Senja Di Palang Besi
Karya: Pena Alam
Maksud Seloka
SAJAK | MAKSUD |
RANGKAP 1 Senja mula menangis remang membongkar sendu mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya berlari di celah jambangan bunga dedawai menari mengikat ramah kekosongan dalam kotak tidur sepi nan pedar hati. | Seorang banduan yang telah lanjut usianya menangis di dalam penjara mengenang nasib dirinya yang kesunyian. (Senja adalah simbol kepada usia yang sudah tua) |
RANGKAP 2 Pilu wajahmu sang senja yang dulu melakar bahagia kini merayap sayu membelai jemari malam dalam keterbuangan yang merangkum dalam keterasingan yang mencengkam dalam kesakitan yang membungkam. | Saat ini banduan tua itu berasa sedih dan terasing sedangkan pada suatu masa dahulu dia pernah hidup bahagia. |
RANGKAP 3 Tanpa pasir pantai atau silir angin rentet susun bibir palang besi dingin itu menjerut resah berteleku dalam hening bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan menghantar pergi erti keriuhan jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian hukuman terhebat hikayat kemanusiaan. | Kehidupan yang serba kekurangan itu memang amat menyiksakan. Namun banduan tua itu tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menghadapi hukuman atas kesalahan yang telah dilakukannya. |
Kredit Kepada Cikgu Rozita
SAJAK
Senja mula menangis
remang membongkar sendu
mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya
berlari di celah jambangan bunga
dedawai menari mengikat ramah kekosongan
dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.
MAKSUD
Seorang banduan yang telah lanjut usianya menangis di dalam penjara mengenang nasib dirinya yang kesunyian. (Senja adalah simbol kepada usia yang sudah tua)
Kredit Kepada Cikgu Rozita
SAJAK
Pilu wajahmu sang senja
yang dulu melakar bahagia
kini merayap sayu membelai jemari malam
dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam.
MAKSUD
Saat ini banduan tua itu berasa sedih dan terasing sedangkan pada suatu masa dahulu dia pernah hidup bahagia.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
SAJAK
Tanpa pasir pantai atau silir angin
rentet susun bibir palang besi dingin itu menjerut
resah berteleku dalam hening bernyanyi rakus
dalam kelu rasa keterkongkongan
menghantar pergi erti keriuhan
jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri
bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.
MAKSUD
Kehidupan yang serba kekurangan itu memang amat menyiksakan. Namun banduan tua itu tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menghadapi hukuman atas kesalahan yang telah dilakukannya.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Tema
Kesengsaraan dan kesunyian hidup seorang banduan di dalam penjara.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Ciri-Ciri Dan Bentuk Sajak
1) Terdiri daripada tiga rangkap.
2) i) – Rangkap pertama mempunyai enam baris.
ii) – Rangkap kedua mempunyai enam baris.
iii) – Rangkap ketiga mempunyai lapan baris.
3) Bilangan perkataan ialah antara tiga hingga lapan patah perkataan dalam sebaris.
4) Terdiri daripada tujuh hingga lapan belas suku kata sebaris.
5) Bentuknya bebas.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Gaya Bahasa
dalam keterasingan yang mencengkam (R2, B5)
dalam kesakitan yang membungkam (R2, B6)
Anafora ialah: Perulangan perkataan pada awal baris.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
dalam keterasingan yang mencengkam (R2, B5)
dalam kesakitan yang membungkam (R2, B6)
Responsif ialah: Perulangan kata di tengah baris.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Pilu wajahmu sang senja (R2, B1)
(mu adalah singkatan perkataan kamu)
Sinkope ialah: Singkatan perkataan.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Senja mula menangis (R1, B1)
Perfonifikasi ialah: Memberi sifat manusia kepada objek, benda atau konsep tertentu.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Kuntum-kuntum (R1, B3)
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Samudera jiwa (R3, B7)
Metafora ialah: Perbandingan secara langsung yang menggabungkan satu perkataan konkrit dengan perkataan abstrak.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Pilu wajahmu sang senja (R2, B1)
(Sepatutnya: wajahmu pilu sang senja)
Inversi ialah: Ayat songsat atau terbalik susunannya.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
yang dulu melakar bahagia (R2, B2)
(pengulangan bunyi huruf vokal a)
Asonansi ialah: Pengulangan bunyi huruf vokal.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Kini merayap sayu membelai jemari (R2, B2)
(Pengulangan huruf konsonan m)
Aliterasi ialah: Pengulangan bunyi huruf konsonan.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Nilai, Persoalan Dan Pengajaran
Untuk pengguna telefon bimbit, table ini perlu “swipe” ke kiri untuk lihat keseluruhan table ini.
NILAI | PERSOALAN | PENGAJARAN | CONTOH |
Keredaan. | Keredaan seorang banduan menjalani hukuman penjara. | Kita hendaklah reda dan tabah menempuhi ujian dalam hidup ini. | Banduan itu terpaksa reda menghadapi hukuman penjara walaupun hatinya terseksa. |
Keinsafan. | Insaf dengan kesilapan yang dilakukan. | Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang kita lakukan. | Banduan itu insaf dengan apa yang telah dilakukannya sehingga dia terpaksa menghadapi hukuman penjara. |
Kepatuhan. | Mematuhi undang-undang negara. | Kita hendaklah mematuhi undang-undang negaradengan tidak melakukan kesalahan jenayah. | Banduan tersebut telah dihukum penjara atas kesalahan yang telah dilakukannya. |
Rasional. | Berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu. | Kita hendaklah berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu. | Banduan tersebut terpaksa menhgadapi hukuman penjara kerana tidak berfikir secara rasional sebelum melakukan sesuatu. |
Kredit Kepada Cikgu Rozita
bolehkah saya dapat jawapan pada latihan itu?