Tenang-Tenang Air Di Tasik

Karya: Norhashimah Hashim

Sipnosis

Accordion Content

    Drama ini dimulakan dengan tindakan Muzafar memberitahu ibunya tentang kesanggupannya melatih  sekumpulan peserta cacat penglihatan mengendalikan kayak dengan betul sebelum mereka menyertai ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai. Ibunya tidak bersetuju kerana bimbang akan keselamatan anak tunggalnya itu. Ibu Muzafar bimbang tindakan anaknya itu akan menambahkan beban dan menyusahkannya kelak.

    Walaubagaimanapun, Muzafar bertegas untuk melatih peserta-peserta itu memandangkan ramai pekerja di tempat peranginannya yang bercuti. Muzafar juga berjanji untuk menjaga keselamatan diri sepanjang empat hari tiga malam dia berada di tempat peranginan tersebut. Azizi berasa hairan apabila Muzafar menceritakan kisah ibunya yang melarangnya melatih kumpulan orang cacat penglihatan sedangkan ibu Muzafar sebenarnya merupakan seorang wanita yang disegani sebagai seorang pemimpin wanita yang unggul, berfikiran terbuka, dan berpandangan jauh. Namun, Azizi memujuk Muzafar dengan alasan ibunya terlalu menyayanginya sehingga menyebabkan dia berasa bimbang dan bertindak sedemikian.

Dipetik dari Blog Cuit-Cuit Bahasa

    Para pekerja di Permai Resort menyambut kedatangan kumpulan peserta cacat penglihatan itu dengan baik dan mesra. Kumpulan itu terdiri daripada 36 orang tetapi enam orang daripadanya berpenglihatan normal. Selepas para peserta berehat, Azizi dan Muzafar mula menerangkan, memberi tunjuk ajar dan melatih para peserta tersebut tentang cara-cara berkayak dengan betul dan cara-cara memberi serta mendapatkan pertolongan seandainya kayak terbalik. Mereka dibantu oleh beberapa orang sukarelawan seperti Nurul, Haris, dan Chee Keong.

Dipetik dari Blog Cuit-Cuit Bahasa

    Pada malamnya, Azizi bersembang dengan Muzamir di beranda chalet. Dalam perbualan mereka, Muzamir melahirkan rasa gembiranya dan berterima kasih kepada Azizi dan Muzafar kerana dia akhirnya berpeluang merasai pengalaman berkayak. Hal ini demikian kerana Muzamir berasa kecewa terhadap rakan-rakan sepejabatnya yang memandang rendah dan memperkecilkan keupayaannya sebagai orang kelainan upaya. Lantaran itulah, dia berusaha untuk mengatur ekspedisi berkayak tersebut untuk membuktikan keupayaannya berkayak seperti orang yang normal. Dia berasa bersyukur dan gembira apabila pihak pengurusan tempat peranginan itu bersedia menerima kehadiran mereka.

    Seterusnya, Nurul dan Azizi bercerita tentang peristiwa ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai yang telah ditempuhi oleh mereka. Nurul mengucapkan terima kasih kepada Azizi dan Muzafar yang banyak memberikan tunjuk ajar dan membantu pasukannya sepanjang ekspedisi tersebut. Azizi juga berterima kasih kepada Nurul, Haris dan Chee Keong yang turut membantu untuk memudahkan ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai pada siang itu. Azizi juga memperoleh pengajaran dan menyatakan kekagumannya terhadap Nurul, Haris dan Chee Keong yang mempunyai darjah kesabaran yang tinggi dalam mengajar dan membimbing rakan-rakannya yang cacat penglihatan sehingga mereka mampu berkayak dengan begitu baik.

 

Dipetik dari Blog Cuit-Cuit Bahasa

    Dalam perbualan dengan Haris, dan Nurul, Muzafar dapat mengetahui kisah sedih Muzamir yang berasal dari sebuah keluarga ternama dan kaya di Kelantan tetapi diserahkan kepada keluarga angkat di Johor ketika berusia tiga bulan disebabkan dia dilahirkan cacat penglihatan.

