Legasi Tapai Ubi
Karya: Ghazali Lateh
Sipnosis
Sejak kecil lagi Parjo telah membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi. Sebut sahaja ‘tapai ubi Wak Salikon’ semua orang sudah tahu dan nama Parjo sudah sebati dengan makanan tersebut sehinggakan rakan-rakan sekolah menggelarnya ‘Parjo Tapai’. Setiap hari Parjo akan menjual dan menghantar tapai ubi emak dan bapanya itu ke pasar, warung dan kedai-kedai kampung yang telah membuat tempahan. Pada mulanya dia berasa malu, namun alah bisa tegal biasa. Proses membuat tapai ubi agak rumit kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi, antaranya tidak boleh memberitahu orang semasa membuat tapai, tidak boleh terkena kotoran atau minyak dan tidak boleh membuat bising kerana dikhuatiri tapai tidak menjadi.
Dengan hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya sehingga ke menara gading. Setelah tamat belajar di matrikulasi selama dua tahun, Parjo berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Profesor Haidar telah memberikan tugasan kepada Parjo untuk membuat kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser. Parjo mendapati bahawa kanser merupakan antara penyakit yang semakin merebak di dunia amnya dan Malaysia khasnya sehingga banyak menyebabkan kematian. Kajian telah dilakukan dengan teliti dan akhirnya dia mendapati bahawa tapai ubi dapat menghasilkan bakteria yang sangat bermanfaat kepada manusia, iaitu dapat menghalang pertumbuhan sel-sel kanser. Hasil kajian Parjo telah mendapat pengiktirafan daripada pihak universiti dan dibawa ke peringkat antarabangsa.
Parjo telah membawa emak dan bapanya pada majlis konvokesyennya. Kajian bertajuk “Tapai Ubi Sebagai Penghalang Kanser” telah berjaya mengiktirafnya sebagai Dr. Parjo. Bagi Dr. Parjo, kejayaannya itu ialah hasil inspirasi emak dan bapanya yang membuat tapai ubi. Akhirnya, kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon telah didirikan di kampung Dr. Parjo kerana permintaan yang semakin meningkat. Dr. Parjo telah menjadi pensyarah perubatan dan meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada berbagai-bagai jenis penyakit dengan tumpuan terhadap penyakit kanser.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Teknik Plot
“Mak dengan bapa dengar tak tajuk kajian saya tadi?” Aku bertanya kepada emak dan abah setelah majlis usai.
“Tak dengar pun…” jawab emak selamba.
Maksud Dialog ialah: Perbualan antara dua watak atau lebih.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
“Wah, ini menarik…!” bisik hati kecilku sendirian.
Maksud Monolog ialah: Bercakap dalam hati atau bercakap seorang diri.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Aku terkenang bagaimana emak dan bapanya membuat tapai ubi.
Maksud Imbas Kembali ialah: Terkenang semula perkara yang telah berlaku.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Aku tertanya-tanya apakah projek baharu Profesor Haidar apabila namanya disebut oleh Profesor itu.
Maksud Saspens ialah: Pembaca tertanya-tanya atau ingin tahu kalangan tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Profesor Haidar memberitahu Aku yang tentang projek tapai ubinya.
Maksud Kejutan ialah: Peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak seperti yang diduga oleh pembaca.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Pagi-pagi bapa akan ke kebun untuk mencabut ubi. Kebun kami bertanah gambut dan bapa mudah sahaja mencabut berpuluh- puluh pokok ubi. Karung ubi dipikul pulang.
