | Kita hendaklah mengamalkan sikap merendah diri supaya orang lain tidak membenci diri kita. | Gerangan sungguh amatlah leta, Perinya akal gelap-gelita, Hemat pun rendah daif berserta, Tambahan badan miskin dan nista
(Rangkap 2) |
Rasional. | Kita hendaklah rasional dalam membuat sesuatu tindakan agar tidak menyesal pada kemudian hari. | Remuk dan redam rasanya hati, Lenyaplah fikir budi pekerti, Jikalau kiranya hamba turuti, Daripada hidup sebaiknya mati.
(Rangkap 8) |
Ketabahan. | Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan. | Bangun terjunun badan suatu, Gundahlah fikir tiada tertentu, Laksana cermin jatuh ke batu, Remuk dan redam hancur di situ.
(Rangkap 7) |
Kegigihan. | Kita hendaklah gigih dan tidak berputus asa demi mendapat sesuatu yang kita inginkan. | Sudahlah nasib untung yang malang, Mengambah lautan berulang-ulang, Mudaratnya bukan lagi kepalang, Senantiasa di dalam nasib dan walang.
(Rangkap 5) |
Kredit Kepada Cikgu Rozita
No Comments Yet