Dipetik dari Blog Cuit-Cuit Bahasa

    Muzafar membelek mukanya di hadapan cermin untuk melihat persamaannya dengan Muzamir. Azizi menegaskan bahawa Muzafar dan Muzamir banyak mempunyai persamaan dari segi wajah dan perawakan.

Dipetik dari Blog Cuit-Cuit Bahasa

    Muzafar pulang ke rumah setelah aktiviti ekspedisi berkayak di Tasik Permai selama empat hari tiga malam bersama Muzamir dan rakan-rakannya tamat. Ibu Muzafar bersyukur apabila anaknya, Muzafar pulang ke rumah dengan selamat. Muzafar memujuk ibunya ke studio untuk menonton rakaman ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai bersama-sama para peserta cacat penglihatan tersebut. Sewaktu tayangan video itu, Ibu Muzafar tergamam apabila melihat persamaan yang ada pada Muzafar dan Muzamir.

    Muzafar berasa hairan apabila ibunya tidak mahu meneruskan tontonan video peserta-peserta ekspedisi berkayak di Tasik Permai. Muzafar juga mula sangsi akan status dirinya sebagai anak tunggal apabila melihat reaksi ibunya yang seolah-olah menyimpan suatu rahsia selepas mengetahui latar belakang Muzamir. Muzafar bercerita kepada Azizi tentang perasaannya sewaktu dia membantu Muzamir akibat kayaknya terbalik. Muzafar juga menitiskan air mata sewaktu mereka bersalaman dan berpelukan sebelum Muzamir berangkat pulang.

Dipetik dari Blog Cuit-Cuit Bahasa

Teknik Plot

Accordion Content

MUZAMIR masuk ke dalam bahagian pertama pentas yang berlatarbelakangkan sebuah tasik yang bernama Tasik Permai. MUZAMIR berdiri di tepi tasik sambal bermonolog sendiri. Lampu fokus kepada MUZAMIR.

(Halaman 66)

Dipetik dari BMF3KTTSI

MUZAFAR: Saya nak ajak mak pergi ke tempat peranginan saya bekerja.

IBU: Tak naklah, Zafar. Mak dah selalu benar ke sana.

MUZAFAR: Saya bukan nak ajak mak bersiar-siar dekat sana.

(Halaman 80)

Dipetik dari BMF3KTTSI

MUZAMIR: Aduhai tasik! Damai sungguh hati ini apabila merasa kedinginan airmu. Ah! Tenteramnya jiwa ini mendengar airmu mengalir kencang. Tetapi, setenang itukah hati kami yang datang bertandang ke mari?

(Halaman 66)

Dipetik dari BMF3KTTSI

MUZAFAR: Tapi, apabila mengenangkan pandangan sayu mak sewaktu saya berangkat pagi tadi… (sebak).

(Halaman 66)

Dipetik dari BMF3KTTSI

AZIZI: Kalau Zam dan kawan-kawan dapat mengekalkan prestasi seperti siang tadi serta mengikut arahan abang dan Zafar, Insya Allah, Tasik Permai akan dapat Zam dan kawan-kawan takluki.

(Halaman 68)