Maksud Pemerian ialah: Pengarang menerangkan atau menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung seolah-olah sedang bercerita.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Binaan Plot
Sejak kecil lagi, Parjo membantu emak dan bapanya menjual tapai ubi sehingga dipanggil “Parjo Tapai”. Walaupun dia berasa muak dengan panggilan itu, namun lama-kelamaan dia sudah terbiasa dengan gelaran tersebut kerana dia ingin membantu emak dan bapanya mencari rezeki.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Proses membuat tapai ubi agak rumit. Bermula dengan proses mencabut ubi, mengopek kulit, memotong pendek, menjerang air, merebus sehinggalah proses memeram sebelum ubi matang untuk dimakan. Banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi. Melalui hasil jualan tapai ubi itulah Parjo dan adik-adiknya berjaya menjejakkan kaki ke manara gading.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Parjo berjaya membuktikan bahawa tapai ubi dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Kajian Parjo telah diiktiraf oleh pihak universiti dan dibawa pada peringkat antarabangsa. Parjo berjaya memperoleh ijazah kedoktoran sekali gus mendapat gelaran Dr. Parjo.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Dr. Parjo bertugas sebagai pensyarah. Dia masih meneruskan kajian tentang potensi tapai ubi sebagai pencegah alternatif kepada pelbagai jenis penyakit yang lain, terutamanya penyakit kanser. Perniagaan tapai ubi bapanya di kampung semakin berkembang sehinggalah terbinanya kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Tema
Kesungguhan seorang remaja yang ingin membuktikan bahawa makanan tradisi dapat menjadi penawar bagi merawat penyakit berbahaya seperti kanser.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Persoalan
Contoh: Parjo taat membantu ibu dan bapanya menjual dan menghantar tapai ubi ke pasar, warung dan kedai-kedai kampung yang telah membuat tempahan.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Contoh: Ibu dan bapa Parjo sangat teliti membuat tapai ubi kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Contoh: Ibu dan bapa Paijo berusaha keras menjual tapai ubi untuk menyekolahkan anak-anak mereka hingga ke menara gading.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Contoh: Parjo menjelaskan bahawa kejayaannya menggengam ijazah adalah berkat inspirasi ayah dan ibunya.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Contoh: Wak Salikon dan keluarganya gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi sehingga berkembang membuka sebah kilang.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Contoh: Parjo menjalankan tanggungjawab terhadap masyarakat melalui kajiannya terhadap tapai ubi yang dapat mencegah dan merawat penyakit kanser.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Watak Dan Perwatakan
Watak Utama
1) Seorang yang taat akan ibu dan bapanya
– Contoh: Parjo tidak pernah menolak untuk menghantar tapai ubi ke kantin sekolah dan warung-warung di kampungnya tanpa membantah.
2) Seorang yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu
– Contoh: Parjo melakukan kajian bagi membuktikan bahawa tapai ubi dapat membantu mengurangkan serangan kanser.
3) Seorang yang mengenang budi ibu dan bapa
– Contoh: Parjo membantu membesarkan perusahaan tapai ubi orang tuanya.
4) Seorang yang teliti
– Contoh: Parjo teliti melakukan proses kajian terhadap kanser dengan mengikut prosedur dan peringkat demi peringkat bagi memastikan kajian tersebut berjaya.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Watak Sampingan
1) Seorang yang gigih bekerja
– Contoh: Parjo sanggup menghantar tapai ubi ke kantin sekolah dan warung-warung di kampungnya tanpa membantah.
2) Seorang yang mementingkan pendidikan anak-anak
– Contoh: Wak Salikon telah menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke menara gading dengan hasil titik peluhnya menjual tapai ubi.
3) Seorang yang bercita-cita tinggi
– Contoh: Wak Salikon berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan tapai ubinya.
4) Seorang yang teliti ketika melakukan pekerjaan
– Contoh: Wak Salikon mengamalkan pantang larang yang perlu dipatuhi semasa membuat tapai ubi.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Watak Sampingan
1) Seorang yang gigih membantu suami
– Contoh: Emak membantu bapa (Wak Salikon) untuk membuat tapai ubi.
2) Seorang yang teliti melakukan kerja
– Contoh: Emak sentiasa mematuhi pantang larang semasa membuat tapai ubi.
3) Seorang yang prihatin terhadap anak
– Contoh: Emak mendengar penjelasan Parjo bahawa dia berjaya berkat kajiannya terhadap tapai ubi.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Latar
1) Waktu pagi
– Bapa Parjo telah menjerit dalam loghat Jawanya yang pekat agar Parjo tidak lupa untuk menghantar tapai ubi ke pasar. Setiap pagi emak akan melumatkan ragi juga.
2) Selepas sembahyang isyak
– Emak meneruskan tugasannya membuat tapai ubi yang dikatakan banyak pantang larangnya.
3) Permulaan semester
– Profesor Haidar memberitahu Parjo bahawa mereka ada projek untuk dijalankan, iaitu projek tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan risiko serangan kanser.
