Sekeping Tanah

Karya: A. Rahman C.M.

Sipnosis

Accordion Content

    Hisyam dan abangnya, Harun berbincang tentang tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di bandar. Hisyam mencadangkan tanah pusaka itu diuruskan sebaik-baiknya manakala Harun pula mencadangkan tanah pusaka itu dijual dan wangnya dibahagi tiga dengan Halimah, kakak Hisyam. Hisyam memberitahu abangnya bahawa dia dan Halimah tidak bersetuju tanah pusaka itu dijual. Sebaliknya, mereka mahu membangunkan tanah itu dengan pembinaan kondo mewah. Harun tidak bersetuju dengan hasrat adiknya mahu menubuhkan syarikat keluarga kerana faktor kewangan dan menghina Hisyam yang tidak berkelulusan tinggi.

    Dengan perasaan rendah diri, Hisyam mengakui bahawa dia tidak pandai tetapi dia yakin bahawa kakaknya, Halimah boleh menguruskan syarikat tersebut. Mereka berdua telah bersetuju untuk menubuhkan syarikat keluarga tersebut. Harun menambah bahawa menguruskan syarikat keluarga memeningkan kepala. Hisyam pula menyatakan bahawa menguruskan anak-anak pun memeningkan kepada. Harun teringatkan dua orang anak lelakinya yang banyak menimbulkan masalah. Anaknya, Saleh terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah, manakala Musa terjebak dalam kegiatan lumba haram. Sementara itu, ketiga-tiga orang anak Hisyam beijaya melanjutkan pengajian mereka ke universiti. Pengurusan kondo tempat tinggal Hisyam di atas tanah yang terhad menginspirasikannya untuk memajukan tanah pusaka orang tua mereka. Harun pula tetap dengan keputusannya mahu menjual tanah tersebut.

    Selepas Hisyam gagal memujuk abangnya untuk mengekalkan tanah pusaka itu, pada malamnya, dia telah ke rumah pusaka untuk menemui kakaknya, Halimah. Hisyam memberitahu tentang kedegilan abangnya yang mendesaknya supaya menjualkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Selepas perbincangan diadakan, Hisyam dan Halimah bersepakat untuk membangunkan tanah yang terletak di bandar itu tetapi mereka merahsiakan hal itu daripada pengetahuan abangnya, Harun. Bagi melicinkan proses untuk membangunkan tanah pusaka itu, mereka telah menubuhkan sebuah syarikat atas nama Binajaya Sdn. Bhd. dan melantik seorang peguam untuk membeli tanah pusaka mereka yang telah dijual itu sebelum dibangunkan semula.

    Sebulan kemudian, Harun, Hisyam dan Halimah menurunkan tandatangan menjual tanah pusaka dengan harga RM6,625,000.00 kepada Binajaya Sdn. Bhd. di hadapan pegawai pentadbiran tanah dan seorang peguam. Harun gembira menerima cek bernilai RM2,650,000.00. Begitu juga dengan Hisyam yang menerima jumlah yang sama dan Halimah pula menerima RM 1,325,000.00. Rumah pusaka bapa mereka telah didermakan kepada sebuah keluarga di Sungai Pencala.

    Pada minggu itu juga tertegak papan tanda bahawa di atas tapak tanah itu akan dibina sebuah kondo mewah setinggi 25 tingkat. Hati Harun terdetik apabila melihat nama adiknya, Hisyam bin Sulaiman tertera pada papan kenyataan tapak kondo itu sebagai pengurus Binajaya Sdn. Bhd. Namun begitu, dia tidak membuat apa-apa tindakan kerana ingin melihat dahulu perkembangannya dan berfikir mungkin nama itu bukan adiknya.

    Setelah tiga tahun setengah, Kondo Jaya berjaya didirikan, Sebahagian besar pembeli mengambil kunci pada hari itu. Harun ingin melihat pemilik kondo tersebut. Mata Harun terbeliak apabila melihat adiknya, Hisyam dan Halimah menyerahkan kunci kepada pembeli. Wajah Hisyam dan Halimah kelihatan puas dan gembira. Harun berundur dari situ sambil memendam rasa. 

    Pada malamnya, Harun telah menelefon Hisyam untuk meluahkan rasa kecewanya kerana ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya. Hisyam menjelaskan perkara yang sebenar kepada abangnya, berhubung pembinaan Kondo Jaya di atas tapak tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Harun berasa terpukul dengan tindakannya tiga tahun setengah yang lalu.

    Kemudian, Hisyam menemui kakaknya. Pada pertemuan itu Hisyam mendapat khabar anak Harun, Musa telah dituduh membunuh dalam keghairahannya dengan kegiatan mat rempit. Hisyam terkejut. Menurut Halimah lagi, sikap Harun yang membiarkan kegiatan anaknya telah menjadi faktor berlakunya kejadian tersebut. Hisyam seterusnya menyerahkan jawatan pengurus syarikat kepada kakaknya. Dia mahu memandu teksi semula. 

