Pesan Ibu Beribu-Ribu
Karya: Rahman Shaari
Maksud Sajak
SAJAK | MAKSUD |
RANGKAP 1 Kita ada ibu ibu kita satu pesanannya beribu-ribu. | Setiap anak mempunyai hanya seorang ibu namun seorang ibu banyak memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak. |
RANGKAP 2 Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu “Buat begini jangan begitu bacalah buku selalu kukuhkan diri dengan ilmu pilihlah kawan yang mulia hati tolaklah kawan pementing diri pilihlah kawan yang punya petunjuk tolaklah kawan bertabiat buruk.” Ibu yang satu menyekat kita di pintu bertanya ke mana arah tuju “Jagalah diri selalu di luar sana mungkin bencana menunggu.” Kita menjadi jemu mendengar pesanan beribu-ribu tapi ibu tetap ibu pesanan bertambah satu dan satu “Jangan dibiar kepala berkutu carilah ubat jerawat batu.” | Ibu sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ibu berpesan agar anaknya rajin membaca buku dan menuntut ilmu. Ibu juga berpesan supaya pilih kawan yang berakhlak mulia dan mempunyai jati diri, elakkan daripada memilih kawan yang mempunyai sifat pentingkan diri dan beperangai tidak baik. Ibu sentiasa mengingatkan anaknya supaya berhati-hati semasa keluar rumah kerana bimbang akan bahaya yang berlaku. Anaknya berasa jemu mendengar nasihat ibu yang semakin bertambah. Ibu juga berpesan agar anaknya menjaga penampilan diri dan kesihatan. |
RANGKAP 3 Suatu senja seorang temanku merintih kerana kehilangan kekasih kini baru disedarinya pilihan musang berbulu arnab biarpun menyamar cekap ada masa termasuk perangkap Si Bedul sudah ditangkap Si Bedul di dalam lokap. | Pada suatu hari kawan penyajak bersedih kerana ditinggalkan kekasihnya. Dia baru menyedari bahawa kekasihnya itu seorang penipu dan telah ditangkap serta dimasukkan ke dalam lokap. |
RANGKAP 4 Dia menyatakan kesalnya kerana dia alpa ibunya berpesan sejak dulu “Pilihlah kawan yang bermutu Jangan dipilih kawan berhantu.” Mengenangkan nasib temanku itu aku merindui pesanan ibu. Ya, pesanan ibu. | Kawan penyajak menyesal kerana melupakan pesanan ibunya yang supaya memilih kawan dengan betul. Selepas melihat apa yang berlaku kepada kawannya, penyajak terkenang akan pesanan-pesanan ibunya. |
RANGKAP 5 Ibu, kuyakini kau mengenali yang mana permata, yang mana kaca yang mana budaya, yang mana buaya berilah pesanan beribu-ribu malah berpuluh ribu aku tidak akan jemu ini janjiku kerana aku tahu sempurna seorang ibu dengan pesanan beribu-ribu | Penyajak kini akur bahawa ibu arif dalam menilai perkara baik dan buruk. Penyajak berjanji tidak akan jemu mendengar nasihat ibunya. Tanggungjawab ibu menjadi sempurna apabila telah memberi nasihat kepada anak-anaknya. |
Kredit Kepada Cikgu Rozita
SAJAK
Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu.
MAKSUD
Setiap anak mempunyai hanya seorang ibu namun seorang ibu banyak memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
SAJAK
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu
“Buat begini jangan begitu
bacalah buku selalu
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah kawan bertabiat buruk.”
Ibu yang satu menyekat kita di pintu
bertanya ke mana arah tuju
“Jagalah diri selalu
di luar sana mungkin bencana menunggu.”
Kita menjadi jemu
mendengar pesanan beribu-ribu
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu
“Jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu.”
MAKSUD
Ibu sentiasa memberi nasihat kepada anak-anaknya. Ibu berpesan agar anaknya rajin membaca buku dan menuntut ilmu. Ibu juga berpesan supaya pilih kawan yang berakhlak mulia dan mempunyai jati diri, elakkan daripada memilih kawan yang mempunyai sifat pentingkan diri dan beperangai tidak baik.
Ibu sentiasa mengingatkan anaknya supaya berhati-hati semasa keluar rumah kerana bimbang akan bahaya yang berlaku.
Anaknya berasa jemu mendengar nasihat ibu yang semakin bertambah.
Ibu juga berpesan agar anaknya menjaga penampilan diri dan kesihatan.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
SAJAK
Suatu senja
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.
