Bahagia Sesudah Derita
Sipnosis
Si Miskin dan isterinya meminta sedekah di negeri Anta Beranta. Mereka pergi ke istana Maharaja Indera Dewa tetapi dihalau oleh Betara Angkasa Indera Dewa. Pengikut baginda telah melempar Si Miskin dan isteri dengan kayu dan batu yang menyebabkan badan pasangan suami isteri itu bengkak dan cedera. Selepas kejadian itu, mereka melarikan diri ke dalam hutan. Keesokan harinya, pasangan suami itu telah pergi ke kawasan kampung. Penduduk kampung telah mengusir mereka dengan kayu menyebabkan mereka melarikan diri ke pasar. Mereka menerima nasib yang sama apabila dilempar dengan kayu dan batu.
Si Miskin dan isterinya menyelongkar sampah untuk mencari makanan di tempat pembuangan sampah. Mereka menemukan sebiji ketupat basi dan buku tebu. Mereka makan ketupat dan tebu itu kerana terialu lapar. Sebenarnya, Si Miskin ialah seroang raja kayangan yang disumpah Betara Guru atas kesalahan membawa isterinya ke bumi tanpa memberitahunya.
Melihat isterinya yang sakit, Si Miskin masuk ke dalam hutan untuk mencari ubat dan pucuk kayu untuk dimakan. Tidak lama selepas itu, isterinya telah hamil tiga bulan dan mengidam hendak makan buah mangga. Si Miskin pergi ke sebuah kedai menjual buah-buahan lalu meminta buah yang telah dibuang daripada peniaga itu. Hal ini telah menyebabkan peniaga-peniaga itu berasa amat kasihan kepadanya lalu memberikan buah, juadah, nasi dan kain. Namun, si isteri menangis lagi kerana dia masih mengidam buah mangga yang ditanam dalam taman raja.
Si suami terus berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa untuk menyatakan hasratnya meminta sebiji buah mangga. Setelah mendengar permintaan itu, baginda menyuruh orangnya memberikan setangkai buah mangga kepada Si Miskin itu. Buah mangga itu telah dibawa pulang lalu diberi kepada isterinya. Selang tiga hari, si isteri mengidam lagi hendak makan buah nangka di taman raja. Sekali lagi dia telah berjumpa dengan Maharaja Indera Dewa untuk menyatakan tujuannya tetapi hanya meminta sehelai daun nangka. Namun begitu, baginda telah memberikan sebiji buah nangka kepada si miskin itu.
Nasib Si Miskin semakin bertuah kerana dia juga memperoleh pelbagai barang daripada peniaga di pasar. Setelah beberapa bulan, isterinya pun bersalin seorang putera yang diberikan gelaran Marakarma. Semasa Si Miskin menggali tanah untuk membina pondok, dia terjumpa tempayan yang banyak mengandungi emas. Dia menjual emas yang ditemuinya itu kepada saudagar. Nasib Si Miskin berubah menjadi orang kaya.Si Miskin yang memangku anaknya itu berseru agar kawasan hutam rimba itu dijadikan sebuah negeri yang dilengkapi istana, pembesar, hulubalang, dan rakyat. Si Miskin menjadi raja dengan gelaran Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya pula digelar Tuan Puteri Ratna Dewi.
Maharaja Indera Angkasa seorang raja yang adil dan pemurah. Tidak lama kemudian, isterinya, Tuan Puteri Ratna Dewi hamil dan melahirkan seorang puteri yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Kelahiran puteri disambut penuh dengan adat istiadat selama empat puluh hari empat puluh malam.
Teknik Plot
Contohnya, Maka titah baginda, “Apakah yang digemparkan di luar itu?” Maka sembah segala raja-raja, “Ya, tuanku Syah Alam, orang melempari Si Miskin, Tuanku.”
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Contohnya, Maka suaminya pun menangis terkenang untungnya tatkala ia lagi menjadi raja keinderaan itu…
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Contohnya, Si Miskin hairan apabila peniaga-peniaga di pasar memberi pelbagai barangan kepadanya sedangkan dia pernah dibaling dengan batu dan kayu ketika cuba menhgampiri pasar itu dahulu.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Contohnya, Si Miskin memohon kepada Maharaja Indera Dewa, sebiji buah mempelam dari taman raja.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Contohnya, Maka segala bunyi-bunyian pun dipalu oranglah terlalu ramainya. Maka baginda pun keluar ke balairung memberi persalinan akan segala raja-raja, menteri, hulubalang dan rakyat sekalian masing-masing dengan kadarnya.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Binaan Plot
Pasangan suami isteri yang miskin telah mencari rezeki dengan meminta sedekah di negeri Anta Beranta.
Pasangan ini pergi ke istana Maharaja Indera Dewa. Namun begitu, mereka telah diusir oleh Betara Angkasa Indera Dewa dan dilempar dengan batu serta kayu oleh orang di istana itu hingga menyebabkan badan pasangan itu bengkak dan berdarah. Mereka melarikan diri ke dalam hutan. Pasangan suami isteri itu akhirnya mengambil keputusan untuk tinggal di kawasan pembuangan sampah. Mereka makan ketupat basi dan buku tebu sahaja.
Maharaja Indera Dewa telah memberi setangkai buah mangga dan sebiji buah nangka kepada Si Miskin itu. Begitu juga dengan peniaga-peniaga yang lain telah banyak memberi barangan keperluan harian kepada pasangan itu. Semasa membina pondok, Si Miskin telah menjumpai tajau berisi emas. Setelah Marakarma lahir, dia telah menyeru kuasa anaknya itu untuk membina kota yang lengkap. Si Miskin telah menjadi raja dan digelar Maharaja Indera Angkasa manakala isterinya Tuan Puteri Ratna Dewi.