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Teknik Plot

Accordion Content

Pengarang menerangkan atau menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Pertuturan antara dua watak atau lebih.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Mengenang semula peristiwa yang pernah dialaminya.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Bercakap sendirian atau seorang diri Monolog dalaman- bercakap di dalam hati

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Peristiwa dalam cerita yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu di kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Binaan Plot

Accordion Content

Hisyam berhasrat ingin membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayahnya di bandar kerana memikirkan potensi tanah pusaka itu.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Hisyam berbincang dengan abangnya, Harun dan kakaknya, Halimah berhubung cadangannya untuk membangunkan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka di bandar. Namun begitu, Harun tidak bersetuju dengan cadangan Hisyam yang dianggap menyusahkan dan rumit. Harun bertegas meminta Hisyam menjual tanah pusaka itu. Sementara itu, Hisyam dan Halimah bersepakat menjual tanah pusaka itu tetapi kemudiannya membeli tanah itu semula untuk dibangunkan.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Harun tergamam apabila mengetahui bahawa adiknya, Hisyam dan Halimah yang sebenarnya menguruskan projek pembinaan Kondo Jaya itu. Mereka menyerahkan kunci rumah kediaman kepada para pembeli. Harun berasa dirinya ditipu dan dipermainkan oleh adik-adiknya.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Hisyam menjelaskan perkara yang sebenar kepada abangnya, Harun berhubung pembinaan Kondo Jaya di atas tapak tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka itu. Hisyam menyerahkan jawatan pengurus Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. kepada Halimah. Halimah bersetuju untuk menerima jawatan tersebut. Hisyam pula bercadang untuk memandu teksi kerana kerjaya itu sudah sebati dengan kehidupannya.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Tema

Accordion Content

Konflik adik beradik yang tercetus disebabkan oleh tanah pusaka.

Contoh: Harun tidak sependapat dengan adik beradiknya kerana dia mahu menjual tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka sedangkan Hisyam dan Halimah telah bersepakat untuk membangunkan tanah tersebut.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Persoalan

Accordion Content

Contoh: Walaupun berpendidikan tinggi, Harun tidak dapat menguruskan hartanya dengan baik seperti adiknya Hisyam yang hanya bekerja sebagai pemandu teksi.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Contoh: Dua orang anak lelaki Harun iaitu Saleh telah terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah, manakala Musa pula terjebak dalam kegiatan lumba haram.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Contoh: Halimah dan Hisyam cuba menjaga perasaan Harun kerana amat menyayangi abang mereka itu.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Contoh: Harun dan Hisyam masing-masing mendapat RM 2,650,000.00 manakala Halimah pula menerima RM 1,325,000.00 daripada hasil jualan tanah pusaka ayah mereka. Pembahagian ini adalah menepati hukum agama Islam.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Contoh: Hisyam dan Halimah berani mengambil risiko membina kondominium di atas tanah pusaka ayah mereka walaupun Harun mahu menjual tanah tersebut.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Watak Dan Perwatakan

Accordion Content

Watak Utama


1) Anak bongsu daripada tiga beradik.

2) Bekerja sebagai pemandu teksi di sebuah bandar raya.

3) Mempunyai tiga orang anak, iaitu Zaki, Linda dan Nora.

4) Patuh akan arahan dan pesanan abang sulungnya.

5) Bersikap rasional dan berpandangan jauh dalam membuat keputusan.

6) Berhemah tinggi.

7) Penyayang terhadap ahli keluarganya.

8) Bersikap amanah dan jujur ketika dia menguruskan Syarikat Binajaya Sdn. Bhd.

9) Merendah diri.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Watak Sampingan


 

1) Anak sulung daripada tiga beradik.

2) Bapa kepada dua orang anak lelaki, Saleh dan Musa.

3) Penyayang dan bertanggungjawab terhadap anak-anaknya.

4) Bijak berhujah.

5) Berpendirian tegas.

6) Bersifat sensitif.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Watak Sampingan


 

1) Anak kedua daripada tiga beradik.

2) Dia bertugas sebagai pengurus sebuah bank. Selepas meletakkan jawatannya di bank, dia menjadi pengurus baharu Syarikat Binajaya Sdn. Bhd.

3) Berpengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan.

4) Patuh akan arahan abangnya.

5) Berhemah tinggi apabila berbicara dengan abangnya.

6) Bijak dan teliti dalam melakukan kerja.

7) Berpandangan jauh.

8) Prihatin dan bersimpati terhadap kesusahan abangnya.

9) Amanah dalam memikul tanggungjawab untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. daripada adiknya, Hisyam.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Latar

Accordion Content

1) Waktu petang

2) Waktu tengah hari

Contoh: Hisyam dan kakaknya mahu makan tengah hari.

3) Waktu malam 

– Contoh: Hisyam berbincang dengan kakaknya mengenai pembinaan syarikat.

4) Sebulan selepas urusan pinjaman bank diluluskan.