MAKSUD
Pada suatu hari kawan penyajak bersedih kerana ditinggalkan kekasihnya. Dia baru menyedari bahawa kekasihnya itu seorang penipu dan telah ditangkap serta dimasukkan ke dalam lokap.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
SAJAK
Dia menyatakan kesalnya
kerana dia alpa
ibunya berpesan sejak dulu
“Pilihlah kawan yang bermutu
Jangan dipilih kawan berhantu.” Mengenangkan nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.
MAKSUD
Kawan penyajak menyesal kerana melupakan pesanan ibunya yang supaya memilih kawan dengan betul.
Selepas melihat apa yang berlaku kepada kawannya, penyajak terkenang akan pesanan-pesanan ibunya.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
SAJAK
Ibu,
kuyakini kau mengenali
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
berilah pesanan beribu-ribu
malah berpuluh ribu
aku tidak akan jemu
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu
MAKSUD
Penyajak kini akur bahawa ibu arif dalam menilai perkara baik dan buruk. Penyajak berjanji tidak akan jemu mendengar nasihat ibunya.
Tanggungjawab ibu menjadi sempurna apabila telah memberi nasihat kepada anak-anaknya.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Tema
Seorang ibu yang tidak pernah jemu berpesan dan memberi nasihat kepada anak kesayangannya.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Gaya Bahasa
yang mana permata, yang mana kaca (R5, B3)
yang mana budaya, yang mana buaya (R5, B4)
Anafora ialah: Perulangan perkataan pada awal baris.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Kuyakini kau mengenali (R5, B2)
(Ku adalah singkatan perkataan Aku)
(kau adalah singkatan perkataan Engkau)
Sinkope ialah: Singkatan perkataan.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Biarpun menyamar cekap (R3, B6)
(Sepatutnya: biarpun cekap menyamar)
Inversi ialah: Ayat songsat atau terbalik susunannya.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
yang mana permata, yang mana kaca (R5, B3)
yang mana budaya, yang mana buaya (R5, B4)
Responsif ialah: Pengulangan kata di tengah baris.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu (R2, B1)
Personifikasi ialah: Memberi sifat manusia kepada objek, benda atau konsep tertentu.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Beribu-ribu.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Carilah ubat jerawat batu – Rangkap 2
(Perulangan bunyi vokal a)
Asonansi ialah: Pengulangan bunyi huruf vokal.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Jangan dipilih kawan berhantu – Rangkap 2
(Perulangan bunyi konsonan n)
Aliterasi ialah: Pengulangan bunyi huruf konsonan.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Ciri-Ciri Dan Bentuk Sajak
1) Terdiri daripada lima rangkap.
2) i) – Rangkap pertama mempunyai tiga baris.
ii) – Rangkap kedua mempunyai lapan belas baris.
iii) – Rangkap ketiga mempunyai sembilan baris.
iv) – Rangkap keempat mempunyai lapan baris.
v) – Rangkap kelima mempunyai sepuluh baris.
3) Bilangan perkataan ialah antara satu hingga enam patah perkataan dalam sebaris.
4) Terdiri daripada lima hingga enam belas suku kata sebaris.
5) Bentuknya bebas.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Nilai, Persoalan Dan Pengajaran
Untuk pengguna telefon bimbit, table ini perlu “swipe” ke kiri untuk lihat keseluruhan table ini.
NILAI | PERSOALAN | PENGAJARAN | CONTOH |
Kasih sayang. | Kasih sayang ibu terhadap anak. | Seorang ibu hendaklah menyayangi anak-anaknya. | Ibu tidak jemu memberi beribu-ribu nasihat kepada anak-anak kerana menyayangi mereka. |
Keprihatinan. | Keprihatinan ibu terhadap anak-anaknya. | Ibu hendaklah sentiasa prihatin terhadap anaknya. | Ibu sentiasa menasihati anak-anak dalam semua hal kerana dia prihatin terhadap mereka. |
Waspada / Berhati-hati. | Berhati-hati dalam memilih kawan. | Kita hendaklah berhati-hati memilih kawan agar tidak tertipu. | “Pilihlah kawan yang bermutu. Jangan dipilih kawan berhantu.” (R4, B4-5) |
Kerajinan. | Kerajinan dalam menuntut ilmu. | Kita hendaklah rajin menuntut ilmu. | Bacalah buku selalu (R2, B3-4) |
Tanggungjawab. | Tanggungjawab Ibu dalam membimbing anak-anaknya. | Ibu hendaklah menjalankan tanggungjawab membimbing anak-anaknya dengan sempurna. | Tanggungjawab ibu menjadi sempurna apabila telah memberi nasihat kepada anak-anaknya. |
Kredit Kepada Cikgu Rozita
No Comments Yet