Sentap Istiadat

Karya: Za'ba

Maksud Seloka

Accordion Content
SELOKAMAKSUD

RANGKAP 1

Santap beradat, santap istiadat,

Santap raja di majlis kebesaran,

Santap merai, hormat-menghormat;

Bukan santap hendakkan kenyang,

Santap santun dengan aturan.

Santap beradat merupakan istiadat santap raja dalam majlis kebesaran. Istiadat ini bertujuan menghormati dan meraikan tetamu. Tetamu yang hadir makan secara beradab dan bukanlah untuk mengenyangkan perut.

RANGKAP 2

Nasi disuap di tangan kanan,

Lauk dibinjat sopan siuman,

Sampai ke mulut mamah perlahan,

Tanda tidak gelojoh makan.

Selesai santap nasi 

Diiringkan seteguk minuman, 

Isyarat menghormat, mulia-memuliakan.

Berdasarkan adab dan tertib semasa makan, menyuap nasi mestilah menggunakan tangan kanan dan ambillah lauk dengan sopan. Makanan hendaklah dikunyah perlahan-lahan. Selesai makan nasi, barulah minum air.

RANGKAP 3

Santap nasi suap pertama,

Berturut dengan suap kedua;

Dua suap, ketiga sudah,

Keempatnya basuh tangan;

Kelima halwa juadah,

Keenam mengiring buah-buahan.

Pengarang memberikan peringatan agar makan nasi sekadar tiga suapan sebelum membasuh tangan. Kemudian, makanlah kuih-muih dan buah-buahan.

RANGKAP 4

Ketujuh berkumur-kumur,

Ke delapan makan sirih;

Kelat jatuh ke rengkungan,

Seri naik ke peroman.

Selepas makan hendaklah berkumur-kumur. Kemudian, makanlah sirih agar wajah kelihatan berseri-seri.

 RANGKAP 5

ltulah santap beradat kebesaran

Di dalam riwayat zaman yang silam.

Begitulah cara makan dalam majlis kebesaran pada zaman dahulu.

Dipetik dan diubahsuai dari Cikgu Simile

Accordion Content

SAJAK

Santap beradat, santap istiadat,

Santap raja di majlis kebesaran,

Santap merai, hormat-menghormat;

Bukan santap hendakkan kenyang,

Santap santun dengan aturan.

MAKSUD

Tema

Accordion Content

Adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis mengikut adat generasi zaman dahulu.

Dipetik dan diubahsuai dari Cikgu Simile

Ciri-Ciri Dan Bentuk Seloka

Accordion Content

1) Seloka ini terdiri daripada lima rangkap.

2) Jumlah baris dalam setiap rangkap adalah tidak sama.

     i) – Rangkap pertama mempunyai lima baris.

    ii) – Rangkap kedua mempunyai tujuh baris.

   iii) – Rangkap ketiga mempunyai enam baris.

   iv) – Rangkap keempat mempunyai empat baris.

    v) – Rangkap kelima mempunyai dua baris.

3) Jumlah perkataan dalam setiap baris adalah berbeza iaitu antara tiga hingga lima patah perkataan.

4) Jumlah suku kata tidak sama iaitu antara tujuh hingga lima belas suku kata sebaris

5) Setiap baris seloka merupakan maksud.

6) Seloka ini berbentuk bebas.

Dipetik dan diubahsuai dari Cikgu Simile

Gaya Bahasa

Accordion Content

RANGKAP 1 (B1 – B3)

Santap beradat, santap istiadat,

Santap raja di majlis kebesaran,

Santap merai, hormat-menghormat;

Anafora ialah: Pengulangan kata di depan baris.

Dipetik dari Cikgu Simile & Maksud Anafora Dari Blog Cikgu Ayu

RANGKAP 1 (B1)

Santap beradat, santap istiadat,

Repetisi ialah: Pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama.

Dipetik dari Cikgu Simile & Maksud Anafora Dari Blog Cikgu Ayu

Dituliskan sahifah supaya nyata (R1, B4)

(Sepatutnya: santap bukan hendakkan kenyang)

Inversi ialah: Pembalikan susunan kata.

Dipetik dari Cikgu Simile & Maksud Anafora Dari Blog Cikgu Ayu

Ketujuh berkumur-kumur

(Perulangan huruf vokal u)

Asonansi ialah: Pengulangan vokal.

Dipetik dari Cikgu Simile & Maksud Anafora Dari Blog Cikgu Ayu

Isyarat menghormat, mulia-memuliakan

(Perulangan huruf konsonan m)

Aliterasi ialah: Pengulangan konsonan.

Dipetik dari Cikgu Simile & Maksud Anafora Dari Blog Cikgu Ayu

Nilai, Persoalan Dan Pengajaran

Accordion Content

Untuk pengguna telefon bimbit, table ini perlu “swipe” ke kiri untuk lihat keseluruhan table ini.

NILAIPERSOALAN PENGAJARANCONTOH
Kesopanan.Persoalan adab sopan ketika makan.Kita hendaklah bersikap sopan dan beradab ketika sedang makan.Bukan santap hendakkan kenyang, Santap santun dengan aturan.

(R1, B4-5)
Kepatuhan.Mematuhi tatacara dan tertib semasa menjamu selera.Tetamu yang hadir hendaklah patuh dengan tatacara dan adab ketika makan.

Isyarat menghormat, mulia-memuliakan.

(R2, B7)

Kesederhanaan.Kesederhanaan ketika menjamu selera.Kita mestilah bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan atau mengikut hawa nafsu.

Santap nasi suap pertama,

Berturut dengan suap kedua;

Dua suap, ketiga sudah,

Keempatnya basuh tangan;

(R3, B1-4)

 Menghargai kehebatan masyarakat zaman silam yang beradab semasa makan.Kita hendaklah menghargai kehebatan masyarakat zaman silam yang beradab semasa makan.

ltulah santap beradat kebesaran

Di dalam riwayat zaman yang silam.

(R5, B1-2)

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Contoh Soalan

Accordion Content

Format .DOCX: Sila klik di sini

Format .PDF: Sila klik di sini

Kredit Kepada Cikgu Rozita