Dipetik dari BMF3KTTSI

Binaan Plot

Accordion Content

Ilustrasi Binaan Plot

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Muzafar memberitahu ibunya dia akan melatih sekumpulan peserta cacat penglihatan untuk berkayak dengan betul sebelum mereka menyertai ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai. Ibu Muzafar tidak bersetuju dengan tindakannya kerana tindakannya itu akan menambahkan beban dan menyusahkannya kelak.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Para pekerja di Permai Resort menyambut kedatangan kumpulan peserta yang cacat penglihatan dengan baik dan mesra. Mereka terdiri daripada 36 orang tetapi enam orang daripadanya berpenglihatan normal. Keesokannya, Azizi dan Muzafar mula memberi tunjuk ajar dan melatih peserta tersebut tentang cara-cara berkayak dengan betul. Azizi dan Muzafar dibantu oleh beberapa orang sukarelawan seperti Nurul dan Haris.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Muzamir meluahkan rasa kecewanya terhadap rakan-rakan sepejabatnya yang memandang rendah dan memperkecilkan keupayaannya disebabkan dia merupakan orang kelainan upaya. Lantaran itulah, dia berusaha untuk mengatur ekspedisi berkayak tersebut untuk membuktikan keupayaannya berkayak seperti orang yang normal. Dia berasa bersyukur dan sangat gembira apabila pihak pengurusan tempat peranginan itu bersedia menerima kehadiran mereka. Muzafar mengetahui kisah sedih Muzamir yang berasal dari sebuah keluarga yang ternama dan kaya di Kelantan tetapi diserahkan kepada keluarga angkat di Johor ketika dia berusia tiga bulan disebabkan dia dilahirkan cacat penglihatan. Muzafar pulang ke rumah setelah program selama empat hari tiga malam bersama-sama dengan Muzamir dan rakan-rakannya tamat.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Muzafar memujuk ibunya ke studio untuk menonton rakaman ekspedisi berkayak merentasi Tasik Permai oleh para peserta yang cacat penglihatan tersebut. Ibu Muzafar tergamam apabila melihat persamaan yang ada pada Muzafar dan Muzamir melalui tayangan video yang ditayangkan itu.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Muzafar berasa hairan apabila ibunya tidak mahu meneruskan tontonan video peserta-peserta ekspedisi berkayak di Tasik Permai. Muzafar juga mula sangsi akan status dirinya sebagai anak tunggal apabila melihat reaksi ibunya yang seolah-olah menyimpan suatu rahsia dan selepas dia mengetahui latar belakang Muzamir. Muzafar menceritakan kepada Azizi tentang suatu perasaan lain yang dirasainya sewaktu dia membantu Muzamir apabila kayaknya terbalik. Muzafar juga menitiskan air mata sewaktu mereka bersalaman dan berpelukan sebelum Muzamir berangkat pulang.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Tema

Accordion Content

Sikap prejudis segelintir ahli masyarakat terhadap golongan OKU (orang kurang upaya)

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Nilai, Persoalan Dan Pengajaran

Accordion Content

Untuk pengguna telefon bimbit, table ini perlu “swipe” ke kiri untuk lihat keseluruhan table ini.

NILAIPERSOALAN PENGAJARANCONTOH
Hemah tinggi.Berhemah dan bersopan terhadap orang lain.Kita hendaklah berhemah dan bersopan terhadap orang lain tanpa mengira kedudukan.Azizi dan Muzafar menyambut kedatangan sekumpulan peserta yang cacat penglihatan ke Permai Resort dengan mesra dan sopan.
Kasih sayang.Kasih sayang ibu terhadap anak.Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.

Ibu Muzafar tidak mengizinkan anaknya melibatkan diri dalam melatih  para peserta yang cacat penglihatan itu kerana bimbang akan keselamatan anaknya.

Kesyukuran.Bersyukur atas kurniaan Tuhan.Kita hendaklah bersyukur terhadap kurniaan Tuhan.

Ibu Muzafar bersyukur kerana anaknya selamat kembali ke rumah.

Kegigihan.Gigih mempelajarari ilmu yang baharu tanpa mengira kekurangan diri.Kita hendaklah gigih mempelajari ilmu yang baharu tanpa menjadikan kekurangan diri sebagai alasan.

Muzamir gigih berlatih cara-cara berkayak dengan betul sebelum dia dan rakan-rakannya melakukan ekspedisi berkayak di Tasik Permai.

Kerjasama.Kerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti.Kita hendaklah bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti.

Muzaffar, Azizi dan Haris bekerjasama melatih dan mengajar  para peserta mengenai cara berkayak yang betul.

 Keberanian.Keberanian melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan.Kita hendaklah berani melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan untuk kebaikan bersama.

Muzafar berani melatih peserta yang cacat penglihatan berkayak kerana yakin akan kemampuan dirinya walaupun dihalang oleh ibunya.

Tanggungjawab.Bertanggungjawab melaksanakan tugas yang diberi.Kita hendaklah bertanggung-jawab melaksanakan tugas yang diberi.

Azizi dan Muzafar bertanggungjawab mengajar para peserta cara-cara memberi dan mendapatkan pertolongan sekiranya berlaku peristiwa kayak terbalik.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Watak Dan Perwatakan

Accordion Content

Watak Utama


1) Anak tunggal dalam keluarga.

