Kijang Yang Lelah
Karya: Wan Marzuki Wan Ramli
Maksud Sajak
SAJAK | MAKSUD |
RANGKAP 1 Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba Dia tidak lagi mampu menobat takhta Mengorak telapak di tanah menghijau. | Kehidupan kijang tua yang semakin hilang kekuasaan dan dia terasa yang dia kini semakin dipinggirkan. |
RANGKAP 2 Saat itu Sebak menyentap dahan kalbu Dedaun resah mula berguguran Pepohon batin akhirnya tumbang Akarya menguncup di perdu harap. | Pada ketika itu sang kijang berasa sedih. Keyakinan diri mula pudar, manakala kekuatan dalam dirinya juga tewas. Harapan untuk bertahan kini semakin tipis. |
RANGKAP 3 Hari ini Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki Menghambat waktu yang bersisa Walau dalam jera lelah Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga. | Sang kijang masih berusaha untuk kembali gagah dalam sisa usia yang sedikit. |
RANGKAP 4 Bimbang tersadung akar dan jerat Sang kijang lebih berhati-hati menapak Meski dalam peribadi yang keruh Diredah belantara yang mula teduh Nun jauh di batas nuraninya Dia tetap menjinjing tekad dan tabah terus mengorak penuh berhemah dengan akal dan hati dia tidak lagi gundah menyusun gerak dan langkah. | Sang kijang berjalan berhati-hati bagi mengelakkan dirinya terkena jerat dan tersandung akar. Sang kijang tetap meneruskan perjalanannya di dalam hutan walaupun kudratnya lemah. Sang kijang berazam akan meneruskan perjalanan walau terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran. Setiap cabaran yang dihadapinya akan diselesaikan dengan fikiran dan akal yang waras . |
Kredit Kepada Cikgu Rozita
SAJAK
Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak telapak di tanah menghijau.
MAKSUD
Kehidupan kijang tua yang semakin hilang kekuasaan dan dia terasa yang dia kini semakin dipinggirkan.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
SAJAK
Saat itu
Sebak menyentap dahan kalbu
Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Akarya menguncup di perdu harap.
MAKSUD
Pada ketika itu sang kijang berasa sedih. Keyakinan diri mula pudar, manakala kekuatan dalam dirinya juga tewas. Harapan untuk bertahan kini semakin tipis.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
SAJAK
Hari ini
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki
Menghambat waktu yang bersisa
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.
MAKSUD
Sang kijang masih berusaha untuk kembali gagah dalam sisa usia yang sedikit.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
SAJAK
Bimbang tersadung akar dan jerat
Sang kijang lebih berhati-hati menapak
Meski dalam peribadi yang keruh
Diredah belantara yang mula teduh
Nun jauh di batas nuraninya
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah
terus mengorak penuh berhemah
dengan akal dan hati
dia tidak lagi gundah
menyusun gerak dan langkah.
MAKSUD
Sang kijang berjalan berhati-hati bagi mengelakkan dirinya terkena jerat dan tersandung akar. Sang kijang tetap meneruskan perjalanannya di dalam hutan walaupun kudratnya lemah. Sang kijang berazam akan meneruskan perjalanan walau terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran. Setiap cabaran yang dihadapinya akan diselesaikan dengan fikiran dan akal yang waras.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Tema
Keperitan hidup seekor kijang tua dalam meneruskan kehidupan.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Ciri-Ciri Dan Bentuk Sajak
1) Terdiri daripada empat rangkap.
2) i) – Rangkap pertama mempunyai empat baris.
ii) – Rangkap kedua mempunyai lima baris.
iii) – Rangkap ketiga mempunyai lima baris.
iv) – Rangkap keempat mempunyai sepuluh baris.
3) i) – Rangkap pertama mempunyai empat baris.
ii) – Rangkap kedua mempunyai lima baris.
iii) – Rangkap ketiga mempunyai lima baris.
iv) – Rangkap keempat mempunyai sepuluh baris.
4) Terdiri daripada empat hingga tujuh belas suku kata sebaris.
5) Bentuknya bebas.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Gaya Bahasa
– dahan kalbu (R2, B2)
– Pepohon batin (R2, B4)
– perdu harap (R2, B5)
– batas nurani (R4, B5)
Metafora ialah: Bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata bandingan. Terdiri daripada unsur konkrit dan abstrak.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
– Sebak menyentap dahan kalbu (R2, B2)
Personafikasi ialah: Memberi sifat manusia kepada objek, benda atau konsep tertentu.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
– Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema (R1, B1)
Hiperbola ialah: Menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
– Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema (R1, B1)
(Pengulangan bunyi huruf vokal a)
Asonansi ialah: Pengulangan bunyi huruf vokal
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Nilai, Persoalan Dan Pengajaran
Untuk pengguna telefon bimbit, table ini perlu “swipe” ke kiri untuk lihat keseluruhan table ini.
*R = Rangkap (Contoh: R4 = Rangkap 4)
*B = Baris (Contoh: B6 = Baris 6)
NILAI | PERSOALAN | PENGAJARAN | CONTOH |
Ketabahan. | Ketabahan dalam menghadapi dugaan hidup. | Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan hidup. | Dia tetap menjinjing tekad dan tabah. (R4, B6) |
Berwaspada / Berhati-hati. | Sikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu. | Kita hendaklah bersikap berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. | Bimbang tersadung akar dan jerat, Sang kijang lebih berhati-hati menapak. (R4, B1-2) |
Keredaan. | Reda menerima reality bahawa usia tua akan menghilangkan kekuatan fizikal. | Kita hendaklah reda menerima realiti bahawa ketuaan akan menghilangkan kekuatan fizikal. | Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah rimba Dia tidak lagi mampu menobat takhta. (R1, B2-3) |
Rasional. | Berfikir secara rasional dalam menempuhi cabaran dan rintangan. | Kita hendaklah berfikir secara rasional ketika membuat keputusan. | terus mengorak penuh berhemah dengan akal dan hati. (R4, B7-8) |
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Saya faham sedikit cikgu.
Haha bagus! 😀