Bintang
Karya: Siti Zaleha M. Hashim
Maksud Sajak
SAJAK | MAKSUD |
RANGKAP 1 Suatu malam aku duduk di halaman rumah kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit yang terbentang aku ingin terbang ke sana membawa pulang bintang-bintang tentu ibu gembira tentu ayah bahagia melihat rumah ini penuh dengan cahaya. | Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumah sambil melihat keindahan bintang-bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke sana dan mengutip bintang-bintang itu untuk dibawa pulang agar dapat membuat ibu gembira dan ayah bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya bintang tersebut. |
RANGKAP 2 Tetapi kata ibu itu tidak perlu ayah sudah ada bintang begitu juga ibu rumah sudah bercahaya begitu juga jiwa mereka bintang itu adalah aku bintang hati ayah dan ibu. | Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu berbuat demikian kerana ayah dan ibu penyajak sudah mempunyai bintang yang bercahaya di rumah dan dalam jiwa mereka. Hal ini demikian kerana penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya. |
Kredit Kepada Cikgu Rozita
SAJAK
Suatu malam aku duduk
di halaman rumah
kulihat cantiknya bintang-bintang
menghias langit yang terbentang
aku ingin terbang ke sana
membawa pulang bintang-bintang
tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya.
MAKSUD
Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumah sambil melihat keindahan bintang-bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke sana dan mengutip bintang-bintang itu untuk dibawa pulang agar dapat membuat ibu gembira dan ayah bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya bintang tersebut.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
SAJAK
Tetapi kata ibu
itu tidak perlu
ayah sudah ada bintang
begitu juga ibu
rumah sudah bercahaya
begitu juga jiwa mereka
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.
MAKSUD
Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu berbuat demikian kerana ayah dan ibu penyajak sudah mempunyai bintang yang bercahaya di rumah dan dalam jiwa mereka. Hal ini demikian kerana penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Tema
Kasih sayang antara anak dan ibu bapa.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Gaya Bahasa
RANGKAP 1
tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia
Anafora ialah: Perulangan perkataan pada awal baris.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
RANGKAP 1
kulihat cantiknya bintang-bintang
(Ku adalah singkatan perkataan Aku)
Sinkope ialah: Singkatan perkataan.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
RANGKAP 1
tentu ibu gembira (Sepatutnya: ibu tentu gembira)
RANGKAP 1
tentu ayah bahagia (Sepatutnya: ayah tentu bahagia)
Inversi ialah: Ayat songsat atau terbalik susunannya.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
RANGKAP 1
Kulihat cantiknya bintang-bintang
(Pengulangan bunyi huruf vokal a)
Asonansi ialah: Pengulangan bunyi huruf vokal.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
RANGKAP 1
Membawa pulang bintang-bintang
(Pengulangan huruf konsonan n)
Aliterasi ialah: Pengulangan bunyi huruf konsonan.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Ciri-Ciri Dan Bentuk Sajak
1) Terdiri daripada dua rangkap.
2) Rangkap pertama mempunyai sepuluh baris dan rangkap kedua mempunyai lapan baris.
3) Bilangan perkataan ialah antara tiga hingga lima patah perkataan dalam sebaris.
4) Terdiri daripada enam hingga sepuluh suku kata sebaris.
5) Bentuknya bebas.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Nilai, Persoalan Dan Pengajaran
Untuk pengguna telefon bimbit, table ini perlu “swipe” ke kiri untuk lihat keseluruhan table ini.
NILAI | PERSOALAN | PENGAJARAN | CONTOH |
Kasih sayang. | Kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga. | Kita hendaklah menyayangi keluarga kita. | Penyajak ingin terbang ke langit untuk mengambil bintang-bintang supaya dapat menggembirakan ibu dan ayahnya kerana dia sangat menyayangi mereka. |
Mengenang jasa. | Menghargai jasa ibu bapa dengan membuat mereka gembira. | Kita hendaklah menghargai jasa ibu dan bapa dengan membuat mereka gembira. | Penyajak ingin membuat ibu dan bapanya gembira |
Berfikiran rasional. | Berfikiran rasional dalam tindakan. | Kita hendaklah berfikiran rasional dalam tindakan | Ibu bapa penyajak berfikir secara rasional dengan beranggapan |
Kesyukuran. | Bersyukur terhadap anugerah Tuhan. | Kita hendaklah bersyukur terhadap anugerah Tuhan. | Keluarga penyajak bersyukur dengan kebahagiaan keluarga mereka |
Senang guna website nie. Tq, min!
Ye sama-sama! 😀
Terima kasih
Sama-sama! 😀
Memang best. Tapi takder ting 1 dan 2 lorr..
Terima kasih~! Haa betul, takda lagi tingkatan 1 dan 2. Kalau ada masa, saya akan bubuh~
Adakah jawapan untuk latihan ini?