2) Dia mempunyai wajah dan perawakan yang seiras dengan Muzamir.

3) Bapanya sudah meninggal dunia manakala ibunya bekas seorang pegawai.

4) Bekerja di sebuah tempat peranginan yang bernama Permai Resort.

5) Amanah dan bertanggungjawab.

6) Rasional dan berpendirian tegas dalam membuat keputusan.

7) Penyayang.

8) Gigih dalam melakukan sesuatu perkara.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Watak Sampingan


 

1) Sebaya dan seiras dengan Muzafar dari segi wajah dan perawakan.

2) Berasal daripada sebuah keluarga yang kaya dan ternama di Kelantan tetapi ketika berusia tiga bulan, dia telah diserahkan kepada keluarga angkat di Johor disebabkan dia dilahirkan buta.

3) Gigih menjalani latihan berkayak.

4) Mengenang budi.

5) Tabah dengan kecacatan matanya yang buta itu.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Watak Sampingan


 

1) Balu yang kematian suami.

2) Seorang yang pandai bergaya moden.

3) Mantan pegawai dan kini bergiat aktif dalam pertubuhan sukarela Jawatankuasa Kaum Ibu.

4) Seorang wanita yang disegani sebagai seorang pemimpin wanita yang unggul, berfikiran terbuka, dan berpandangan jauh.

5) Penyayang.

6) Pandai menyimpan rahsia.

7) Bersifat pilih kasih dalam membesarkan anak-anak.

8) Mementingkan status dan maruah keluarga.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Latar

Accordion Content

1) Waktu pagi.

2) Waktu siang.

3) Waktu malam.

4) Empat hari tiga malam.

 

Dipetik Dari Bayu Permata

1) Rumah batu mewah.

2) Tasik Permai.

3) Pekarangan Permai Resort.

4) Studio, Permai Resort.

 

Dipetik Dari Bayu Permata

1) Masyarakat yang mengamalkan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam melaksanakan tugas.

2) Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarganya.

3) Masyarakat yang berani melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan sebenar seseorang.

4) Masyarakat yang bekerjasama dan bantu-membantu dalam menjayakan ekspedisi berkayak.

5) Masyarakat golongan berada dan ternama yang mementingkan kedudukan dan maruah keluarga.

6) Masyarakat golongan kelainan upaya yang gigih mempelajari ilmu baharu untuk membuktikan keupayaan diri yang sebenar.

7) Masyarakat yang bertanggungjawab dalam memikul tugas.

8) Masyarakat yang berhemah tinggi.

 

Dipetik Dari Bayu Permata

Gaya Bahasa

Accordion Content

– Insya-Allah.

– Assalamualaikum.

Dipetik dari BMF3KTTSI

– Rafting.

– Commando rescue.

– Water confidence.

Dipetik dari BMF3KTTSI

Contoh: Diserbu oleh rasa sayu.


Personifikasi ialah: Memberi sifat manusia kepada objek, benda atau konsep tertentu.

Dipetik dari BMF3KTTSI

Contoh: Lautan mimpi.


Metafora ialah: Perbandingan secara langsung yang menggabungkan satu perkataan konkrit dengan perkataan abstrak.

Dipetik dari BMF3KTTSI

Contoh: Mak nak ke mana tu? Tunggulah dulu. Kan rakaman video ni belum habis ditayangkan?


Sinkope ialah: Singkatan perkataan.

Dipetik dari BMF3KTTSI

Contoh: Perasan awak pemuda paling kacak, paling tampan.


Repetisi ialah: Pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama.

Dipetik dari BMF3KTTSI

– Tak ada beban, batu digalas.

– Mati akal.

– Ambil hati.

– Sampai hati.

– Jantung hati.

Dipetik dari BMF3KTTSI

Contoh: – Dia berpendirian macam wanita kolot pula.


Simile ialah: Gaya bahasa yang membandingkan sesuatu benda, keadaan atau suasana dengan jelas.

Dipetik dari BMF3KTTSI

Contoh Soalan & Skema Jawapan