4) Enam puluh hari
– Bakteria UL4 tapai ubi didapati mampu bertahan pada suhu setinggi 121 darjah celsius selama lima belas minit dan suhu serendah 15 darjah celcius selama enam puluh hari.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
1) Kampung Wak Salikon
– Tempat Parjo menghantar tapai ubi sama ada ke pasar, ke warung, atau ke kedai kampung.
2) Kantin sekolah
– Parjo menghantar tapai ubi di kantin sekolah pada setiap hari sehinggakan dia digelar ‘Parjo Tapai’ oleh kawan-kawannya.
3) Rumah Wak Salikon
– Tempat emak dan bapa Parjo membuat tapai yang memerlukan proses pembuatan yang teliti.
4) Fakulti perubatan di universiti
– Tempat Parjo melanjutkan pelajaran dan tempat Profesor Haidar mengarahkan dia membuat kajian tentang tapai ubi yang dikatakan dapat mengurangkan serangan kanser.
5) Kilang perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon
– Emak dan bapa Parjo bekerja sebagai pemilik dan pengurus kilang tersebut dan pengeluaran tapai ubi dipertingkatkan di kilang ini kerana banyak mendapat tempahan.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
1) Masyarakat yang mementingkan pendidikan anak-anak.
– Wak Salikon telah menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke menara gading dengan hasil titik peluhnya menjual tapai ubi.
2) Masyarakat yang gigih berusaha untuk mencari rezeki
– Wak Salikon gigih menanam pokok ubi dan seterusnya membuat tapai ubi untuk dijual.
3) Masyarakat yang teliti semasa melakukan sesuatu kerja
– Parjo teliti melakukan proses kajian terhadap kanser dengan mengikut prosedur dan peringkat demi peringkat bagi memastikan kajian tersebut berjaya.
4) Masyarakat yang mengenang jasa ibu bapa
– Parjo membantu membesarkan perusahaan tapai ubi orang tuanya.
5) Masyarakat peniaga yang bijak mengembangkan perniagaan
– Perniagaan tapai ubi bapa Parjo di kampung semakin berkembang sehinggalah terbinanya kilang Perusahaan Tapai Ubi Wak Salikon.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Gaya Bahasa
– Bakteriosin.
– Manihot esculanta.
– Metastasis.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
– Alah bisa tegal biasa. (Maksud: Sesuatu pekerjaan yang rumit ataupun sukar untuk disempurnakan akan menjadi lebih mudah jika sering dilakukan.)
Kredit Kepada Cikgu Rozita
– Tapai! Tapai! Tapai!
Repitisi ialah: Pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama.
Kredit Kepada Cikgu Rozita & Maksud Repitisi Dipetik Dari Blog Cikgu Ayu
“Buat tapai ubi tak boleh bagi orang tahu!”
Sinkope ialah: Singkatan perkataan.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Jelak jadinya aku dengan ubi rebus itu.
(Sepatutnya: Aku jadi jelak dengan ubi rebus itu.)
Inversi ialah: Ayat songsang atau terbalik.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Tapai ubi muncul kembali dalam kehidupanku.
Personifikasi ialah: Memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Nilai
1) Ketaatan.
2) Tolong-menolong.
3) Menghargai jasa.
4) Kerajinan.
5) Kegigihan.
6) Tanggungjawab.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
Pengajaran
1) Kita hendaklah taat kepada ibu bapa.
– Parjo taat membantu ibu dan bapanya menjual dan menghantar tapai ubi ke pasar, warung dan kedai-kedai kampung yang telah membuat tempahan.
2) Kita perlulah teliti setiap kali melakukan pekerjaan.
– Ibu dan bapa Parjo sangat teliti membuat tapai ubi kerana banyak pantang larang yang perlu dipatuhi.
3) Ibu bapa haruslah mementingkan pendidikan anak-anak.
– Ibu dan bapa Paijo berusaha keras menjual tapai ubi untuk menyekolahkan anak-anak mereka hingga ke menara gading.
4) Kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa.
– Parjo menjelaskan bahawa kejayaannya menggengam ijazah adalah berkat inspirasi ayah dan ibunya.
5) Kita hendaklah gigih berusaha untuk berjaya.
– Wak Salikon dan keluarganya gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi sehingga berkembang membuka sebah kilang.
Kredit Kepada Cikgu Rozita
No Comments Yet