Kehidupan pasangan ini amat bahagia dan lahir pula seorang puteri, iaitu Tuan Puteri Nila Kesuma. Baginda telah mengadakan acara keramaian selama empat puluh hari empat puluh malam.
Tema
Kesabaran dan kecekalan pasangan suami isteri menempuh pelbagai dugaan dan kesusahan dalam meneruskan kehidupan.
Watak Dan Perwatakan
1) Suami Tuan Puteri Ratna Dewi.
2) Berasal dari raja keinderaan.
3) Disumpah oleh Betara Guru kerana membawa isteri turun ke bumi tanpa memberitahunya.
4) Seorang yang miskin sebelum menjadi seorang raja.
5) Seorang yang tabah mengharungi cabaran hidup dalam kemiskinan.
6) Seorang yang sayang akan isteri.
7) Maharaja Indera Angkasa juga merupakan seorang yang bijak.
1) Isteri Maharaja Indera Angkasa.
2) Berasal dari raja keinderaan.
3) Disumpah menjadi miskin oleh Betara Guru kerana mengikut suaminya turun ke bumi.
4) Seorang yang tabah mengharungi cabaran hidup dalam kemiskinan.
5) Tuan Puteri Ratna Dewi juga seorang yang setia akan suaminya.
6) Seorang yang mementingkan diri sendiri.
1) Salah seorang raja di negeri Anta Beranta.
2) Seorang yang tidak berperikemanusiaan.
Latar
1) Petang – Si Miskin berada di tempat pembuangan sampah.
2) Malam – Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.
3) Tiga bulan – Selepas makan buku tebu dan ketupat, Isteri Si Miskin mengandung.
4) Empat puluh hari empat puluh malam – Majlis meraikan kelahiran Tuan Puteri Nila Kesuma.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
1) Negeri Antah Beranta – Si Miskin meminta sedekah dan mencari rezeki.
2) Hutan – Si Miskin dan isterinya tidur di hutan setelah dihalau penduduk kampung.
3) Di Pasar – Tempat Si Miskin dan Isterinya dihina dan dilempar kayu.
4) Tempat pembuangan sampah – Si Miskin menemukan ketupat dan buku tebu.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
1) Masyarakat yang tabah – Si Miskin dan isterinya tabah apabila mereka dihina, diusir, dan dilempar dengan batu dan kayu oleh pembesar istana serta penduduk kampung semasa mereka hendak meminta makanan.
2) Masyarakat yang penyayang – Si Miskin amat sayang akan isterinya dan sanggup memenuhi segala permintaan isterinya.
3) Masyrakat yang baik hati – Maharaja Indera Dewa sangat baik hati dan telah memperkenankan permintaan Si Miskin yang inginkan mempelam dan nangka.
4) Masyarakat yang tidak berperikemanusiaan – Orang di pasar telah membaling dan memukul Si Miskin dengan kayu kerana dia berpakaian compang-camping.
5) Masyarakat yang pemurah – Peniaga-peniaga di pasar berasa amat kasihan kepada Si Miskin lalu memberikan buah, juadah, nasi dan kain kepadanya.
6) Masyarakat yang bertanggungjawab – Si Miskin bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal untuk isterinya.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Gaya Bahasa
– Suaminya melihatkan laku bininya seperti orang hendak mati rupanya.
– Rupa kainnya carik-carik berjurai-jurai seperti ubur-uburlah rupanya.
Maka ada yang memberi buah,
ada yang memberi juadah;
ada yang memberi nasi,
ada yang memberi kain,
ada yang memberi buah-buahan.
– Hancurlah segala anggotaku.
Nilai, Persoalan Dan Pengajaran
NILAI | PERSOALAN | PENGAJARAN | CONTOH |
Ketabahan | Ketabahan dalam menempuhi dugaan hidup. | Kita hendaklah tabah dalam menempuhi dugaan hidup. | Si Miskin dan isterinya tabah apabila mereka dihina, diusir, dan dilempar dengan batu dan kayu oleh pembesar istana serta penduduk kampung semasa mereka hendak meminta makanan. |
Kasih sayang | Kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. | Kita mestilah sayang akan ahli keluarga kita. | Si Miskin amat sayang akan isterinya dan sanggup memenuhi segala permintaan isterinya. |
Baik hati | Kemuliaan hati seorang raja. | Kita hendaklah membantu orang yang dalam keadaan susah. | Maharaja Indera Dewa sangat baik hati dan telah memperkenankan permintaan Si Miskin yang inginkan mempelam dan nangka. |
Tanggung-jawab | Tanggungjawab suami terhadap ahli keluarga. | Seorang suami hendaklah menjaga kebajikan ahli keluarganya. | Si Miskin bertanggungjawab menyediakan tempat tinggal untuk isterinya. |
Berperikemanusiaan | Sikap tidak berperikemanusiaan. | Kita hendaklah prihatin dan membantu golongan yang susah. | Orang di pasar telah membaling dan memukul Si Miskin dengan kayu kerana dia berpakaian compang-camping. |
Belas kasihan | Sikap belas kasihan terhadap golongan miskin. | Kita hendaklah bersikap belas kasihan terhadap orang lain. | Peniaga-peniaga di pasar berasa amat kasihan kepada Si Miskin lalu memberikan buah, juadah, nasi dan kain kepadanya. |
Kredit Kepada Cikgu Rozita
best website ni ! lagi senang 👍 keep it up 😊