5) Setelah tiga tahun setengah

– Contoh: Penyerahan kunci Kondo Jaya kepada para pembeli.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

1) Rumah Harun.

2) Rumah Halimah.

3) Rumah Hisyam.

4) Pejabat Tanah.

5) Sebidang tanah pusaka di bandar.

6) Kondo Jaya.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

1) Masyarakat yang bijak merancang masa depan

– Contoh: Halimah dan Hisyam tidak mahu menjual tanah pusaka mereka sebaliknya telah membina kondominium untuk dijual.

2) Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarganya

Contoh: Halimah dan Hisyam menyayangi abang mereka, Harun.

3) Masyarakat yang berani mengambil risiko untuk kesejahteraan masa depan

– Contoh: Halimah dan Hisyam berani berdepan dengan risiko membina kondominium untuk diijual di atas tanah pusaka mereka.

4) Masyarakat yang berpendidikan tinggi.

– Contoh: Harun dan Halimah menjawat jawatan penting kerana mereka berpendidikan tinggi. Anak-anak Hisyam juga berpendidikan tinggi dan belajar di universiti.

5) Masyarakat yang terlibat dalam gejala negatif

– Contoh: Orang anak lelaki Harun iaitu Saleh telah terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah, manakala Musa pula terjebak dalam kegiatan lumba haram.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Gaya Bahasa

Accordion Content

– “Dia macam tak yakin” (Tak – Tidak)

– “Saya tak mau bertegang urat dengan abang…”  (Tak mau – Tidak mahu)


Sinkope ialah: Singkatan perkataan.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

– Tukar tangan.

– Perah otak.

– Bertegang urat.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

– Astaghfirullah.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

– Dalam-Dalam.

– Mati-Mati.

– Bulat-Bulat.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

– Mata batinnya.


Metafora ialah: Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan. Gabungan kata konkrit dan abstrak.

Kredit Kepada Cikgu Rozita & Maksud Metafora Dari Rans Nasir 

– Dia cabar saya. Dia hina saya.


Repetisi ialah: Pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama.

Kredit Kepada Cikgu Rozita & Maksud Repitisi Dari Blog Cikgu Ayu 

Pisau di tangan abang.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

– Hatinya teringin sangat untuk membuat panggilan telefon kepada adiknya itu tetapi otaknya melarang.


Personifikasi ialah: Pemberian sifat manusia pada binatang, tumbuhan atau benda bukan hidup.

Kredit Kepada Cikgu Rozita & Maksud Metafora Dari Rans Nasir 

Nilai

Accordion Content

Halimah dan Hisyam cuba menjaga perasaan Harun kerana amat menyayangi abang mereka itu.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Hisyam dan Halimah berani mengambil risiko membina kondominium di atas tanah pusaka ayah mereka walaupun Harun mahu menjual tanah tersebut.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Hisyam telah membuat cadangan yang bijak iaitu ingin membangunkan tanah pusaka peninggalan ayah mereka dengan membina kondominium.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Hisyam dan kakaknya Halimah mengambil tindakan rasional untuk memajukan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka memandangkan harga tanah yang telah melambung tinggi di kawasan tersebut.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Hisyam gigih bekerja sebagai pemandu teksi untuk menyara keluarganya.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Hisyam dan kakaknya Halimah sangat menghormati abang mereka, Harun.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Hisyam menguruskan projek pembinaan Kondo Jaya di bawah Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. dengan penuh amanah. 

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Pengajaran

Accordion Content

1) Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.

– Halimah dan Hisyam cuba menjaga perasaan Harun kerana amat menyayangi abang mereka itu.

2) Kita haruslah membuat pembahagian harta pusaka yang adil mengikut ajaran agama.

– Harun dan Hisyam masing-masing mendapat RM 2 650 000.00 manakala Halimah pula menerima RM 1 325 000.00. daripada hasil jualan tanah pusaka ayah mereka. Pembahagian ini adalah menepati hukum agama Islam.

3) Kita haruslah berani mengambil risiko untuk berjaya dalam perniagaan.

– Hisyam dan Halimah berani mengambil risiko membina kondominium di atas tanah pusaka ayah mereka walaupun Harun mahu menjual tanah tersebut.

4) Kita perlulah gigih bekerja untuk menyara keluarga.

– Hisyam gigih bekerja sebagai pemandu teksi untuk menyara keluarganya.

5) Kita haruslah bertindak secara rasional.

– Hisyam dan kakaknya Halimah mengambil tindakan rasional untuk memajukan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka memandangkan harga tanah yang telah melambung tinggi di kawasan tersebut.

6) Kita perlulah amanah dalam menjalankan tugas.

– Hisyam menguruskan projek pembinaan Kondo Jaya di bawah Syarikat Binajaya Sdn. Bhd. dengan penuh amanah.

Kredit Kepada Cikgu Rozita

Contoh Soalan & Skema Jawapan

Accordion Content

Format .DOCX: Sila klik di sini

Format .PDF: Sila klik di sini

Kredit Kepada Cikgu Rozita